Memaparkan catatan dengan label tulisan ku seman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tulisan ku seman. Papar semua catatan

Khamis, 30 Jun 2016

Husni Menjauhkan Diri..!


Mesti bersebab..!

Husni menjauhkan diri dari UMNO


Rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri,  Najib Razak semalam tidak membawa suatu yang menarik kecuali perletakan jawatan Menteri Kewangan II,  Ahmad Husni Hanadzlah.   Husni bukan sahaja melepaskan jawatan dalam Kabinet malah  semua jawatan dalam UMNO; Bendahari Umno dan Bendahari Agung BN, Timbalan Pengerusi Umno Perak, Timbalan Pengerusi BN Perak, Ketua Umno Bahagian Tambun dan Pengerusi BN Parlimen Tambun.

Tindakan  tegas Husni  dilihat  memberikan tamparan hebat kepada Najib di sebalik banyak pemimpin dalam UMNO yang memburu jawatan dan kedudukan yang tinggi, tertinggi dan paling tinggi.  Apa lagi  Husni tidak memberikan alasan spesifik sebaliknya  di atas sebab-sebab peribadi.

Sebagai makluman, Husni telah diarahkan oleh Najib sebagai orang yang bertanggungjawab memberikan kenyataan mengenai skandal 1MDB.  Malah Husni adalah individu yang paling tahu apakah yang berlaku sebenarnya di sebalik skandal tersebut.

Berdepan dengan kejadian begini,  kita perlu membaca yang tersurat dan lebih yang tersirat.  Sebagai wartawan saya sama sekali tidak boleh menerima perletakkan jawatan itu  suatu yang biasa.  Saya melihat ada banyak yang tersimpul di sebalik tindakan Husni itu.  Tetapi wartawan tidak boleh menulis kecuali mendapat lampu hijau dari Putrajaya.

Apa lagi cybertrooper pro Najib sudah mulai  "menembak" Husni. Kalau cybertrooper yang mempunyai hubungan dengan Putrajaya  bertindak demikian,  itu bukan tindakan pandai-pandai.  Mereka sudah mendapat wahyu kerana mereka mendapat upah untuk menyerang siapa sahaja  yang tidak sehaluan dengan tuannya.

Kita yang mempunyai akal dan fikiran jangan "membaca"  semua orang  meletakkan jawatan benar-benar di atas masalah peribadi yang kononnya hanya individu itu sahaja yang tahu.  Biarlah sesetengah pihak cuba untuk memandang ringan apabila ada orang meletakkan jawatan. Hakikatnya mesti ada sesuatu.

Husni seolah-olah mahu menjauhkan diri daripada UMNO sebab itu dia bukan sahaja mengundurkan diri dari Kabinet.  Husni telah memboloskan dirinya daripada warna-warna UMNO yang tercalar integritinya apabila  dilihat bersekongkol dengan perbuatan yang bertentang  integriti.

Karakter Husni sangat jauh berbeza dengan beberapa Menteri yang bertindak sebagai panglima Presiden UMNO,  menyerang dan membelasah orang yang tidak sehaluan dengan ketuanya secara melulu, kebudak-budakan, dangkal  dan sedikit biadab.  Husni bukan begitu,  dia hanya bercakap yang perlu sahaja tentang tugasnya sebagai Menteri Kewangan II.

Kalau hendak diistilahkan sebagai "kehilangan",  UMNO benar-benar kehilangan seorang pemimpin yang tinggi integriti, bertanggungjawab sekaligus memancarkan  pemimpin UMNO yang diperlukan sekiranya UMNO mahu hidup "seribu tahun lagi" (meminjam kata Chairil Anwar).


Lu Fikir La Sendiri!!!

Khamis, 16 Jun 2016

Aidil Fitri Berbeza..!


Fahamkan...

Aidilfitri bukan Krismas atau Tahun Baharu Cina

Ada  pihak  kesal dengan sikap  beberapa pemilik pusat membeli belah mewah  tidak menghiaskan premis mereka sempena menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri. Beberapa tahun dulu pusat membeli belah di KLCC juga ditegur kerana tidak menghiaskan premis   menjelang Hari Raya Aidilfitri. Tetapi dihias meriah    menjelang perayaan Krismas.

Bagi saya  sikap sesetengah pemilik pusat membeli belah ini disebabkan oleh persepsi iaitu yang bertaraf mewah  dan di kawasan bukan Melayu tidak banyak dikunjungi oleh orang Melayu.  Dalam kata lain orang Melayu tidak ada kuasa membeli yang tinggi berbanding orang Cina misalnya.

