Isnin, 31 Ogos 2009
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Manifestasi Merdeka Bagi Pengkhianat Bangsa! Petualang Negara! Pelelong agama!
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Pekikkan keramat bagi setiap kita apabila tiba hari kemerdekaan negara. Hari ini kita menyambut hari kemerdekaan yang ke 52. Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini sambutannya pada tahun ini dilihat 'kurang' kerana penyakit selsema babi yang melanda! bukannya puasa, kerana puasa tidak pernah menjadi penyebab kepada kekurangan atau kelemahan sesuatu perkara!
Namun yang berperangai seperti selsema babi tetap 'panas' dalam sambutan kemerdekaan! Bagi mereka bukan pengisian makna dan maksud kemerdekaan yang perlu dihayati, Celebration yang happening bro itu yang menjadi KPI sesuatu majlis itu berjaya, maka tak heran kalau malam ini berapa ramai yang hilang akal mabuk 'yamseng' menogok air kencing setan, sama ada yang pro mahupun yang baru menceburinya hanya kerana malam kemerdekaan, berapa banyak kondom yang basah diguna dibiarkan melekit di atas tilam hotel hatta di bilik air karaoke, demi menyambut kemerdekaan...
Bagi Pembangkang kemenangan dalam PRK PP yang lalu juga merupakan suatu manifestasi kemerdekaan. Dengan kemenangan itu maka Anu-war Al Juburi Pengkhianat bangsa dapat suntikan semangat untuk mempastikan agenda politik peribadi dapat terus dijalankan. Mambakar semangat membugar tekad kepadanya dalam membuktikan Permatang Pauh merupakan kubu kuatnya dan sekaligus membenarkan teori dan percaturan politik nya benar dan berjaya.
Bagi Pengkhianat Bangsa dan Petualang Negara, Kesempatan dalam Kesempitan dan Kelemahan BN ini merupakan peluang berharga untuk terus menjerut leher kuda-kuda belang agar tunduk, sujud dan akur dengan segala fitnah dan tipu daya. Politik senget atas nama hak sama rata, menolak kaum dominan, DEB, Hak Keistimewaan melayu dan Bumiputera, Kuasa Raja-Raja semuanya boleh dipersoal dan di kesampingkan atas nama demokrasi. Peluang yang tidak pernah dimiliki oleh kaum-kaum pendatang untuk memintak dan mendesak semua yang menjadi kepunyaan melayu seperti membuka taraf Bumiputera kepada semua rakyat juga merupakan agenda yang amat bernas!
Bagi Pelelong Agama ( PAS ) yang melacurkan diri dan perjuangan politik sempit merasakan kemerdekaan ini adalah peluang dan kesempatan bagi mempastikan pintu syurga dibuka seluas-luasnya kepada mereka yang sealiran dengannya. Berpaksi atas nama Jihad yang jahat telah menyebabkan mereka yang konon menegak agama sebenarnya pelelong, penjual dan penggadai kesucian agama. Agama merupakan bahan dagangan yang ampuh demi kelangsungan politik.
Sementara pengundi bukan melayu masih lagi memelok tiang-tiang seri nikmat kekuasaan yang tidak pernah mereka miliki sebelum Mac 08. Orang melayu sendiri sudah terpaksa berarak dijalanan dalam menegakkan kebenaran, maka tentunya sesuatu perlu dilakukan.
Orang melayu perlu sedar walaupun hari ini sudah 52 tahun kemerdekaan negara dikecap namun kemerdekaan bangsa seakan sudah semakin luntur dan pudar! Pengisian Kemerdekaan perlu dilihat dengan penuh teliti, ikhlas, berani dan bermaruah!
Kepada Allah Berserah...
Sendiri Mau Ingat!!!
Jumaat, 28 Ogos 2009
Yang Hak Tetap Hak!!!
Isu Sebat : Jawapan Kepada Tun Dr Mahathir
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
Negarawan Malaysia, Tun Dr Mahathir, berkata di dalam blognya : Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak? Beliau kemudiannya berkata :
"Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan; "Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil". Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya? Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama?
Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila hukuman ini dijatuhkan."
Sebagai menyahut pertanyaan Tun tersebut, saya sediakan artikel ringkas ini memberikan input kepada beliau dan mereka yang masih tertanya-tanya.
ARAK DAN STATISTIK KEBURUKANNYA
Sebelum saya menghuraikan ringkas jawapan bagi persoalan Tun Dr Mahathir, izinkan saya meningingatkan pembaca berkenaan arak dan statistik keburukannya, sehingga menyebabkan Islam begitu bersungguh melarang dan meletakkan undang-undang ke atas peminumnya juga. Ia sebenarnya tidak lain kecuali untuk mengutamakan keadilan umum, di atas hak individu.
Menurut statistik rasmi di United Kingdom, Alcohol-related crime adalah seperti berikut :-
* Hampir 45 - 46 % kejadian jenayah, mangsa meyakini bahawa penyerangnya di bawah pengaruh alcohol (arak).
* Angka tadi naik kepada 58% dalam kes serangan oleh individu yang tidak dikenali.
* 39% keganasan dalam rumahtangga melibatkan alcohol (arak)
* Hampir sejuta serangan ganas yang berlaku dalam tahun 2007-2008, dipercayai dilakukan oleh mereka yang sedang mabuk atau separa mabuk.
(Source: British Crime Survey 2007/08)
Manakala di Russia pula, sekitar 72 % kes pembunuhan adalah berkait dengan akibat minuman arak. 42 % pula kes mati bunuh diri hasil dari arak. Menurut Prof Nemtsov, Russia kehilangan (mati) rakyatnya seramai 500,000 ke 750,000 akibat arak. ( sumber )
Tanpa had dan kawalan berkesan, lebih menggerunkan di UK statistik menunjukkan 30% kanak-kanak berumur 11 hingga 15 tahun turut minum arak sekurang-kurangnya sekali seminggu.
Selain penyebab jenayah, arak juga turut memberi impak amat buruk kepada kesihatan.
Seorang doktor di London memaklumkan purata umur pesakit dari kesan arak adalah berumur 20 ke 30 tahun, sebelum ini biasanya mereka yang berumur 50 tahun ke atas sahaja yang kerap ke hospital akibat arak. (rujuk)
Dilaporkan oleh organisasi kesihatan, di United Kingdom jumlah penduduk yang dirawat akibat penyakit dari kesan minuman arak bertambah dua kali ganda sejak sepuluh tahun lepas.
Secara purata rakyat Britain 'menelan' arak sebanyak 9.6 liters arak keras dan tulen secara tahunan, ia lebih dahsyat dari Russia yang mencatatkan 8.7 liter sahaja. Sedangkan Russia diwartakan sebagai negara yang terbanyak ‘peminum arak' sebelum ini.
Hasil dari petikan statistik ringkas ini, adakah masih terdapat pemimpin yang begitu ‘TIDAK BERTANGUNGJAWAB' sehingga sanggup mempertahankan penjualan arak dengan MELUAS tanpa kawalan dan hanya beriman dengan ‘kawalan diri'?, disamping membawakan hujjah hak kebebasan individu, bangsa, agama tertentu dan hak syarikat?.
