Isnin, 26 Ogos 2013

TPPA..Perangkap Dajjal Sedia Menanti...


Cukup la negara ni mempunyai barua tegar Amerika yang selama ini tidak henti henti menimbulkan huruhara dan kesusahan hidup rakyat. Cukup la barua bangsat ini menegakkan kejahatan tuhan politiknya atas nama demokrasi@liberal selama ini. 

Barua bangsat ini tidak akan berhenti selagi tidak mencapai matlamat tuhan politiknya, jangan kita pulak yang menerima amanah rakyat terbanyak memudah dan menyantuni harapan barua dan tuhan politiknya ini..!!!

Dengar lah nasihat, tak rugi melangkah setapak kebelakang asal kita berjaya melompat dan menapak untuk selama lamanya dari menurut kemahuan iblis yang konon menjanjikan syurga walhal neraka la akibatnya...!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berpandangan Malaysia perlu menolak dan keluar daripada Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA).

Dalam ucaptama Persidangan Meja Bulat Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di sini hari ni Dr. Mahathir berkata, TPPA hanya menjadi alat untuk Amerika Syarikat menguasai pasaran tempatan dan tidak menguntungkan negara.

Katanya, TPPA diperkenalkan selepas negara berkenaan gagal menguasi pasaran tempatan melalui Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan Perjanjian Am Mengenai Tarif dan Perdagangan Am (GATT).

"Usaha ini dilakukan AS kerana negara itu menghadapi masalah ekonomi. Kalau mereka dapat mengekspoitasi negara-negara bekas jajahan mereka akan memperoleh kekayaan yang banyak.

"Selepas gagal dengan segala usaha, mereka memperkenal TPPA yang bukan perjanjian semata-mata tetapi untuk mengikat negara yang kurang sedar.. Perjanjian ini sudah tentu menguntungkan mereka." kata Dr. Mahathir.

Tegas beliau, banyak perjanjian yang dilakukan Amerika Syarikat dengan negara lain hanya merugikan negara terbabit.

Antaranya negara Equador yang berhadapan dengan saman berjumlah AS$2.3 bilion oleh syarikat Amerika kerana tidak mematuhi FTA. 

Menurut Dr. Mahathir tanpa TPPA, Malaysia masih mampu mengembangkan perdagangan negara yang kini mencecah AS$1 trilion.

Persidangan selama dua hari itu anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana dan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM).

Akai Ada Ka?

2 ulasan:

  1. Please listen to our great thinker !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat setuju......KEBIJAKSANAAN adalah ANUGERAH ALLAH yang dikurniakan pada orang2 tertentu.

      Tun Dr Mahathir adalah salah seorang dari mereka yang ALLAH s.w.t. pilih unutuk diberi kelebihan ini. Malah, diMalasyia nampaknya hanya Tun saja yang dapat anugerah 'insight' atau kebolehan untuk melihat bukan saja yang tersurat malah yang tersirat.

      Teringat kisah Nabi Musa dan Al Khidir. Walaupun Nabi Musa adalah seorang Rasul tapi Allah perintah Nabi Musa untuk belajar dari Al Khidir kerana ALKhidir telah diberi kelebihan dan keistimewaan yang tidak ada pada Nabi Musa.

      Bukan niat untuk meletakkan Tun sama taraf dengan AlKhidir.
      Sekadar untuk buat bandingan dan mengingatkan semua agar belajar dan terimalah nasihat Tun dengan hati terbuka kerana Tun adalah Anugerah ALLAH yang sangat berharga untuk rakyat Malaysia dan umat Islam keseluruhannya.

      Padam