Jadi,  sasaran mereka bukanah kepada orang Melayu.  Hari Raya Aidilfitri pula sinonim dengan orang Melayu.  Jadi mereka abaikan strategi untuk menarik pelanggan menjelang  Hari Raya Aidilfitri.

Saya menyanggah persepsi bahawa orang Melayu tidak mempunyai kuasa membeli yang tinggi. Atau  membawa maksud  orang Melayu  yang tinggal di Kuala Lumpur terdiri daripada golongan kelas pertengahan  dan rendah.  Saya fikir ini bukanlah sikap rasis pemilik tertentu sebaliknya  mereka menjadi mangsa persepsi yang salah.

Bukti mereka tidak rasis ialah  apabila  pusat membeli belah yang menjadi tumpuan orang Melayu awal-awal lagi menghiaskan premis mereka bahkan mencipta suasana dengan alunan lagu-lagu Hari Raya untuk menarik perhatian pelanggan.  

Kerana itu kita perlu membetulkan persepsi yang salah bahawa tumpuan orang Melayu hanya di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman atau  Jalan Masjid India sahaja kalau di Kuala Lumpur.   Banyak juga orang Melayu yang mengunjungi pusat-pusat membeli belah yang dikelaskan sebagai mewah dan elit.

Pada masa yang sama kita  wajar  melihat  bahawa strategi pemilik premis menghias dan mencipta suasana hari saya sebagai satu penyimpangan yang  perlu dibetulkan mengenai pengertian bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.  Semakin banyak pusat membeli belah menghias seperti "esok nak raya" menunjukkan sambutan dan tujuan Hari Raya Aidilfitri semakin menyimpang.

Hal yang sama juga berlaku apabila hotel-hotel  mengambil peluang daripada penyimpangan maksud dan tujuan berpuasa dengan menganjurkan pelbagai promosi untuk menarik berbuka puasa  secara mewah di hotel.  Pihak manakah yang seharus bertanggungjawab  membetulkan persepsi  terhadap Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri ini?

Sepatutnya kita kecewa dan berdukacita apabila  bulan puasa dan Hari Raya Aidilfitri telah disamatarafkan dengan  Tahun Baharu Cina,  Valentine Day dan Krismas.  Tetapi kerana perkara ini sudah sebati dan tidak ada pihak yang membetulkan penyimpangan ini,  kita pula yang kecewa apabila pusat membeli belah tidak dihias seperti Krismas.

Hakikatnya Hari Raya Aidilfitri  satu hari istimewa dalam Islam  yang memberi peluang kepada umatnya bersukaria tetapi bukan seperti festival.  Ini kerana festival seperti  menjelang Krismas atau Tahun Baharu Cina adalah keraian yang menjurus kepada sukaria.  Sedangkan Hari Raya Aidilfitri  ada konsepnya yang tersendiri, antaranya  sebagai peluang untuk mengukuhkan hubungan sesama ummah.

Memang benar,  dalam masyarakat Melayu di negara ini,   Hari  Raya Aidilfitri melampaui  acara agama  malah satu pesta keraian  budaya.  Daripada pemilihan kostum yang bercirikan budaya Melayu hinggalah juadah yang menjadi keutamaan pada Hari Raya Aidilfitri  hiduplah perayaan ini sebagai acara budaya.

Hari Raya Aidilfitri  telah diterima sebagai satu artifak budaya yang sangat unik. Ini boleh dilihat sebagai satu manifestasi pemikiran, nuansa dan persekitaran budaya orang Melayu sejak zaman berzaman yang cuba dikembalikan, setidak-tidaknya melalui simbol-simbol yang membawa pengertian ke arah budaya Melayu.

Tidak dinafikan ini merupakan perayaan istimewa orang Melayu  dengan elemen kemelayuan. Tetapi  agak malang kerana adakalanya  sifat  dan keutamaan kepada budaya mengatasi tuntutan dari aspek keislamannya. Misalnya pembaziran seolah-olah dibenarkan demi  Hari Raya Aidilfitri.  Sedangkan pembaziran tidak digalakkan dalam Islam. 

Menyambut Hari Raya Aidilfitri  dengan budaya Melayu tidak ada salahnya, tetapi yang tidak betul ialah menjadikan ia sebagai festival.  Apabila dianggap bersifat festival   sudah tidak ada bezanya  Hari Raya Aidilfitri dengan Krismas atau Tahun Baharu Cina.  Sepatutnya berbeza dan mesti berbeza.

Persepsi yang salah terhadap Hari Raya  Aidilfitri  perlu segera diperbetulkan.  Ini kerana sambutan ini telah merentasi kelas dan pola sosial orang Melayu. Semua lapisan mempunyai cara tersendiri untuk menzahirkan kekaguman dan kegembiraan dalam menikmatinya hingga tanpa sedar menyimpang daripada yang digariskan  Islam. 