Sebenarnya, membenarkan penjualan arak adalah satu pencabulan hak bagi majoriti masyarakat Malaysia yang lain, kerana ia mendedahkan individu lain dalam keadaan bahaya sebagaimana yang berlaku di UK, Russia dalam lain-lain negara aktif arak.
HUKUMAN MINUM ARAK DALAM ISLAM
Dalam Islam, arak itu sendiri adalah haram atau dilarang. Sama ada minum sedikit atau banyak adalah sama sahaja larangannya. Demikian juga dadah. Sabda Nabi s.a.w
ما أسكر كثيره فقليله حرام
Ertinya : Apa-apa yang banyaknya memabukkan, maka sedikitnya juga haram ( walaupun belum memabukkan) ( Riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud : Ibn HIbban : Sohih )
Ayat al-Quran dan hadis berkenaannya terlalu banyak dan amat biasa kita baca. Islam mengakui wujudnya manfaat kecil dari arak tetapi manfaatnya adalah berdiri di atas kehancuran pihak yang lain. Sama seperti judi, yang menang sememangnya gembira namun ia menang di atas kekalahan pihak yang lain.
Firman Allah swt :
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا
"Mereka bertanyakan kepada kamu tentang arak dan judi, katakanlah (kepada mereka) pada kedua-duanya terdapat dosa yang besar dan kebaikan kepada manusia, dan dosa pada kedua-duanya lebih banyak dari kebaikan" (Al-Baqarah : 219)
Lagi Allah menegaskan :-
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah ( DIHARAMKAN) perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan ( Al-Maidah : 90)
Terbukti secara teori dalam ilmu Islam dan realiti dari statistik yang diberikan, arak adalah salah satu punca utama jenayah, selagi ruang dan peluang dibuka seluasnya selagi itulah manusia akan melakukan kesalahan mabuk.
Kerana itu nabi menyebut :-
الخمر أم الخبائث
Ertinya : Arak itu adalah ibu kepada kejahatan ( Hadis Hasan : Albani ; Silsilah Ahadith As-Sohihah, 1854)
Gunakan kuasa dengan tepat dan adil, selaras dengan perjuangan kamu. Adil dalam konteks arak adalah mengharamkannya dalam penjualan bebas.
HUKUMAN SEBAT BAGI PEMINUM ARAK
Bagi sesiapa sahaja yang bertanya dari kitab mana, dan buku mana, sumber mana diambil hukuman sebat bagi peminum arak, jawabnya adalah seperti berikut, tindakan mengenakan sebatan bagi peminum arak adalah diambil dari kumpulan hadis-hadis Nabi yang cukup banyak, antaranya :-
1) Hadis Nabi :
إذا شربوا الخمر فاجلدوهم , ثم إن شربوا فاجلدوهم , ثم إن شربوا فاجلدوهم
Ertinya : Apabila mereka minum arak, sebatlah mereka, dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka ( Riwayat Abu Daud)
2. Hadis Nabi :
أن النبي أتي برجل قد شرب الخمر , فجلده بجريدتين نحو أربعين
Ertinya : Nabi telah didatangi oleh seorang lelaki yang telah meminum arak, lalu telah disebatnya dengan dua pelepah tamar sebanyak 40 kali (Riwayat Muslim) [1]
3. Hadis Nabi
كان يضرب في الخمر بالنعال والجريد أربعين
Ertinya : Sesungguhnya dipukul (sebat) bagi arak (peminum) dengan kasut-kasut dan pelapah tamar sebanyak 40 kali (Riwayat Muslim) [2]
4. Hadis Nabi :-
أن النبي صلى الله عليه وسلم : جلد في الخمربالجريد والنعال , ثم جلد أبو بكر أربعين فلما كان عمر ودنا الناس من الريف والقرى , قال : ما ترون في جلد الخمر؟ فقال عبدالرحمن بن عوف : أرى أن نجعلها كأخف الحدود , فجلد عمر ثمانين
Ertinya : Sesungguhnya Nabi s.a.w merotan (sebat) dalam kes arak dengan pelepah tamar dan sepatu, kemudian Abu Bakar ( di zaman pemerintahannya) juga menyebat dengan 40 kali sebatan, di ketika pemerintahan Umar, beliau meminta pandangan orang ramai dari kampong dan desa lalu berkata : Apa pandangan kamu berkenaan sebatan bagi peminum arak?, lalu Abd Rahman Auf berkata : Aku berpandangan kita menjadikannya hudud yang paling ringan (merujuk kepada sebatan qazf) [3], maka Umar membuat keputusan untuk menyebat dengan 80 kali sebatan ( Riwayat Muslim dan Abu Daud)[4]
5. Athar sahabat
قال علي : جلد رسول الله في الخمر أربعين , وأبو بكر أربعين , وعمر ثمانين , وكل سنة وهذا أحب إليّ
Ertinya : Berkata Ali r.a : Rasulullah menyebat peminum arak 40 sebatan, Abu Bakar juga 40 sebatan, Umar menyebat 80 sebatan, semuanya adalah sunnah, dan ini ( merujuk kepada 40 sebatan) adalah lebih aku sukai. ( Riwayat Muslim ) [5]
6. Hadis Nabi
Ertinya : Seorang lelaki dibawa ke penghakiman Nabi s.a.w kerana telah mabuk (minum arak), lalu Nabi s.a.w mengarahkan sekitar 20 orang lelaki untuk menyebatnya dengan pelepah tamar dan sepatu ( Al-Bayhaqi)[6]
Jiak dikatakan, itu semua hadis, mana dalil al-Quran yang suruh, jawabnya adalah
وَأَنزَلْنَا إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ
Ertinya : Kami turunkan kepadamu Al Qur'an, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan ( An-Nahl : 44)
Maka itulah tugas hadis nabi yang bersumber dari kata-kata, perbuatan dan perakuan baginda Nabi s.a.w yang menjadi penjelas kepada Al-Quran.
PERBEZAAN TASFIRAN ULAMA
Ulama telah bersepakat bahawa mesti dijatuhkan hukuman bagi peminum arak, sama ada ia minum banyak atau sedikit. Namun ulama berbeza pandangan dalam sekurang-kurang dua perkara iaitu :-
1) Adakah hukuman sebatan ke atas peminum arak adalah dalam kategori hukuman hudud atau hanya ta'zir.
Kebanyakan mazhab seperti Hanafi, Maliki, Syafie meletakkan hukuman sebat ke atas peminum arak sebagai hukuman hudud.
Namun demikian, sebahagian ulama lain seperti At-Tabari, Ibn Munzir, As-Syawkani, Ibn Qayyim, Al-Qaradhawi, Al-Uthaymin menganggapnya sebagai ta'zir semata-mata, yang mana ia terserah kepada hakim untuk menentukan jumlah sebatan dan keperluan untuk menyebat atau tidak.
Menurut Al-Qaradhawi, ia terbukti sebagai ta'zir kerana wujud pelbagai dalil yang menunjukkan :-
a- Jumlah pukulan berbeza mengikut keadaan peminum. Ada yang dikenakan 40 kali dan ada yang dikenakan 80 kali. Sifat hukuman hudud adalah tetap, namun ini berbeza-beza menunjukkan ia hanyalah dari hukuman ta'zir, yang terserah kepada kebijaksanaan hakim menentukan jumlahnya.
b- Dalam salah satu hadis yang tesebut di atas, Abd Rahman Auf r.a mencadangkan kepada Umar agar diletakkan hukuman yang paling rendah berbanding hudud, ini menunjukkan hukuman ini adalah ta'zir kerana menurut majoriti ulama, hukuman ta'zir tidak boleh melebihi hudud.
c- Cara penjatuhan hukuman juga berbeza, ada yang disebat menggunakan sepatu, ada yang menggunakan tangan, baju dan sebahagian lain menggunakan pelepah tamar[7]. Tidak mungkin hukuman ini dari jenis hudud jika sedemikian kerana hukuman hudud semestinya fixed atau tetap jumlahnya.
Berdasarkan penelitian terhadap dalil dan perbincangan para ulama yang panjang lebar dan mendalam, secara peribadi saya cenderung kepada hukuman ini adalah ta'zir dan bukan hudud. Wallahu'alam.
2) Jumlah sebatan yang perlu dikenakan.
Dalam hal ini, para ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-
Pertama : Mazhab Hanafi, Maliki, At-Thawry dan Hanbali : Sebatan sebanyak 80 kali sebatan sama ada lelaki atau perempuan.
Kedua : Mazhab Syafie : 40 kali sebatan sahaja. Namun jika hakim mendapati kesalahannya berat, hakim boleh menambah sehingga 80 kali sebatan, dan lebih dari 40 sebatan itu dikira sebagai ta'zir , manakala 40 sebatan yang awal adalah hudud.
BOLEHKAH PESALAH TIDAK DISEBAT?
Ia bergantung kepada mazhab mana yang dterima pakai oleh Mahkamah Syariah Malaysia, hakim dan negara Malaysia.
Jika Hudud
Jika kesalahan meminum arak diterima sebagai kesalahan hudud sebagaimana pandangan mazhab Syafie. Pesalah tidak boleh dielak dari hukuman sebat tadi kerana hukuman sebat dikira sebagai hak Allah swt. Hak Allah perlu didahulukan dari sekalian hak makhluk dan sesuatu itu termasuk dalam hak Allah apabila kemudaratannya meluas dan umum, seperti zina, riba, murtad dan sebagainya. Namun pelaksanaan hukuman hudud ke atas seseorang pesalah, boleh ditangguh berdasarkan keperluan tertentu.
Dalam kategori ini, semua pesalah walau kali pertama[8] melakukan kesalahan, akan dihukum kerana mudarat ke atas masyarakat umum.
Jika Ta'zir
Jika kesalahan ini dianggap dari jenis Ta'zir, maka hakim mempunyai kuasa untuk mengampun sama ada atas alasan ia kesalahan kali pertama, ia seorang yang lemah, ia seorang tidak sihat dan sebagainya. Demikian menurut mazhab Syafie.
Justeru, sebelum dikritik keputusan hakim, bincangkan terlebih dahulu mazhab mana yang ingin diikuti di Malaysia, khususnya dalam konteks hukum minum arak ini.
SEJAUH MANA SEBATAN INI ADIL?
Pertama
Jika ia benar-benar hudud dan termasuk dalam hak Allah swt, tiada layak manusia yang hina untuk mempersoalkan tentang keadilan, kerana Allah swt sentiasa adil walau menghumban sesorang manusia ke nerakaNya. Allah tetap adil walau Dialah yang menysatkan sekumpulan manusia dan memberi hidayat kepada sebagai yang lain. Kerana Apa adil?? Kerana piawan adil Allah tidak sama dengan manusia yang dicipta. Keadilan Allah adalah kerana dia yang mencipta kita, dan Dia berhak untuk menentukan apa sahaja yang diinginiNya. Jika kita merasakan Allah tidak adil menyesatkan sekumpulan manusia. Individu tersebut perlu memulangkan nyawa yang Allah berikan kepada mereka dan beredar dari galaksi ciptaan Allah swt ini ke sebuah alam ciptaan sendiri.
Kedua
Sebatan ini, tidak zalim sama sekali kerana ia bukan bertujuan menyakitkan seperti sebatan ekor pari yang menghakis kulit, daging dan sampai ke tulang. Sebatan ini hanyalah untuk pengajaran, seperti denda cikgu kepada muridnya, ibu kepada anaknya atas tujuan mengajar, atas asas belas kashian dan bukan dendam kesumat dan ‘geram' memukul.
Hasilnya, pelbagai displin sebatan telah ditentukan dalam hukum Islam iaitu [9] :-
- Tidak boleh dipukul wajah dan kemaluan.[10]
- Alat yang digunakan mestilah tidak besar, bukan tongkat yang besar, ia adalah seperti dahan dan ranting sederhana sahaja.
- Tidak diharuskan si pemukul mengangkat tanganya melebihi paras ketiaknya, atau tidak boleh terlihat bawah lengannya semasa mengangkat pemukul, dam pukulan tidak terlalu menyakitkan, tidak pula terlalu perlahan.
- Yang diangkat adalah sikunya sahaja dan bukan lengan.
- Lelaki disebat secara berdiri, wanita secara duduk.
Adakah jenis pukulan yang sebegini pun dianggap zalim? Jika demikian guru-guru sekolah, ibu bapa, suami memukul, adalah lebih zalim kerana hukumannya tidak dibicarakan di mahkamah.
Bagi saya, jika hukuman sebegini pun masih zalim, tentunya yang menuduh ia zalim itu akan jadi lebih zalim kerana bercakap dan mengkritik tanpa ilmu.
Ketiga
Sejauh mana pula adilnya orang luar seperti Tun Dr Mahathir dan yang lainnya, mempertikaikan hak seorang hakim dalam membuat keputusan?.
Bukankah sang hakim lebih berhak menentukan hukuman yang paling adil disebabkan beliau berada sepanjang sesi perbicaraan dari kedua-dua belah pihak, mendengar pandangan kesemua pembela dan pendakwa. Justeru, adalah TIDAK ADIL bagi orang di luar mahkamah untuk mengkiritk sewenangnya keputusan hakim, sedangkan mereka tidak mempunyai gambaran sebenar di sebalik sesebuah kes. Mungkin sahaja, si pesalah yang reda dan ingin hukuman dilaksanakan. Justeru itulah keadilannya.
Keempat
Bukankah keputusan hakim patut dihormati sebagai menunjukkan autoriti badan kehakiman dari sebarang gangguan luar?. Kita kerap mendengar di mahkamah civil bahawa sebarang keputusan mahkamah tidak boleh dikritik terbuka sama ada di dalam mahkamah atau diluarnya, kerana akan termasuk di dalam kesalahan ‘menghina mahkamah' (contempt of court), lalu mengapa pula pihak yang kurang maklumat di luar ini dengan senang dan mudah mengkritik keputusan mahkamah Syariah?.
Kelima
Di dalam Islam, adil atau tidak bukan terletak pada logik aqal manusia semata-mata, namun adil yang sebenarnya adalah melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah swt dan baginda Nabi s.a.w. Kalau dalam konteks kes ini, pesalah juga telah bersedia menjalani hukuman tersebut sebagai satu proses kesedaran dirinya. Adilkah kita mempersoalkan hak pesalah untuk mendapat hukuman.?
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan kepada beberapa jawapan kepada persoalan yang diutarakan oleh Tun Dr Mahathir.
- DR. M : Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak?
Ye, benar, bukti-bukti berkenaan wujudnya hukuman ini bersumberkan hadis-hadis yang sohih.
