Isnin, 29 Februari 2016

Wartawan Kanan Tak Mahu Jadi Dungu Melulu..!


Baca dan fahamkan...

Biar derhaka daripada setia melulu


Keyakinan  saya terhadap  krisis ketelusan   UMNO kini semakin memuncak apabila sesuatu keputusan besar mengenai parti  mendapat persetujuan "sebulat suara"  daripada kepimpina tertinggi.  Saya fikir hampir semua pemimpin UMNO khususnya yang menduduki kerusi Majlis Tertinggi tidak memahami implikasi  keputusan "sebulat suara"  yang mereka buat.

Saya ada juga membaca buku-buku tentang politik dan kepimpinan.  Daripada pembacaan itu sebahagian besarnya menekankan debat sebagai satu kaedah untuk mendapat keputusan yang terbaik.  Keputusan yang dibuat secara "sebulat suara"  memperlihatkan sesebuah organisasi itu bukan sahaja tidak demokratik malah  menghampiri ciri-ciri diktator.

Saya menyokong tradisi debat yang subur dalam politik  di Amerika Syarikat.  Melalui debat rakyat dapat melihat ketokohan atau  kemuflisan pemikiran seseorang pemimpin.  Tetapi di negara kita  debat diberikan  gambaran negatif, padahal  mereka sebenarnya yang takut berdebat.

Oleh yang demikian saya yakin sebahagian besar pemimpin UMNO  memilih  "sokong"  membuta tuli kepada pemimpin utama kerana menjaga kepentingan lain.  Sikap "membuta tuli" inilah yang   akhirnya terhasil  semua keputusan yang dibuat  adalah "sebulat suara."

Saya sangat hairan kerana sesetengah pemimpin UMNO  dengan bangga menjaja bahawa keputusan menggantung  Muhyiddin Yassin daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO  dibuat secara "sebulat suara."   Maknanya tidak ada hujah  daripada ahli Majlis Tertinggi  selepas   Nazri Aziz mencadangkan Muhyiddin digantung atau dipecat daripada UMNO.

Organisasi apakah ini?   Khabarnya umur sudah dekat 70 tahun tetapi  mahu terus hidup  dengan dokongan  ahli-ahli  yang "setia melulu".   Malah berbangga dengan penerapan ciri-ciri  diktator  kerana semua keputusan dibuat secara "sebulat suara."

Jadi tidak hairanlah kalau esoknya di media  penuh dengan kenyataan pemimpin-pemimpin UMNO  memuji tindakan menggantung  Muhyiddin.  Saya yang  tidak arif berpolitik ini  tertanya-tanya  apakah mereka ini dipilih oleh rakyat hanya untuk mengangguk seperti ayam yang menjadi pemakan dedak?

Percayalah UMNO  bukan sahaja tidak akan ke mana-mana malah akan pupus kalau  pemakan dedak terus diberi peluang bersarang dalam parti ini.  Sekarang ini siapa lagi yang hendak percaya bahawa  hanya UMNO yang menjadi dahan untuk orang Melayu kalau di dalamnya penuh dengan pemakan dedak?

Saya fikir UMNO kena kembali kepada teras iaitu memperjuangkan kebenaran.  Jangan  memperjuangkan  setia membuta tuli kepada parti sedangkan ada sesetengah keputusan yang dibuat melanggar prinsip kebenaran.  Dalam konteks ini saya sangat setuju dengan Muhyiddin  di mana tindakannya dilihat tidak setia kepada parti (sebenarnya kepada Perdana Menteri sahaja)  tetapi memperjuangkan kebenaran.
Saya tidak kata yang dibangkitkan oleh Muhyiddin itu suatu yang benar. Tetapi kalau yang dikatakan Muhyiddin tidak benar, apa yang benarnya?  Pemimpin UMNO pemakan dedak tidak berupaya membuktikan Muhyiddin tidak benar.  Saya akan setuju dengan pemakan dedak kalau berjaya membuktikan  kenyataan Muhyiddin tidak benar.

Saya tidak menyertai pihak lain  yang terus menyorong UMNO  tenggelam ke dalam longkang di sebalik tulisan-tulisan mereka yang meminta semua orang setia kepada kepimpinan UMNO.  Bagi saya ini bukan hendak menyelamat UMNO tetapi melongkangkan UMNO.  Bagi saya lebih baik menjadi pembelot atau penderhaka  daripada menjadi penyokong  setia tetapi  dungu  yang membawa  UMNO ke lembah kehancuran.