Lagi pun pusat-pusat membeli belah yang menghiaskan premis menjelang Hari Raya Aidilfitri bukanlah kerana menyanjung perayaan itu sebaliknya strategi pemasaran.  Itulah kapitalis.  Ini dilakukan untuk menangguk orang  Melayu   yang  dimangsai budaya konsumerisme  dan mabuk hendak berpesta Hari Raya Aidilfitri.  Sepatutnya kita memikirkan begini;  kalau semua pusat membeli belah ditutup sekalipun Hari Raya Aidilfitri tetap meriah. 


Lu Fikir La Sendiri!!!

Sabtu, 11 Jun 2016

Berani Ke..?


Niat kerana Allah pasti akan berjaya menghadapi apa jua keadaan..!

UMNO, tegur-tegurlah sikit


Ada pihak yang menyalak kononnya empat tahun lagi  Malaysia akan melangkah menjadi negara maju.  Tetapi  ironinya pemberian bantuan khas  kepada kakitangan awam sebanyak RM500  sempena Hari Raya  dianggap "meringankan" beban.  

Ini menunjukkan  walaupun RM500 bukanlah sebesar mana pada masa ini tetapi dalam kalangan yang berpendapatan rendah, jumlah RM500 sudah besar.  Bagi yang berkerja dengan gaji minimum, RM500 adalah setengah bulan gaji.  Kalau dalam kalangan rakyat menganggap RM500 sebagai "meringankan beban" ini menunjukkan paras kemiskinan masih tinggi.

 Maka kita yang waras  wajar  bertanya apa perlunya isteri  Perdana Menteri,  Rosmah Mansor  membelanjakan RM1.4 juta semata-mata untuk pergi menerima anugerah yang "entah apa-apa" di Istanbul, Turki baru-baru ini.  Rakyat perlu tahu pembaziran  yang dilakukan oleh  pemimpin dan keluarganya mungkin secara tidak sengaja  membelanja RM1.4 juta duit rakyat.

Teguran terhadap sikap begini  sepatutnya datang daripada dalam kalangan pemimpin UMNO sendiri.  Tetapi malangnya pendedahan begini datangnya daripada pemimpin pembangkang,  Rafizi Ramli (Ahli Parlimen Pandan)  yang dianggap sebagai bermotifkan politik oleh pemimpin UMNO.

Kalau pemimpin pembangkang bermotif politik, elok sangatlah pemimpin UMNO sendiri yang menjuarai  dalam tugas menegur pemimpin mereka. Tetapi malangnya mereka diam, sunyi dan bisu.

Pegawai Khas  Rosmah Mansor, Rizal Mansor  tidak menafikan pendedahan  Rafizi bahawa jet peribadi  kerajaan yang membawa Rosmah untuk menerima anugerah di Istanbul  disewa   RM68 juta untuk dua bulan.  Jet mewah itu untuk kegunaan rasmi  Yang diPertuan Agong, Permaisuri Agong dan Perdana Menteri.

Rosmah hanya menggunakan jet itu selama 26 jam, kata Rizal. Kalau dibahagikan,  satu hari sewanya RM1.4 juta. 

Bagi sebuah negara yang kakitangan  awamnya  gembira tidak terkata  dengan bantuan kerajaan sebanyak RM500,  nilai  RM1.4 juta  tentunya  sangat besar. Apa lagi  nilai yang sebanyak itu dibelanjakan untuk membawa isteri  seorang Perdana Menteri menerima anugerah.  

Daripada penyelidikan saya,  anugerah yang diberikan kepada Rosmah itu bukanlah  Anugerah Nobel dan tidak sepatutnya duit rakyat dihanguskan  semata-mata untuk tujuan tersebut.

Kenapa tidak menggunakan penerbangan komersil?  Saya percaya belanjanya tidaklah setinggi menggunakan jet peribadi. Tetapi  kata Rizal,  Rosmah mempunyai jadual yang ketat  termasuk  ada majlis  yang Permaisuri Agong yang perlu dihadiri di Kuala Lumpur.  

Di sinilah perlunya akal dan sikap yang bertanggungjawab.   Akal diperlukan untuk memilih di manakah yang harus diberi keutamaan antara menerima anugerah yang "entah apa-apa" dengan majlis yang dihadiri oleh  Permaisuri Agong.  Saya percaya nama Malaysia tidak akan tercela sekiranya  bukan Rosmah sendiri yang datang menerimanya.

Sikap yang bertanggungjawab pula  ialah berkira-kira untuk membelanjakan wang rakyat.  Saya tidak mempertikaikan  kelayakan Rosmah menggunakan jet peribadi kerajaan tetapi  sebaik-baiknya di tempat yang  keperluannya  sangat mendesak.  Kalau asal sahaja ada kelayakan dan digunakan dengan tidak berhemah,  itulah  yang dinamakan pembaziran  dan penyalahgunaan kelayakan.

Pemimpin yang baik dan berjiwa rakyat  akan  sentiasa memikirkan perihal keperitan rakyat.  Ketika sebahagian besar rakyat terpaksa ikat perut  dan terpaksa membuat dua tiga kerja untuk menampung kos sara hidup yang melonjak,  di sinilah perlunya pemimpin yang ada keinsanan yang tinggi.  Tidak cukup sekadar menasihatkan rakyat jangan membazir pada bulan Ramadan tetapi pemimpin sendiri tidak menunjukkan sikap berbelanja yang berhemah.

Bagaimanapun saya percaya  tindakan  Najib mengizinkan Rosmah menggunakan jet peribadi  bukan suatu yang disengajakan.  Mungkin ada sedikit kelekaan yang niatnya baik tetapi kesannya tidak begitu baik.  Di sinilah perlunya pemimpin-pemimpin UMNO   dan wartawan-wartawan  berpengaruh   menegur atau menyedarkan pemimpin utama mereka yang mungkin terleka.

Saya tidak percaya  Najib akan mengambil tindakan ke atas mereka kerana menegur dengan tujuan yang baik.  Tetapi kalau diambil tindakan atau dipecat sekalipun apa salahnya kerana membuat sesuatu yang baik untuk  rakyat.  Apalah gunanya hanya menjaga "tembolok sendiri" dan takut hilang jawatan padahal  kita boleh mengubah keadaan itu  sekalipun diri menjadi korban?


Tapi kalau niat kerana lain..memang ler takde keberanian..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Isnin, 29 Februari 2016

Wartawan Kanan Tak Mahu Jadi Dungu Melulu..!


Baca dan fahamkan...

Biar derhaka daripada setia melulu


Keyakinan  saya terhadap  krisis ketelusan   UMNO kini semakin memuncak apabila sesuatu keputusan besar mengenai parti  mendapat persetujuan "sebulat suara"  daripada kepimpina tertinggi.  Saya fikir hampir semua pemimpin UMNO khususnya yang menduduki kerusi Majlis Tertinggi tidak memahami implikasi  keputusan "sebulat suara"  yang mereka buat.

Saya ada juga membaca buku-buku tentang politik dan kepimpinan.  Daripada pembacaan itu sebahagian besarnya menekankan debat sebagai satu kaedah untuk mendapat keputusan yang terbaik.  Keputusan yang dibuat secara "sebulat suara"  memperlihatkan sesebuah organisasi itu bukan sahaja tidak demokratik malah  menghampiri ciri-ciri diktator.

Saya menyokong tradisi debat yang subur dalam politik  di Amerika Syarikat.  Melalui debat rakyat dapat melihat ketokohan atau  kemuflisan pemikiran seseorang pemimpin.  Tetapi di negara kita  debat diberikan  gambaran negatif, padahal  mereka sebenarnya yang takut berdebat.

Oleh yang demikian saya yakin sebahagian besar pemimpin UMNO  memilih  "sokong"  membuta tuli kepada pemimpin utama kerana menjaga kepentingan lain.  Sikap "membuta tuli" inilah yang   akhirnya terhasil  semua keputusan yang dibuat  adalah "sebulat suara."

Saya sangat hairan kerana sesetengah pemimpin UMNO  dengan bangga menjaja bahawa keputusan menggantung  Muhyiddin Yassin daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO  dibuat secara "sebulat suara."   Maknanya tidak ada hujah  daripada ahli Majlis Tertinggi  selepas   Nazri Aziz mencadangkan Muhyiddin digantung atau dipecat daripada UMNO.

Organisasi apakah ini?   Khabarnya umur sudah dekat 70 tahun tetapi  mahu terus hidup  dengan dokongan  ahli-ahli  yang "setia melulu".   Malah berbangga dengan penerapan ciri-ciri  diktator  kerana semua keputusan dibuat secara "sebulat suara."

Jadi tidak hairanlah kalau esoknya di media  penuh dengan kenyataan pemimpin-pemimpin UMNO  memuji tindakan menggantung  Muhyiddin.  Saya yang  tidak arif berpolitik ini  tertanya-tanya  apakah mereka ini dipilih oleh rakyat hanya untuk mengangguk seperti ayam yang menjadi pemakan dedak?