- DR. M : Apakah ada larangan dalam Islam untuk mengkanunkan undang-undang syariah?
Di dalam Islam, tiada larangan sama sekali, malah digalakkan bagi mencapai keseragaman dalam keputusan hakim.
- DR. M : Jika Kerajaan tidak mengkanunkan undang-undang syariah melalui proses perbahasan dan kelulusan oleh dewan-dewan undangan, atau melalui fatwa oleh ulama-ulama, bolehkah tulisan-tulisan ulama tertentu dijadikan asas hukum mengikut pendapat hakim?
Ini saya tidak pasti, memang sepatutnya tidak boleh hakim menjatuhkan hukuman tanpa undang-undang itu dikanunkan, cuma saya tidak pasti mengapa ia belum dikanunkan. Sepatutnya sesebuah kerajaan negeri bertanggungjawab untuk mengkanunkannya. Namun sebelum ia dikanunkan, pertikaian yang diutarakan oleh Tun memang relevan dalam konteks hukum dunia, namun adalah salah di sisi Islam, kerana semau hukum Islam sepatutnya dikanunkan.
Mahkamah ini pula adalah mahkamah Syariah yang khusus untuk hal ehwal orang Islam dan bukannya mahkamah sivil. Justeru apa ertinya sebuah mahkamah dinamakan ‘SYARIAH' jika keputusan yang berlandaskan hukum Islam juga tidak boleh dilaksanakan.? Jika demikian, tiada erti nama ‘syariah' pada sebuah mahkamah Syariah lagi.
Lebih zalim yang mengkritik tanpa ilmu. Hukuman ini adalah adil atau tidak telah diulas di atas, dan ia juga tertakluk kepada penentuan sama ada hukuman sebat peminum arak adalah hudud atau takzir.
Oleh kerana dirujuk kepada hukum al-Quran dan Hadis nabi, hukuman tersbeut patut dijalankan. Kerna arak terbukti merosakkan umum dan bukan hanya individu terbabit semata-mata. Cuba lihat dan fahami statistik yang disertakan di atas.
Boleh rujuk senarai kitab yang dirujuk di dalam nota kaki artikel ini. Itulah kitab-kitabnya. Jika nak lihat gambar kitabnya, saya sertakan salah sebuah darinya yang amat penting. Semoga dapat membacanya dengan faham. AKHIRNYA DIHARAP TUN DR MAHATHIR SUDI UNTUK MEMBACA ULASAN DAN JAWAPAN SAYA KEPADA SOALAN-SOALAN BELIAU INI.
Gambar : Kitab Fathul Bari Syarah Sohih al-Bukhari, Karangan Imam Ibn HajarAl-Asqolani.
Semoga beroleh manfaat, sekian
Zaharuddin Abd Rahman 5 Ramadhan 1430 H 26 Ogos 2009 terima kasih ustaz, semoga muslimin muslimat serta mukminin dan mukminat akan menilai dengan akal dan hati budi yang luhur akan permasalahan di atas serta mendapat petunjuk dalam mencari taufik hidayah Allah.amin
|
Selasa, 25 Ogos 2009
PRK N.11 PP... Sahaja Aku Mengundi BN Demi Agama, Bangsa & Tanahair Ku Kerana Allah...
Tentunya kita semua nak kan kebaikan dan dalam konteks ganjaran akhirat kita nak pahala kerana ukuran mudah bagi kita semua nak masuk syurga ialah dengan mempunyai kelebihan pahala dari dosa...mudah! tak payah belit-belit nak janji syurga kepada sesiapa yang mengundi dan menyokong puak kita. Itu kerja orang gila dan kita tak buat kerja gila tu...
Bagi Pengundi di Permatang Pasir hari ini lah hari dimana membuktikan bahawa kita menerima yang putih dan menolak yang hitam. Jelas! kerana yang hak tetap hak sementara yang bathil tetap bathil. Tak payah nak jual temberang dan tipu daya dengan mengaibkan calon BN kerana kuda tunggangan ( Yusri ) yang dikuda kan oleh PAS akhirnya sedar dan insaf bahawa beliau telah mencetuskan gelombang fitnah yang bukan sedikit kesannya. Alhamdulilah...
Bagi Pengundi di Permatang Pasir hari ini mereka hanya perlu memangkah Kebenaran dan menolak Kemungkaran kerana BN yang ditunjang oleh UMNO tidak pernah menghalalkan yang haram dan menghalalkan yang haram..itu Jelas! tak seperti PAS dan PKR di Selangor yang memutar belit isu Arak hingga sujud di kaki kafir laknat DAP! Nauzubillah...
Bagi Pengundi di Permatang Pasir hari ini mereka sudah jelas akan tanggungjawab untuk memenangkan calon BN-Rohaizat kerana meraka mahukan seorang Wakil Rakyat yang bertanggung jawab dan dapat membawa kesejahteraan kepada seluruh masyarakat, bukannya calon yang hanya tahu berceramah, ke saloon, mengganggu isteri orang, mengumpul wang dari usaha menyamun dan liat membayar hutang. Calon rosak dan merosakkan namanya tu... jadi jauhkan dan beri dia cipta sejarah untuk kalah bagi kali ke 7..
Bagi Pengundi di Permatang Pasir hari ini mereka mengundi Calon BN kerana sedar dan insaf bahawa mereka dan anak cucu perlukan pembangunan dan kemajuan bagi jaminan hidup yang lebih sempurna dan selesa dan bukannya berpolitik sempit dan jumud yang dibawa oleh anasir-anasir yang kononnya jihad tapi jahat yang selepas ini pulang ke lubuk masing-masing dengan penat lelah cercaan dan makian berkempen sedangkan pengundi dan penduduk di Permatang Pasir ditinggal untuk membersihkan segala kekotoran dan kerosakan yang mereka bina. Menyusahkan orang betul lah kutu-kutu nih!
Bagi Pengundi di Permatang Pasir mereka tahu dan memang tidak sabar untuk mengundi dan memenangkan calon BN-rohaizat kerana mereka marah, benci, muak dan jelak dengan konsep berpolitik yang menggadai maruah bangsa, menjual agama dan mementingkan diri yang dibawa oleh Pemimpin-Pemimpin PAS, PKR dan DAP!!! Tau tak per...
Bagi Pengundi di Permatang Pasir mereka ingin membuktikan bahawa mereka bukannya jenis manusia Pengkhianat walaupun duduk di Lubuk Kawasan Parlimen Pengkhianat dan mereka ingin membersihkan diri mereka dari percikkan kekotoran tersebut...Insyaallah berjaya!
Turun awal mengundi dengan niat dan semangat, Insyaalah kejayaan akan berada di pihak kita!
Kejayaan Kepada Calon BN!
Hidup BN! Berjaya BN!
Hidup UMNO!
Kepada Allah Berserah...
Ahad, 23 Ogos 2009
PRK N.11 PP... Kekalahan PAS Semakin Cerah!!!
Sedangkan hakikatnya Jentera PAS sudah gelabah puyoh, serba susah, serba tak kena, dah macam beruk mak yeh...
