Rabu, 21 April 2010

PRK HS...PAS Selangor Kencing PAS Pusat!!!


Sudah 5 hari Gendang Perang dipalu di dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor, dalam panas sejuk cuaca, perang poster dah semakin lebat, ceramah BN semakin padat, ceramah pembangkang pulak dah hilang sengat.

Kalau dilihat dengan mata kasar, hari tersungkur nya Zaid Ibrahim bersama wain dan kuda kesayangannya pada 25hb ini sudah semakin jelas. Malah 'kehilangan' unit amal PAS, kumpulan muslimut dan musibat PAS yang selama ini begitu agresif mewarnai setiap PRK boleh dikata langsung tidak dapat dilihat.

Sumber memberitahu, malam tadi dalam Mesyuarat PAS negeri yang dipengerusikan oleh YB Dato Hassan Ali telah kedengaran cakap-cakap dimana PAS negeri Selangor nak membuktikan kepada PAS pusat bahawa PAS negeri berkuasa, berpengaruh dan amat menentukan kemenangan atau kekalahan kuda tungganan Anwar dalam PRK HS ini.

Senang cakap PAS Selangor nak mengajar PAS Pusat bahawa selama ini isu-isu yang diperjuangkan oleh Pesuruhjaya PAS negeri yang begitu ditentang dan dipersalahkan oleh PAS pusat hanya kerana begitu 'mengimani' gerombolan ronnie liew dan khalid gagap. Luka yang bernanah ahli dan kuda belang PAS di Hulu Selangor dimana kubu kuat kepada Dato Hassan Ali sebenarnya tidak sembuh.

"PAS yang mempertahankan Beer tetap Beer pasti akan menolak Zaid! PAS yang menolak kandang Teresa Babi 100 ekar pasti tidak akan turun mengundi! dan yang lebih penting pengikut PAS yang terkilan dan marah akan tindakan amaran yang dikenakan kepada Hassan Ali juga tidak akan turun mengundi pada Ahad ini" jelas sumber tersebut.

Anwar dah sakit kepala, Zaid dah nak jual kuda, Pengundi tegar dah mula loya, Hassan Ali nak bagi tau dunia, PAS Selangor ada kuasa, PAS pusat akan merah mata...

Minyak Situang-tuang
Tuang Mari dalam Kuali
PKR parti temberang
Tak kan kami bagi undi!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan