Jumaat, 24 April 2009

Liberalisasi & Melayu... cerita lama yang di baru kan...

Mungkin dari sebutannya ajer yang berbeza namun maksudnya tetap sama, apapun lah namanya liberalisasi, dasar terbuka, penswastaan, kongsi kuasa dan lain lain ianya hanya istilah yang menunjukkan bahawa apa jua yang kita ada mestilah di kongsi dan di beri kepada orang lain lebih lagi hari ini ianya datang dari WTO dan kehendak Yahudi yang mahukan demokrasi perniagaan mesti dipaksa untuk dilaksana.

Ini lah demokrasi yang dipakaikan kepada negara dunia ke tiga terutama benua Asia yang dianggap sebagai generasi manusia kelas rendah dan hamba, walhal semasa mereka menjajah dan memeras segala hasil kekayaan negara yang di jajah tidak pula macam macam teori demokrasi atas nama hak asasi manusia dilaungkan.

Bagi orang Melayu pula istilah ini sudah dianggap lapok kerana penjajah sendiri pada waktu menjajah telah membuka seluas luas ruang untuk bangsa lain berkongsi atas apa jua yang kita ada. Walau pun asalnya rumah ini kepunyaan kita tetapi penjajah telah membukakan pintu dengan memberikan hanya tempat tidur di ruang kecil di hujung sudut rumah, dari situ diberikan pula bilik, akhirnya berkongsi ruang tamu, malah kebelakangan ini rumah yang asalnya menjadi kepunyaan kita telah di takrifkan semula oleh mereka yang menumpang dengan mengatakan bahawa kita juga sebenarnya pendatang bertandang ke rumah yang sama mereka miliki. Jadi kalau kita merasa kita lah tuan kepada rumah ini maka mereka juga sebenarnya berhak dan turut serta menguasai rumah bertuah ini.

Kalau pun tidak di putuskan oleh kerajaan untuk meliberalisasikan 27 sub sektor perkhidmatan tu orang melayu tetap juga meng ali-baba kan peluang perniagaan tersebut, itu sebab hasrat untuk mencapai 30% ekuiti bumiputera selama ini pun masih tidak dapat tercapai. Khabarnya sektor Kewangan juga akan menikmati dasar yang sama minggu depan.

Sementara ramai usahawan Bumiputera mengeluh dan khuatir dengan dasar baru yang di lihat cuba mengambil peluang peniaga Bumiputera, MCA melalui setiausaha Agungnya menggesa agar semua sektor seperti Bank, hartanah, Pertahanan dan lain lain lagi di buka untuk membolehkan kaum selain Bumiputera mendapat peluang yang sama. Walau pun adanya syarat syarat yang meletakkan kepentingan Bumiputera dalam sektor sektor perniagaan sebelum ini tapi ianya langsung tidak menghalang kaum lain untuk mengungguli bidang perniagan malah menjadi tuan di dalam bidang tersebut. Beliau juga lah yang telah meminta untuk kerusi TPM diberikan kepada bangsa lain selain melayu maka tak heran lah kalau selepas ini macam macam tuntutan yang bagi kita melayu dan Bumiputera mengarut tapi bagi mereka relevan dan tepat untuk didesak dan dipenuhi.

Sejajar dengan konsep 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaan di utamakan tentulah tidak menjadi salah bagi mereka kerana atas semangat satu negara, mereka juga rakyat negara ini yang perlu didahulukan serta pencapaian yang mereka ada di dalam semua bidang terutamanya perniagaan tentunya kehendak dan tuntutan mereka akan di utamakan.

Bagi melayu dan Bumiputera cukuplah bernostalgia dengan bangga bahawa rumah ini kita sebagai tuan kerana ianya hanya pandangan sempit kita sendiri sedangkan kalau melihat rumah ini dari sudut dan posisi yang lebih luas wajah, ruang dan segala galanya telah pun di warnai oleh orang yang pada asalnya menumpang tetap akhirnya bertukar status... soalnya apakah kita juga bertukar status?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan