Bukan main asyik lagi menjilat…akhirnya..!!!
Layan…
Surat kepada penjilat Amerika Syarikat
Sudah tiga bulan pesawat MH370 milik MAS dalam penerbangan Kuala Lumpur - Beijing hilang. Tetapi hingga kini tidak ada sebarang petunjuk yang menunjukkan pesawat itu terhempas di Lautan Hindi walaupun usaha pencarian dilakukan oleh pakar-pakar antarabangsa. Saya secara peribadi sangat simpati dengan tragedi ini dan bangga dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Hishamuddin Hussein.
.
Seminggu selepas pesawat itu gagal dikesan, selepas banyak kajian dibuat saya merumuskan tragedi itu melibatkan Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat. CIA memang terkenal dengan kerja-kerja jahat termasuk menembak jatuh pesawat penumpang.
.
Tetapi teori saya yang melibatkan CIA telah menimbulkan rasa marah penjilat Amerika Syarikat di negara ini. Dengan kuasa yang ada, penjilat ini menggunakan kuasanya untuk memberi tekanan kepada saya. Tetapi saya beruntung organisasi yang menaungi saya tidak terasuk dengan penjilat Amerika Syarikat ini untuk memberikan tekanan kepada saya.
.
Tidak apalah kalau teori saya mengarut dan tidak masuk akal terutama akal penjilat Amerika Syarikat itu. Tetapi selepas tiga bulan dia gagal membuktikan teori konspirasi saya melibatkan CIA itu karut. Maknanya selagi teori saya belum dibuktikan karut, ia masih boleh dianggap betul kecualilah ada bukti yang menunjukkan CIA tidak terlibat.
.
Tetapi daripada pembacaan dan kajian saya, CIA ini memang licik. Kerja kotor mereka tidak meninggalkan jejak. Kalau ada bukti mereka terlibat pun apakah kita berani mengatakan mereka terlibat dalam keadaan pemimpin kita yang bergantung harap kepada Amerika Syarkat? Secara jujur, saya sama sekali tidak terkejut kalau akhirnya CIA didapati tidak terlibat.
.
Kepada penjilat Amerika Syarikat itu saya mahu berkata, lain kali kalau tidak boleh menangkis teori saya dengan teori dia (apa lagi selepas tiga bulan), janganlah menganggap ia sebagai karut dan tidak masuk akal. Bagi tahu saya sekarang teori apa yang masuk akal?
dia ni dulu reporter hiburan, banyak tgk wayang dan filem fantasi. sebab itulah fikirannya pun banyak ilusi...
BalasPadam