KU SEMAN


Berani kerana benar..!
Lu FIkir La Sendiri!!!

14 ulasan:

  1. UMNO dah sampai di penghujung jalan. Dah patut tubuh parti baru, Tun M boleh jadi penasihat. Mungkin boleh letak nama parti wawasan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pengkhianat2 itu yang patut keluar atau dikeluarkan. Umno perlu kekal. Parti baru adalah untuk Najib Zahid Hishammuddin dan yang sewaktu dengannya.

      Najib sudah hilang upaya menjalankan tugas Presiden apabila menyerahkan kepada Hishammuddin mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi yang lepas. Tun M pengerusikan mesyuarat ketika DSAI dipecat dan DSAI hadir sama mesyuarat dan diberi peluang berhujah.

      Padam
    2. KJ terus senyap. Mungkin dia sejuk (menggigil takut) lehernya di pancung seperti MM kalau dia memperjuangkan kebenaran. Tak lah sehebat mana si mamat KJ nie! Nak jadi PM pulok tu..Jauh panggang dari api.

      Padam
  2. Baguslah...dh ada kesedaran..tgk tv3 buat hati panas...kononnya dh ada bloger pro mohd najib akan belot..kita tunggu saja..tgk muka penyampai berita tv3 pun tau mereka terpaksa..entahlah..ProOO00ootTt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku dah lama tak tgk news tv3. Byk sandiwara, dah tak tahu yg mana betul.

      Padam
  3. Kalau menyokong melulu tanpa dipedulikan baik atau buruk sesuatu perkara itu, maka itu tindakan bodoh namanya.

    Macam Salleh Keruak, dia kata sebagai Timbalan Presiden, maka Tan Sri Muhyiddin kena sokong dan bantu Najib dalam segala perbuatan Najib, itu bodoh dan dungu punya kenyataan, membantu dan sokong tu biarlah bertempat dan kena pada keadaannya, bukannya sokong tak tentu hala.

    Macam Salleh Keruak pula, apakah segala tindakan Najib perlu disokong dan dibantu tanpa peduli baik buruknya hanya kerana Najib berjawatan Presiden UMNO?

    Apakah kalau Najib datang ke rumah Salleh Keruak, lepas tu stim dengan bini Salleh Keruak, Najib nak rogol bini Salleh Keruak, maka Salleh Keruak apakah kerana Najib itu sebagai Presiden UMNO, maka Salleh Keruak kena sokong dan bantu tindakan Najib nak merogol bini Salleh Keruak itu?

    Itulah bila dah bodoh, jenis pengampu yang tak reti berfikir diberi jawatan, maka akan merapu tak tentu hala, macam Salleh Keruak itu.

    Bersikap jujurlah.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  4. Setuju dgn penulis. Kalau hidup dlm berpura2 dan cuba menutup kebenaran, tidur malam pun tak lena.

    BalasPadam
  5. Masih bolehkah UMNO diselamatkan ?
    TSMY dah patut kumpul semua sokongan utk membentuk parti baru. Anggota gabungan BN juga boleh diberi pilihan samada terus terpalit dgn kebencian rakyat kpd najib atau menyertai gabungan baru utk mengembalikan sokongan rakyat.

    BalasPadam
  6. "Saya menyokong tradisi debat yang subur dalam politik  di Amerika Syarikat.  Melalui debat rakyat dapat melihat ketokohan atau  kemuflisan pemikiran seseorang pemimpin."

    1.Najib nak berdebat? Bedebah adalah..kenapa dan apakah buktinya?

    1.tidak hadir forum nothing2hide, persidangan rasuah sedunia, ikut pintu belakang pwtc dan tak tau pandu kereta. (Apa? tak percaya?)

    2.cer tanya najib...15 - 9 = ?

    3.takut dengan rosmah (rosmah tepis sikit jer...kesannya menyebabkan najib hampir2 tersungkur dari kerusinya)

    Takkan semua buruk tentang najib....baiklah, apa kebaikan najib? (Kami rakyat marhaen ingin menolong dan menjawab bagi pihak pencacai walaupun tak terima satu sen pun duit haram)....

    1.terpekik terlolong.

    2.ambil kata nasihat rosmah...contoh bangang.

    3.ada seribu lebih jawapan diterima tetapi kebanyakan jawapannya adalah "FITNAH"....bukti takder.

    Itulah kebaikan Najib...sekian terimakasih!

    BalasPadam
  7. Umno Pagoh dimanakah kamu? Jgn kecewa lg...bertindak sekarang..
    1. Register parti baru
    2. Buat pc, panggil media
    3. Roadshow utk pru14
    4. Tunggu dan lihat (ahli yg kena pecat, kena tindakan displin sbb bersuara, yg kena gantung, yg tak puashati, yg marah, yg atas pagar, golongan belia yg disisih...semua akan datang).
    5. Buat registration online
    6. Gunakan masa sepenuhnya untuk 1 tahun setengah dgn teliti.
    7. Invite parti2 lain yg mahu mendokong msia baru.
    8. Doa, tawakal, inshaAllah berjaya.

    BalasPadam
  8. dalam isu muhyidin, apa lagi tindakan yang boleh dilakukan dalam konteks politik selain gantung tugas atau pecat? kelakuan timbalan presiden umno yang sudah tidak sependapat dengan presiden pastinya salah seorang perlu disingkirkan. majoriti j/kuasa disiplin nampaknya lebih takut untuk menolak presiden sebab kukunya masih tajam berbanding menyelamatkan timbalan presiden yang sudah tersingkir awal daripada jawatan tpm. so? kita fahamlah kenapa penggantungan timbalan presiden dilakukan. sebenarnya idea menyingkirkan muhyidin juga ada kaitan dengan 'step' naik ke puncak seseorang, namun itu bukan keutamaan. yang lebih utama ialah mengelak lebih banyak kekeliruan. presiden cakap lain, timbalannya cakap lain padahal masih dalam satu pondok. bila muhyidin sudah tidak lagi memegang jawatan timbalan presiden, maka apa2 sahaja yang dikatakannya sudah tidak boleh dikaitkan dengan suara pemimpin utama umno. lihat sahaja tun mahathir, sebab beliau bukan lagi pemimpin utama umno beliau bebas bercakap, menulis dan menghentam pemimpin yang tidak disukainya. bukankah ini peluang terbaik bagi muhyidin untuk beristiqomah jika benar presidennya sebelum ini memang perasuah, berjuang menyingkirkannya. apa gunanya muhyidin duduk dalam mt selaku timbalan presiden jika tangannya diikat dan mulutnya ditampal pelekat?

    BalasPadam
  9. "Saya menyokong tradisi debat yang subur dalam politik di Amerika Syarikat. Melalui debat rakyat dapat melihat ketokohan atau kemuflisan pemikiran seseorang pemimpin. Tetapi di negara kita debat diberikan gambaran negatif, padahal mereka sebenarnya yang takut berdebat."

    Najib nak berdebat? Bedebah adalah...Apakah dan kenapa Najib tak ada teloq dan tak berani nak berdebat? ini fakta faktanya ;

    1.tidak hadir forum nothing2hide, tidak hadir persidangan anti rasuah sedunia, ikut pintu belakang pwtc dan tak tau bawa kereta (apa? tak percaya?)

    2.Cer tanya najib 15 - 9 = ?

    3.Takut dengan rosmah (rosmah tepis skit je, najib hampir2 tersungkur dari kerusi)

    Apa pula kebaikan Najib? (kami rakyat marhaen hanya ingin membantu puak pencacai ternakan najib menjawab pelbagai persoalan, tanpa mendapat bayaran satu sen pun hasil duit haram pemberian najib tu) ini jawapan balas...

    1. Ini semua "FITNAH" , Tun Mahathir dan TSMY cemburu.

    2. Ikut cakap Rosmah, "bangang", "haram jadah"

    3. terpekik terlolong.

    Kepada pencacai, terimalah sumbangan DERMA ikhlas suci murni berbentuk idea2 bernas ini, dari kami rakyat marhaen.

    sekian terimakasih.

    BalasPadam
  10. Melayu akan berpecah sekiranya ditubuhkan parti baru. Kemenangan utk DAP kerana inilah yg mereka mahu. Perancangan DAP adalah utk melihat UMNO dirosakkan dari dalam. Apa yg penting sekarang adalah utk memastikan Najib turun dan menyelamatkan UMNO dari golongan manusia pengampu. UMNO dan BN masih dan akan diterima rakyat sekiranya baki2 pemimpin yg ada berani dan bersatu menentang Najib.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak yah la bermimpi yg UMNO dpt diselamatkan sekarang selagi kes kes yg menyemakan pemikiran rakyaat tidak dpt diselesaikan secara waras.

      Padam