Mengikut kata sahabat penulis orang kuat PAS totok dalam perjumpaan kami tadi, beliau mengatakan bahawa kekuatan yang PAS miliki dalam PR yang lalu telah jauh berubah. Ini kerana banyak faktor semasa yang berlaku, Ianya boleh dikategorikan begini:
- Pemimpin-Pemimpin PAS setempat di Permatang Pasir yang merasa tidak puas hati sebenarnya atas pemilihan Salleh Man sebagai calon, mereka merasakan bahawa ada anak tempatan yang layak untuk mewakili mereka sebagai calon. Lagi pula Salleh Man ni orang Penaga yang sudah 6 kali terkucil...
- Perpecahan di dalam saf kepimpinan PAS dimana Pemimpin PAS Permatang Pasir diberitakan ialah dari saf haji Hadi dan nasarudin dan bukannya mereka yang pro kepada golongan erdogan.
Ini berikutan aruah dato hamdan dikenali sebagai orang yang menolak kumpulan erdogan.
Itu sebab apabila PAS meletakkan Haji mampoz sebagai Pengarah Jentera Pilihanraya maka ramailah yang 'berbunyi' di belakang.
- Kumpulan atas pagar yang menjadi pengundi PAS dalam PRU yang lalu tidak memberikan 'signal' untuk menyokong PAS disebabkan prestasi Pakatan Pembangkang yang membentuk Kerajaan di Pulau Pinang GAGAL dalam janji-janji pilihan raya mereka yang lalu.
- UMNO telah berusaha keras dengan mengembalikan keyakinan ahlinya untuk menyokong parti keramat itu kembali.
- Pengundi cina tak peduli kepada keputusan Pilihan Raya ini kerana bagi mereka jika PAS kalah pun ianya tidak mengubah Kerajaan Negeri.
- Ada dikalangan pengundi bukan melayu yang ingin melihat kekalahan PAS supaya dapat 'mengajar' PAS dalam isu beer di Selangor. Ini secara tidak langsung akan menjadikan PAS lebih 'kerdil' di dalam Pakatan Perosak Rakyat.
Apapun sekarang PAS dah semakin terdesak! PAS dah semakin menggelupor!
Rakyat sudah semakin bijak! Rakyat mahukan pembangunan dan kemajuan!
Rakyat mahukan pembelaan dan mahukan mereka menerima limpahan kemajuan!
Rakyat sudah muak dengan politik sempit, bacul dan murahan!
PAS sudah tidak mampu berjanji kerana mereka tahu janji pembangunan yang mereka lemparkan akan menyebabkan mereka semakin dijauhi oleh pengundi. Hakikatnya pengundi tahu bahawa mengekalkan PAS hanya akan mengekalkan rakyat dan pengundi di dalam kemunduran dan terkebelakang dalam arus pembangunan. Itu sebab PAS berhempas pulas menjaja isu peribadi Rohaizat!
Faktor Anwar juga nampaknya sudah bukan lagi merupakan umpan yang menguntungkan. ini kerana pengundi di Permatang Pauh amnya dan Permatang Pasir Khususnya lebih mengenali Anwar dan mereka semakin jelak dan muak dengan agenda politik peribadi Bapak Pengkhianat tersebut...
Mai Adik Kakak! Pakat Pangkah BN!
Hidup UMNO!
Sedar-Sedarlah...
Jumaat, 21 Ogos 2009
PRK N11 PP... Salakkan PAS Akan Berakhir Dengan Kekalahan...
Moral Manifesto Pilihanraya PAS sendiri sudah rosak apabila pada tahun 1990 dan 1995 membangun bersama Islam, 1999 - Ke arah Malaysia yang adil, 2004 -Bersama Malaysia baru, 2008 Pakatan Rakyat. Perjuangan berubah-ubah mengikut selera pemimpin mereka... kesian kuda belang taksub yang sanggup mati kononnya shahid melawan polis di memali.
Tapi apa nak pelik bin ajaib? sebab pemimpin PAS ni sekiranya diberikan kuasa habis semua orang hatta mesin jahit pun dizalimi. Ingat apa yang berlaku di Terengganu apabila PAS berjaya memerintah negeri?
PAS menzalimi kanak-kanak dengan mengunci kelas-kelas Tadika
Pas menzalimi Mat Amin Salleh seorang peniaga tua di Bukit Payung dengan meroboh perniagaan kedai kopi yang sudah 50 tahun beliau usahakan.
PAS menzalimi seorang yang hampir bersara Zakaria Jusuh seorang tukang kebun di Setiu dengan merobohkan rumahnya tanpa tolak ansur kerana mendirikan rumah di tanah milik kerajaan.
PAS melalui JSR ( JK Syura Rakyat ) telah bertindak zalim dengan mengunci balai Kemas dan menghalau kaum wanita yang belajar menjahit dengan mengunci mesin jahit tersebut di kampung duyung, Kuala Terengganu.
Paling Zalim berlaku di Kg Tok Por, Sungai Ikan, Kuala Terengganu apabila PAS meminta derma untuk membina surau dan bangunan sekolah agama malang nya setelah hampir siap surau tersebut telah dijadikan tempat menternak 4000 ekor ayam.
Premium tanah naik 700%.
10,000 ekar hutan simpan untuk kroni PAS
RM 260 Juta tender tertutup.
Memecat Imam dan bilal masjid-masjid yang dilihat pro kepada BN, mempolitikkan masjid.
Di Kg tempinis, setiu dan kg durian Lebar, besut penduduk terpaksa berbuka puasa di halaman masjid beralas tikar kerana JSR mengunci Masjid....giler...giler tahap gila babi ni.
Banyak lah lagi bukti kezaliman PAS jika kita menyorot apa yang berlaku di Terengganu.
Yang Jelas PAS ini jangan diberi muka dan peluang, sebelum berkuasa macam-macam lah janji nak diberi waima syurga pun boleh dipastikan satu sorang tapi bila dah berkuasa habis semua nya sebab haramu makan sorang! halalu bagi duo...
Perosak dan pengkhianat Agama, bangsa & Negara! Pengundi Permatang Pasir perlu berganding bahu untuk menolak anasir jahat ini dari terus menular dalam masyarakat. Sesungguhnya Pengundi PP berjasa dan berolah kebajikan sekiranya mampu menghentikan salakkan PAS dan pimpinannya demi generasi yang akan datang.
Mai Pakat Pangkah BN!
Hidup UMNO!
Khamis, 20 Ogos 2009
PRK N11 PP...Apa Yang PAS Takut Dengan Rohaizat?
Apa yang kutu-kutu tu takut sangat dengan Rohaizat?
- Yang Jelas Rohaizat layak bertanding!
- Yang Jelas Rohaizat tidak pernah di dakwa di mana-mana Mahkamah atas dakwaan mereka!
- Yang Jelas Rohaizat tidak pernah di liwat!
- Yang Jelas Rohaizat tidak ada kes Meliwat!
- Yang Jelas Rohaizat tidak pernah bergambar bogel semasa tidur dan berbaring!
- Yang Jelas Rohaizat tidak pernah ditangkap basah dengan Norma di Kota Bharu!
- Yang Jelas Rohaizat tidak pernah berperang dengan SPRM untuk menutup kesalahannya!
- Yang Jelas Rohaizat tidak pernah mengikari arahan polis hingga di sembur dengan pemedih mata dan water canon!
- Yang Jelas Rohaizat tidak pernah menyeru secara sesat mengajak orang ramai berkawan dengan setan dan iblis!
