Selasa, 21 April 2009

Politik Melayu....Kemana?

Sana sini heboh diperakatakan tentang survival politik melayu, baik melayu UMNO, melayu PAS, melayu PKR, melayu DAP dan melayu melayu lain sama ada berparti atau tidak langsung terlibat di dalam mana mana parti tetapi memberikan kekuatan dalam kelangsungan kuasa melayu untuk terus berjaya dalam politik.

Satu pihak pula melihat bahawa politik yang membawa agenda bangsa sudah tidak relevan lagi malah semangat satu bangsa Malaysia yang memberikan hak sama rata kepada semua kaum dalam setiap lapangan dan bidang begitu giat dipacu dikalangan orang melayu sendiri yang kebanyakkannya telah berjaya hasil semangat dan budaya politik yang berteraskan bangsanya semenjak merdeka lagi.

Soalnya adakah bangsa melayu telah benar benar faham, berdaya, bersedia dan sanggup mengorabankan kepentingan bangsanya walhal semua hak dan keistemewaan melayu itu sendiri telah termaktub di dalam perlembagaan negara serta telah berjaya diterima sebagai satu kontrak sosial hidup bernegara di dalam watan tercinta ini untuk sekian lama.

Kalau jawapannya sanggup maka wajarlah di bubarkan sahaja semua parti politik yang berteraskan bangsa malah kalau tiada parti politik lebih baik kerana apabila berlaku PR maka individu anak tempatan dan diterima oleh pengundi akan diangkat sebagai wakil mereka di DUN atau Dewan Rakyat. Tentunya segala latar budaya, sosial, politik, ekonomi, pentadbiran dan dasar kerajaan akan total berubah.. sekali lagi persoalannya adakah bangsa melayu benar benar bersedia?

Hakikatnya hari ini, majoriti bangsa melayu masih tetap mahukan apa yang dikecapi selama ini kekal di pelihara malah melayu melayu lupa diri yang telah berjaya pun tetap mahukannya kerana apabila pulang kerumah melihat akan anak anak dan generasi melayu yang masih mengharapkan dokongan, sokongan, bantuan dan segala macam tuntunan maka di hati kecil mereka insaf dan mengakui bahawa corak pemerintahan yang ada ini lah sahaja yang mampu mempertahan maruah serta melonjak bangsanya setanding malah lebih mulia dari bangsa lain sementara hak dan kepentingan kaum lain tetap terjamin dan terpelihara...

Sedarlah Melayu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan