Memaparkan catatan dengan label tppa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tppa. Papar semua catatan

Isnin, 12 Oktober 2015

TPPA ~ Hamba Rakyat Atau Hamba Koperat@Keparat..!


Kementerian Kesihatan melalui Timbalan Menterinya berkata...

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menolak cadangan Amerika Syarikat (Amerika) untuk melanjutkan tempoh paten  ubat-ubatan dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) bagi sektor perubatan.

    
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, tempoh paten ubat-ubatan itu harus dikurangkan bagi membolehkan sesebuah negara itu mengeluarkan ubat generik.
    
Katanya, sebelum ini jangka masa itu ditetapkan dalam tempoh 20 tahun tetapi terdapat cadangan daripada Amerika baru-baru ini bahawa tempoh itu patut dilanjutkan untuk menjaga hak harta intelek.
    
"Kita juga nak berikan ubat yang sama kualiti dengan harga yang murah kepada rakyat tetapi sekiranya cadangan itu diterima, maka negara rugi kerana terpaksa menunggu sehingga tempoh itu tamat sebelum dibenarkan untuk berbuat demikian.
    
"Kami daripada pihak KKM telah mengumumkan bahawa kami tidak setuju dalam hal tempoh patensi ubat-ubatan dilanjutkan kerana ini akan membebankan rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Tanglung Universiti Sains Malaysia (USM) malam tadi.
    
Beliau berkata, pengeluarkan ubat-ubatan generik tidak akan dibenarkan dalam tempoh tersebut sekiranya cadangan Amerika itu diterima oleh semua negara TPP.



Kebimbangan rakyat berkaitan harga ubat juga nyaring kedengaran..namun apakah pihak kerajaan benar benar mendengar dan memahami denyut nadi rakyat..! apakah kepentingan rakyat diutamakan berbanding kepentingan peniaga?

Sedangkan Tok Pa dalam kenyataannya berkata.. 

Putrajaya sebenarnya tidak memerlukan kelulusan Parlimen sebelum menandatangani Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) yang melibatkan 12 negara, lapor Mingguan Malaysia hari ini, memetik Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Dalam satu wawancara khas, menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu dilaporkan berkata, keputusan membawakan TPPA ke Parlimen bagi pengundian majoriti diputuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Ia kerana isu tersebut dilihat mencetuskan kontroversi dan mendapat perhatian ramai, kata akhbar milik Umno itu.
Malah menteri yang mesra dengan panggilan Tok Pa itu berkata, tidak ada istilah "pindaan" tertentu yang boleh dilakukan terhadap kandungan TPPA itu.
"Secara keseluruhan, sama ada mahu atau tidak. Kita buat pertimbangan. Misalnya, tekstil dan kelapa sawit dapat masuk pasaran. Kita undi mahu atau tidak saja. Kalau tolak, maka tolak semua.
"Kalau pinda, kita perlu ubah semua. Sebab, rundingan ini melibatkan 12 negara. Umpamanya kalau kita pinda, negara lain pun terlibat dan semua kena pinda. Maknanya, kita kena mula dari awal baliklah," beliau dipetik berkata akhbar edisi mingguan Utusan Malaysia itu.
Katanya, jika Malaysia menolak untuk menandatangani perjanjian TPP itu, maka negara ini bakal menyaksikan kehilangan banyak pelabur luar.
"Mungkin pelabur yang ada dalam negara cabut lari dan akan memberikan kesan kepada syarikat kita yang banyak melabur dalam negara," katanya.
Dalam wawancara tersebut beliau juga menjelaskan alasan Putrajaya yang tidak mendedahkan butiran kandungan TTPA kepada Parlimen mahupun umum ketika ini.
Katanya, jika kerajaan bertindak mendedahkan butiran kandungan TPPA, maka ia akan menyaksikan pelbagai perubahan yang mahu dilakukan terhadapnya pada setiap hari.
"Kalau keluar nanti, kecoh seluruh dunia. Baru hendak bincang, sudah berubah. Macam di Atlanta, Amerika Syarikat, ia sudah berubah, kerana pada saat akhir macam-macam perkara berlaku," katanya.