- Yang Jelas Rohaizat tidak pernah berkata yang tuhan mencarut!
- Yang Jelas Rohaizat bukannya pelacur murahan politik yang sanggup menggadai agama demi serakah politik yang sempit!
- Yang Jelas Rohaizat bukannya Melayu yang lupa diri dan kurang ajar dengan merelakan ISA dan DEB dihapuskan!
- Yang Jelas Rohaizat bukannya penyeleweng kuasa dan duit rakyat yang mahu menggunakan duit zakat untuk pembangunan kuil, arak dan judi!
- Yang Jelas Rohaizat bukan pengkhianat Bangsa, Agama dan Negara!
Yang Jelas dan Pasti Rohaizat ialah anak Melayu yang Faham, Sedar dan Insaf akan keperluan dan kehendak Bangsanya yang masih perlukan pembelaan, Yang sedar bahawa dengan tertegaknya kuasa Bangsanya di Watan tercinta ini maka akan tertegak lah Agama Islam yang Bangsa nya Anuti, Kesedaran ini lah yang diperlukan oleh Negara! Bagi Negara Rohaizat ialah PANGLIMA!!!
calon PAS? kena buku 5 jer patut nyer...
Lu fikir La Sendiri!!!
Rabu, 19 Ogos 2009
PRK N.11 PP...AWAS! HINDARI VIRUS BABI GILA PAS, DAP & PKR.
Kalau WABAK H1N1 yang melanda negara mungkin boleh diatasi dengan memakai topeng dan mengurangkan aktiviti luar namun yang lebih bahaya dari itu ialah kehadiran VIRUS BABI GILA yang sedang melanda seluruh DUN N11. dek kerana hadirnya pemimpin dan penyokong PAS, DAP dan PKR.
Mereka yang membawa VIRUS ini juga dikenalpasti dari pelbagai latar belakang kaum dan keturunan, baik yang bertaraf tok guru dalam semak atau pencacai yang mengampu dan menyemak, yang berkopiah atau yang pakai singlet berterompah, yang labuh jilbab atau pelacur belakang mati yang sentiasa lembab...tak kira! asal dari Pakatan Perosak Rakyat maka ianya harus anda semua jauhi dan elakkan.
VIRUS yang pada awalnya hanya menyerang kelompok dan golongan kuda belang, orang gila, yang taksub membabi buta, penjual-penjual agama dan pelacur-pelacur murahan yang begitu berminat dengan salah laku sex dan moral dilaporkan telah mencapai tahap tertinggi serangannya pada Mac 08 yang lalu.
Diberitakan 3 Golongan yang menjadi pembawa VIRUS BABI GILA ini, meraka terdiri daripada:
1) Orang tua nyanyok yang merasa diri ulama dan tok guru yang bertaraf mur 'shit' - Walaupun golongan ini tidak ramai namun kesan dari kebusukkan dan kerosakkan hati, jiwa dan iman mereka berjaya menyebabkan VIRUS ini berjangkit dengan pantas.
2) Orang yang suka meliwat - manusia yang telah dikutuk oleh Allah sejak zaman Nabi Luth lagi ini tetap merupakan VIRUS yang amat Merbahaya. Ianya bukan sahaja boleh menyerang dan menyebarkan VIRUS dengan pantas dan berkesan malah boleh menyebabkan lubang Jubur mangsa robek dan bernanah. EEE! Menjijikkan betul lah VIRUS ni!
3) Orang yang tidak bersyukur dan tidak sedar diri akan keberuntungan diri sebagai Bangsa Tuan Watan ini serta Bangsa Pendatang yang kurang ajar, biadap dan mengamalkan cara hidup BABI- mereka ini ramai tetapi tidak sukar dibendung, ancaman VIRUS yang dibawa ditahap yang rendah kerana mereka sendiri diserang dan dijangkiti serta masih boleh dipulihkan dari VIRUS yang mereka miliki ini.
Bagaimana pun VAKSIN yang baik dan berkualiti dari pakar-pakar yang ramai dari Kerajaan Barisan Nasional yang diketuai oleh Prof Dr UMNO telah berjaya membendung wabak ini.
VAKSIN yang diperkenalkan kini dilihat amat mujarab dan berkesan dalam memenangi hati rakyat terutama Penduduk dan Pengundi di N11 Permatang Pasir.
Kehadiran Petugas-Petugas UMNO dan BN yang berhati mulia dan mesra untuk menerang dan menyampaikan maklumat dengan tepat dan berkesan telah menyebabkan Rakyat dan Pengundi sentiasa membuka pintu untuk menerima mereka. Ini dapat dilihat apabila setiap kali Jentera Petugas menjalankan Program kehadiran dan sambutan Masyarakat amat menggalakkan. Alhamdulilah...
Berbanding dengan Penolakkan Masyarakat terhadap kehadiran VIRUS-VIRUS PR yang sememangnya merosakkan jiwa, minda dan hati dengan dakyah dan cara berkempen yang kasar, tidak bermoral, mengumpat dan mengkeji jauh sekali nak membela nasib Pengundi dan Penduduk Setempat.
Mai Pangkat Pangkah BN!
Hidup UMNO!
Sendiri Mau Ingat!!!
Selasa, 18 Ogos 2009
Nik Aziz Semakin Bengong...!!!
Utusan Online:NIK AZIZ KATA AHLI UMNO TAK AKAN MASUK SYURGA “...BUKIT MERTAJAM 17 Ogos
— Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin...Katanya, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO...
“Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir....”
- Bagi Nik Aziz agama ialah kuda tunggangan! Pakaian ulama dalam semak yang ada pada beliau merupakan lesen untuk menentukan keislaman orang lain.
- Bagi Nik Aziz agama bukannya menyeluruh kerana boleh dibahagi-bahagi mengikut selera politik beliau. Menganut agama Islam bukan melalui shahadah tapi cukup sekadar menganut Parti PAS.
- Bagi Nik Aziz beliau mempunyai kuasa seperti tuhan yang menentukan agama, iman dan syurga neraka seseorang hamba dengan melihat parti ikutan seseorang.
- Bagi Nik Aziz Rukun Iman ada 7 dimana yang ke 7 ialah beriman kepada beliau dan parti PAS sebagai jaminan syurga.
- Bagi Nik Aziz Rukun Islam ada 6 dimana yang ke 6 ialah menjadi ahli PAS.
- Bagi Nik Aziz agama ialah pakaian bagi mengaburi mata kuda-kuda belang untuk tunduk taksub menjilatnya dengan menawarkan syurga dunia dan angan-angan syurga akhirat yang boleh beliau pastikan.
Kira ambik tiket kat Kaunter Nik Aziz bila mati kelak di padang Masyar untuk masuk syurga.
- Bagi Nik Aziz sesiapa jua yang menghina agama dan menjatuhkan moralnya tidak dianggap salah dan perlu disokong asal si kafir ini menyokong beliau untuk terus menikmati keseronokan berpolitik di dunia ini.
- Banyak lah lagi pelbagai bagi dan pandangan sempit tok guru sesat ini yang begitu menyimpang dari ajaran agama yang sebenar dan syumul.
Ternyata beliau sudah jauh sesat dan yang lebih malang sedang menyesatkan yang lain, perosak yang merosakkan!
- Kepada Umat Islam jauhilah puak munafik yang di tangan kanan nya penuh dengan kesucian dan ketinggian agama tetapi malang di tangan kirinya penuh dengan tipu daya yang merosak dan menyesatkan...
Kepada Allah berserah dan berlindung dari perosak agama ini.
Mohon keampunan, Taufik hidayah dan Kasihan Belasnya agar kita semua tidak terpedaya oleh Dajjal-Dajjal ini...Amin
Sendiri Mau Ingat!
Sabtu, 15 Ogos 2009
Arak + Babi = Nik Aziz?
Walaupun mereka ini penyokong tegar PAS namun fikiran mereka masih rasional dan terbuka, mereka bukan nya menjadi kuda belang @ kuda tunggangan yang taksub dengan apa jua firman yang diperturunkan oleh tok-tok guru mereka. Mereka menjadi penyokong PAS pun kerana asal-usul negeri kelahiran mereka yang kuat menyokong PAS, kira PAS keturunan la, jadi tak nak jadi penentang dalam keluarga dan kampung asal mereka maka mereka menyokong PAS, kira tak da asas perjuangan la..ikut-ikutan jer.. seorang sahabat penulis, Halim namanya diluar rumah penyokong kuat UMNO tapi bila balik rumah terpaksa lah mendiamkan diri kerana bapa mertua orang kuat PAS malah keluarga belah isterinya semuanya penyokong PAS termasuk bini Halim ni, kiranya Halim ni siang masuk UMNO, malam kena masuk PAS! hehe kesian Halim!
Inilah politik! manusia boleh berubah dan politik memang seni yang berubah-berubah! Macam Anwar lah dulu masa jadi TPM dan Timbalan Presiden UMNO, dia orang yang paling utama menentang PAS, Malah PAS melabelkan Anuwar al Juburi dek kerana Anwar orang yang mampu mengimbangi watak warak pemimpin-pemimpin PAS. Namun realiti politik tetap akan terzahir, kerana PAS dan Anwar bukannya pejuang agama, bangsa dan negara, maka mereka boleh bersekedudukan demi melampiaskan nafsu politik jahat masing-masing. Kuda-menguda membawa bencana!
Begitu juga Nik Aziz, beliau bukannya ulama, beliau bukannya seperti Tok Kenali yang berjaya menyebar dan menegakkan agama dengan penuh berjaya, Nik Aziz hanya seorang politikus, seorang politikus yang berjaya mengaburi mata rakyat...menipu lah maknanya dengan pakaian Islam yang ditonjolkan, Dengan memperaga diri sebagai warak kononnya...beliau tahu itu sahaja cara nya untuk menawan hati orang-orang Melayu di Kelantan, Sebagai politikus Nik Aziz tahu selain strategi alim ulama dalam semak, merosak imej lawannya juga perlu dilakukan agar keislaman beliau lebih tertonjol. Itu sebab dia boleh bagi Syurga dan menghantar orang ke Neraka dan menyifatkan orang Islam lain sebagai Komunis. Ini lah kelicikkan Nik Aziz sebagai politikus...
Sebagai politikus Nik Aziz berjaya, tapi sebagai MB negeri Kelantan beliau sebenarnya sedang membina mahligai didalam neraka kerana kegagalan mentadbir dan memberi kemakmuran kepada rakyat. Segala janji dalam manifesto yang ditaburkan tetap tinggal janji.
Yang lebih malang ialah Nik Aziz sedang menjual Agama dengan harga yang cukup murah demi kelangsungan politik sempit dan murahan diri dan partinya.
Sebab tu kawan penulis penyokong tegar PAS tadi berkata, siapa jua yang taksub kepada Nik Aziz perlu segera sedar! jangan sampai ketaksuban membunuh Iman yang selama ini dibaja.
Rupanya di dalam PAS ada 2 golongan pengikut, pengikut yang tetap dengan pendirian PAS sejak zaman Aruah Haji Ahmad Fuad dan juga kumpulan pengikut taksub yang berjaya dibuta kan mata hatinya demi politik lacuran pemimpin hingga tergamak menjual Agama.
Sedarlah pengikut PAS! Nik Aziz bukannya ulama! Nik Aziz bukannya pemimpin yang boleh membawa Bangsa melonjak dan berjaya, malah jauh dari itu Nik Aziz bukan pemimpin Negara yang boleh di amanahkan untuk membangun dan memakmurkan kesejahteraan rakyat.
Nik Aziz hanya politikus! politikus murahan yang merelakan dirinya menjadi pelacur politik! Merelakan dirinya menjadi kuda tunggangan Anwar, Husam Ronie Liew, Jeffri Oii, Karpal Singh, Lim Kit Siang dan lain-lain lagi pemimpin Pembangkang!
Yang Jelas tindak tanduk mereka ini sedang membawa Agama, Bangsa dan Negara jauh kedalam kehancuran! Sedar lah Melayu!!!
Lu Fikir La Sendiri!
Sabtu, 8 Ogos 2009
Dunia...Dunia, Macam-Macam Khianat Ada...
Macam-macam Khianat dan pengkhianat ada dalam dunia ini, memang menjadi sifat manusia tak mahu digelar pengkhianat tapi gerak dan kata serta budaya dan cara hidup mereka saling tak tumpah seperti pengkhianat dan petualang agama, bangsa dan negara.
Khianat boleh berlaku dalam keluarga sekalipun apabila suami mengkhianati isteri tercinta dengan mengamalkan budaya seks sejenis dengan jantan lain, tak kah itu pengkhianat namanya? Mengkhianati curahan kasih dan sayang sang isteri...huhu kesian isteri tu!
Bagi seorang bapa juga boleh dianggap pengkhianat kepada amanah untuk membesar dan mendidik anak-anak apabila dijatuhkan hukuman oleh mahkamah atas salah laku yang tentunya memalukan mereka sebagai anak.
Khianat juga boleh wujud didalam diri seorang manusia yang diangkat sebagai pemimpin yang boleh melakon kan pelbagai watak seperti mambaca khutbah di waktu siang tapi di malam hari memenuhi nafsu sonsang dengan gejolak nafsu yang menjadikan iblis dan syaitan sebagai petunjuk jalan.
Khianat Ibu dan bapa kepada anak juga terjadi apabila membawa anak-anak mereka yang tidak memahami untuk turut serta berdemonstrasi di jalanan. Maka apabila tindakan pihak berkuasa keatas mereka dilaksana, dijadikan pula anak-anak mereka ini sebagai perisai dengan tangisan ketakutan mereka. Ibu bapa mereka ini sebenarnya berdosa kerana menjadikan anak sebagai alat untuk melampiaskan nafsu politik murahan ibu dan bapa. Apa punya mak bapak macam ni?
Dalam pada masa yang sama khianat sesama parti juga berlaku apabila cina-cina DAP hanya melihat akan keriangan pelacur-pelacur politik melayu berdemostrasi dengan percikkan asap pemedih mata dan semburan water canyon. Tak kah itu khianat perjuangan namanya?
Tapi apa nak heran sebab pengkhianat mengkhianati pengkhianat...!
Dikalangan Pelajar dan Mahasiswa juga tak kurang yang sedang berjinak-jinak menjadi pengkhianat tegar apabila engkar kepada arahan ibu-bapa, Pihak Pentadbiran dan Kerajaan apabila merelakan diri dilacurkan dan di tunggang atas ketaksuban politik yang sempit.