Percayalah UMNO  bukan sahaja tidak akan ke mana-mana malah akan pupus kalau  pemakan dedak terus diberi peluang bersarang dalam parti ini.  Sekarang ini siapa lagi yang hendak percaya bahawa  hanya UMNO yang menjadi dahan untuk orang Melayu kalau di dalamnya penuh dengan pemakan dedak?

Saya fikir UMNO kena kembali kepada teras iaitu memperjuangkan kebenaran.  Jangan  memperjuangkan  setia membuta tuli kepada parti sedangkan ada sesetengah keputusan yang dibuat melanggar prinsip kebenaran.  Dalam konteks ini saya sangat setuju dengan Muhyiddin  di mana tindakannya dilihat tidak setia kepada parti (sebenarnya kepada Perdana Menteri sahaja)  tetapi memperjuangkan kebenaran.
Saya tidak kata yang dibangkitkan oleh Muhyiddin itu suatu yang benar. Tetapi kalau yang dikatakan Muhyiddin tidak benar, apa yang benarnya?  Pemimpin UMNO pemakan dedak tidak berupaya membuktikan Muhyiddin tidak benar.  Saya akan setuju dengan pemakan dedak kalau berjaya membuktikan  kenyataan Muhyiddin tidak benar.

Saya tidak menyertai pihak lain  yang terus menyorong UMNO  tenggelam ke dalam longkang di sebalik tulisan-tulisan mereka yang meminta semua orang setia kepada kepimpinan UMNO.  Bagi saya ini bukan hendak menyelamat UMNO tetapi melongkangkan UMNO.  Bagi saya lebih baik menjadi pembelot atau penderhaka  daripada menjadi penyokong  setia tetapi  dungu  yang membawa  UMNO ke lembah kehancuran.

KU SEMAN


Berani kerana benar..!
Lu FIkir La Sendiri!!!

Selasa, 10 Jun 2014

Lidah Siapa Yang Menjilat Tu..!


Bukan main asyik lagi menjilat…akhirnya..!!!

Layan…

Surat kepada penjilat Amerika Syarikat


Sudah tiga bulan pesawat  MH370  milik MAS  dalam penerbangan  Kuala Lumpur -  Beijing  hilang.   Tetapi hingga kini  tidak ada sebarang petunjuk yang  menunjukkan pesawat itu  terhempas di Lautan Hindi  walaupun usaha pencarian dilakukan oleh  pakar-pakar antarabangsa.  Saya secara peribadi  sangat simpati dengan  tragedi   ini  dan  bangga dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh  Pemangku Menteri  Pengangkutan, Hishamuddin Hussein.
.
Seminggu selepas  pesawat itu gagal dikesan,  selepas banyak kajian dibuat  saya merumuskan  tragedi itu melibatkan  Agensi Perisikan Pusat (CIA)  Amerika Syarikat.   CIA memang terkenal dengan kerja-kerja  jahat termasuk menembak jatuh pesawat penumpang.
.
Tetapi teori saya yang melibatkan CIA telah menimbulkan rasa marah penjilat Amerika Syarikat  di negara ini.  Dengan kuasa yang ada,  penjilat ini menggunakan kuasanya untuk memberi tekanan kepada saya.  Tetapi saya beruntung organisasi  yang menaungi saya  tidak terasuk dengan  penjilat Amerika Syarikat ini untuk memberikan tekanan kepada saya.
.
Tidak apalah kalau teori saya mengarut dan tidak masuk akal terutama akal penjilat Amerika Syarikat itu.  Tetapi  selepas tiga bulan dia gagal membuktikan  teori  konspirasi saya melibatkan CIA  itu karut.   Maknanya selagi teori saya belum dibuktikan karut,  ia masih boleh  dianggap  betul  kecualilah ada bukti yang menunjukkan CIA tidak terlibat.
.
Tetapi daripada pembacaan dan kajian saya,  CIA ini memang licik.  Kerja kotor mereka  tidak meninggalkan jejak.  Kalau ada bukti mereka terlibat pun  apakah kita berani mengatakan mereka terlibat dalam keadaan  pemimpin kita yang  bergantung harap kepada Amerika  Syarkat?   Secara jujur, saya sama sekali tidak  terkejut  kalau akhirnya  CIA didapati tidak terlibat.
.
Kepada penjilat Amerika Syarikat itu saya mahu berkata, lain kali  kalau  tidak boleh menangkis  teori  saya   dengan  teori dia   (apa lagi selepas tiga bulan),  janganlah  menganggap ia sebagai karut dan tidak masuk akal.  Bagi tahu saya sekarang  teori  apa yang masuk akal?