Biarlah kecoh sebelum perkara berlaku..! biarlah rakyat puashati dengan isi perjanjian tersebut..! Dahlah rakyat terbanyak dinafikan hak untuk melihat perjanjian tu malah Ahli Parlimen sendiri pun tidak dibenarkan untuk membaca, mengulas dan memberi pandangan maknanya pandangan rakyat langsung diketepikan..!

Ahli Parlimen yang menjadi lidah rakyat pun dinafikan hak mereka..! Dasar yang sebegini besar tidak dirujuk ke Parlimen..! Apa dan siapa sebenarnya yang kerajaan lindungi..?
Kalau pandangan rakyat langsung tidak mahu didengar dan dikaji...kerajaan dengar dan menerima pandangan siapa?
Lu Fikir La Sendiri!!!

Rabu, 7 Oktober 2015

Apa Dah Jadi Pemimpin Negara Ni..?



Agak agak siapa yang kena jual?

Selepas Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) disepakati di Atlanta, Amerika Syirikat (AS) semalam, timbul kembali perbahasan berkaitan untung rugi terhadap negara-negara yang menyertainya.
Pengamatan agensi berita perniagaan Bloomberg mendapati syarikat milik kerajaan akan menerima kesan buruk akibat TPPA yang memperuntukkan akses sama rata terhadap pemerolehan kerajaan.
Bagaimanapun, sektor seperti elektronik, bahan kimia, minyak sawit dan pengeksportan getah sebaliknya akan menerima kesan positif.
Ini kerana, Malaysia merupakan pengeluar minyak sawit kedua terbesar di dunia dan salah satu daripada penanam terbesar getah, lapor Bloomberg.
AS, Jepun dan 10 negara lain di rantau Asia Pasifik, termasuk Malaysia semalam mencipta sejarah mencapai kata sepakat untuk perjanjian terbesar pernah dilakukan bagi mengurangkan halangan perdagangan.
Analisis Bloomberg juga menjangkakan China, ekonomi kedua terbesar di dunia, bakal mengalami kerugian besar susulan kesepakatan 12 negara itu.
Menurut agensi itu, pengeksport China mungkin kehilangan beberapa bahagian pasaran di AS dan Jepun ke negara-negara membangun seperti Vietnam.
Di Malaysia, bantahan terhadap TPPA, yang dianggap penuh rahsia sebelum ini, terus bergema apabila teks penuhnya akan dibentangkan di parlimen untuk dibincang.
TPPA ditandatangani oleh AS, Kanada, Jepun, Australia, Brunei, Chile, Malaysia, Mexico, Peri, Singapura dan Vietnam.
'Dah kena dah penyamun jual penyangak'..!
Mudah mudahan rakyat dan negara ni terhindar dari dipimpin oleh pemimpin yang rosak..! 
Sama ada penyamun..! mahupun penyangak..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

Yang Faham Omputeh Jer..!


Baca dah la malas...baik tonton..!
Layan...


Lu Fikir La Sendiri!!!

Sabtu, 26 April 2014

Dengar La Rintihan Rakyat..!


Kerajaan yang baik ialah kerajaan yang peka dan mendengar segala keluh kesah rakyat..!

KUALA LUMPUR 22 April - Kerajaan perlu menjalankan perincian yang mendalam tentang Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) supaya tidak menjejaskan polisi-polisi berhubung hak bumiputera, industri kecil dan sederhana (IKS) dan lain-lain, kata bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Beliau berkata, buat masa ini TPPA tersebut menampakkan masalah seperti yang berlaku kepada Jepun, Korea Selatan dan juga Australia berhubung beberapa sektor di negara tersebut yang perlu diliberalisasi atas nama perjanjian tersebut.

"TPPA ini kelihatan banyak mengundang masalah. Dengan Jepun juga timbul masalah, begitu juga di Korea Selatan. Di Australia pula. Yang paling teruk ialah kes Philip Morris, apabila syarikat itu menyaman kerajaan Australia atas pembentukan undang-undang ba­haru tentang pembungkusan rokok," kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Bicara Petang yang dianjurkan oleh Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Pada Bicara Petang kali ini, Daim membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Ekonomi Bandar Malaysia, Adakah Bandar Melayu' di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Azman Mahmud; Presiden Perdasama, Datuk Moehamad Izat Emir dan Pengerusi Biro SME Perdasama, Datuk Norizan Bakar.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang TPPA yang mungkin dibangkitkan pada kunjungan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama ke Malaysia pada 26 hingga 28 April ini.

Mengulas lanjut tentang TPPA, Daim berkata, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) pernah bertanya kepadanya tentang kesan perjanjian itu kepada IKS dan bumiputera dan beliau berpendapat kajian mendalam amat diperlukan dan pada masa yang sama polisi negara perlu dikekalkan.

Berhubung pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) oleh kerajaan, bekas Menteri Kewangan itu berkata, ia adalah satu bentuk cukai yang adil iaitu hanya dikenakan kepada mereka yang berbelanja.

"GST bukan perkara baharu. masa saya jadi Menteri Kewangan, kerajaan ada cadangan untuk melaksanakannya. Dan pada masa ini banyak negara telah melaksanakannya,'' kata beliau lagi.

Beliau menambah, dalam me­lak­sanakan GST ini biarlah rakyat mendapat penerangan sewajarnya dan bersetuju sebelum melaksanakannya.

Daim juga meminta kerajaan mengkaji peningkatan hutang isi rumah yang disifatkan pada tahap membimbangkan.

"Kerajaan kena kaji kenapa rak­yat Malaysia berhutang. Mesti ada sebab. Adalah mustahil rakyat suka berhutang," katanya lagi.

Lu Fikir La Sendiri!!!

Isnin, 26 Ogos 2013

TPPA..Perangkap Dajjal Sedia Menanti...


Cukup la negara ni mempunyai barua tegar Amerika yang selama ini tidak henti henti menimbulkan huruhara dan kesusahan hidup rakyat. Cukup la barua bangsat ini menegakkan kejahatan tuhan politiknya atas nama demokrasi@liberal selama ini. 

Barua bangsat ini tidak akan berhenti selagi tidak mencapai matlamat tuhan politiknya, jangan kita pulak yang menerima amanah rakyat terbanyak memudah dan menyantuni harapan barua dan tuhan politiknya ini..!!!

Dengar lah nasihat, tak rugi melangkah setapak kebelakang asal kita berjaya melompat dan menapak untuk selama lamanya dari menurut kemahuan iblis yang konon menjanjikan syurga walhal neraka la akibatnya...!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berpandangan Malaysia perlu menolak dan keluar daripada Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA).

Dalam ucaptama Persidangan Meja Bulat Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di sini hari ni Dr. Mahathir berkata, TPPA hanya menjadi alat untuk Amerika Syarikat menguasai pasaran tempatan dan tidak menguntungkan negara.

Katanya, TPPA diperkenalkan selepas negara berkenaan gagal menguasi pasaran tempatan melalui Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan Perjanjian Am Mengenai Tarif dan Perdagangan Am (GATT).

"Usaha ini dilakukan AS kerana negara itu menghadapi masalah ekonomi. Kalau mereka dapat mengekspoitasi negara-negara bekas jajahan mereka akan memperoleh kekayaan yang banyak.

"Selepas gagal dengan segala usaha, mereka memperkenal TPPA yang bukan perjanjian semata-mata tetapi untuk mengikat negara yang kurang sedar.. Perjanjian ini sudah tentu menguntungkan mereka." kata Dr. Mahathir.

Tegas beliau, banyak perjanjian yang dilakukan Amerika Syarikat dengan negara lain hanya merugikan negara terbabit.

Antaranya negara Equador yang berhadapan dengan saman berjumlah AS$2.3 bilion oleh syarikat Amerika kerana tidak mematuhi FTA. 

Menurut Dr. Mahathir tanpa TPPA, Malaysia masih mampu mengembangkan perdagangan negara yang kini mencecah AS$1 trilion.

Persidangan selama dua hari itu anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana dan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM).

Akai Ada Ka?