Khianat kepada rakyat terbanyak yang mahukan kedamaian serta peniaga yang ingin mencari rezeki apabila membuat kacau hingga menjejaskan kesejahteraan hidup rakyat dan peluang perniagaan para peniaga.
Selain itu di Perak khianat terhadap kuasa Raja terus di palu agar Institusi yang menjaga agama, bangsa dan negara selama ini dihina. Sanggup sembah derhaka, Tak kah khianat namanya?
Tapi yang mengkhianati agama pun tak kurang juga apabila gelaran sebagai tok guru dalam semak yang lebih mengutamakan politik dari kebenaran agama ilahi demi kelangsungan politik lacuran. Membenarkan yang bathil, Membathilkan yang benar, mengeluarkan pelbagai 'fatwa' yang menjadi rujukan dan 'nas' kuda-kuda belang taksub hingga agama dijual dan digadai dengan harga yang begitu murah atas nama jihad yang jahat...nauzubillah!
Bagi bangsa cina dan india dalam pembangkang yang mengikut sejarah sebagai bangsa pendatang telah menjadi pengkhianat kepada keadilan, kebaikan, keterbukaan dan sifat mesra bangsa Melayu yang telah memberi mereka peluang untuk menjadi rakyat bumi bertuah ini dengan mengecapi hidup sama malah lebih baik dari bangsa 'tuan' tanah air ini.
Jadi apa yang pelik dengan khianat dan pengkhianat? Bukan kah mereka sendiri yang merelakan diri mereka menjadi pengkhianat?
Sejarah telah banyak mengajar manusia bahawa khianat dan pengkhianat telah lama wujud didalam dunia ini dan menyumbang kepada kejatuhan sebuah kuasa dan lenyapnya sesebuah negara dan empayar.
Bagi kita yang amat menyedari akan kesan bahayanya maka mari kita bersama-sama berganding bahu, bekerjasama, bersatu dan bersetia dalam apa jua perkara, bergerak dan bertindak dalam satu suara. Kerana apa? Kerana kita masih ada waktu dan kesempatan untuk me'nyah' kan pengaruh jahat ini dari subur didalam watan tercinta, kerana ini bangsa kita, ini agama kita dan ini tanah air kita.
Kita yang bertanggungjawab dalam membenteng agama, bangsa dan negara dari anasir jahat ini,
Baik dan buruknya kita lah yang mengatur, menggorak dan merasai nya... Selagi kita mengambil tanggung jawab ini maka tidak lah kita digelar anak cucu sebagai Pengkhianat!
Lu fikir la sendiri!
Rabu, 5 Ogos 2009
Penghargaan & Terima Kasih...
Ahad, 2 Ogos 2009
Parti Pembangkang Berhenti Berpolitik Iblis & Binatang...!!!
Takziah juga harus diberikan kepada pengikut taksub yang membabi buta menyertai demo haram itu dengan paluan belantan dan siraman water canyon serta semburan gas pemedih mata. Bagi kuda-kuda belang ini tindakan ini satu tindakan berani yang harus dipuji kerana menyahut seruan jihad tok-tok guru sesat mereka...nauzubillah...
Yang jelas Ibu Kota semalam lumpuh dan rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa politik sempit, jahat dan ganas parti pembangkang... Yang lebih jelas ialah sebahagian besar yang menyertai demo haram ini ialah mereka yang di dalam kad pengenalan ditulis sebagai bangsa Melayu! Melayu yang melacurkan diri dan pegangan demi ketaksuban membabi buta serta kedangkalan akal fikiran yang waras serta kecetekkan sepak terajang politik.
Bagi pengikut DAP pula kebanyakkannya duduk melihat dari jauh di kedai-kedai kopi sekitar Sogo dan Masjid Jamek menghirup keenakkan air namun apa yang lebih enak ialah melihat kerenah kebodohan puak-puak pelacur politik melayu yang begitu murah dengan hanya berbekalkan air mineral, baju, towel good morning dan duit saku rm50 sudah cukup untuk mengerahkan pelacur politik melayu lelaki, wanita, tua, muda dan pelajar untuk berdemo haram menentang kerajaan melayu Islam yang selama ini dengan dasar yang baik telah menjadikan mereka ini manusia sebelum disesatkan oleh anutan ketaksuban politik lacuran oleh tok-tok guru sesat dan pemimpin madani mereka.
Sesetengah dari mereka ini terdiri dari pelajar-pelajar U namun lagak dan kelakuan langsung tidak mencerminkan ketinggian ilmu yang mereka miliki. Bagi mereka ini lah masa yang sesuai untuk membuktikan yang mereka pemimpin muda masa hadapan, pemuda tahan lasak untuk berlaku biadap dan kurang ajar serta melanggar undang-undang yang sedia termaktub.
Apakah betul untuk memansuh dan menafikan sesuatu akta dan undang-undang maka mereka perlu berdemo haram dengan melanggar undang-undang? kalau begitu undang-undang apa yang mereka pakai? kemana pergi kewarasan dan sifat kemanusiaan? atau sifat kebinatangan telah begitu meresap dalam diri ditambah pula dengan semangat berkawan dengan setan dan iblis selama ini yang disemai telah menyebabkan mereka begitu menghayati sifat iblis dan haiwan? Yang jelas itulah hakikatnya sifat-sifat mereka dari pemimpin tertinggi pembangkang hingga lah kepada kuda-kuda belang belaan mereka. Undang-undang hanya terpakai dan sah apabila berpihak kepada mereka.
Sifat Iblis yang besar kepala, sombong, bongkak, engkar dan merasa diri mulia sementara sifat binatang yang hanya meletakkan sesuatu keputusan dengan menunjukkan kekuatan, mengikut tuntutan nafsu lebih mudah lagi kalau hidung masing-masing telah dicucuk.
Cina DAP tahu bahawa untuk berdemo bukan caranya, sementara India Hindraf pula telah maklum bahawa mereka tidak akan berjaya kalau membawa sepanduk kaum mereka sahaja.
Maka mereka telah menemui satu lagi cara yang sesuai diguna pakai untuk melampiaskan kerakusan politik mereka dengan memperdagangkan pelacur-pelacur politik melayu yang bersifat iblis dan binatang yang sememangnya ramai dengan hanya menukar slogan dan sepanduk serta sedikit sumbangan...
Sedar diri lah melayu yang kamu semua di guna dan di kuda, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudia tiada gunanya...
Fikirkan lah nasib anak cucu, jangan sampai mereka nanti berbaris untuk mengencing kuburan kamu semua!
Pemimpin Pembangkang berhentilah berpolitik Iblis dan Binatang kerana negara yang menjunjung pelembagaan jelas memuktamadkan bahawa untuk menggubal sesuatu akta dan undang-undang yang menyentuh perlembagaan negara mestilah dipersetujui di dalam parlimen dengan majoriti ahli dewan. Majoriti ke Kamu?
Yang jelas pemimpin pembangkang sedang membawa rakyat kearah semangat politik jumud dan sempit lagi bahaya tanpa mengira kemakmuran dan ketenteraman negara terancam dan binasa? Kemana pergi nilai diri dan ketemadunan bangsa yang selama ini dibina?
Lu fikir la sendiri!!!