Isnin, 12 April 2010

Soal Jawab Parlimen! Batu Kena Bawa P.Balasubramaniam Balik...Nazri

Chua Tian Chang (Batu) minta Perdana Menteri menyatakan:

a- Apakah tindakan susulan SPRM selepas P.Balasubramaniam bersedia membantu siasatan selanjutnya dalam kes Altantuya Shariibu, dan
b- Sama ada SPRM telah menyoal sisat terhadap Mohamad Nazim Razak dan Deepak Jaikishan yang didakwa meminta Bala menarik balik akuan bersumpah pertama itu.

JAWAPAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DATO SERI NAZRI AZIZ

Tuan Yang Dipertua,

Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) terhadap kes ini masih dijalankan. SPRM berusaha untuk mendapatkan keterangan dai P. Balasubramaniam melalui peguam beliau yang enggan memaklumkan dimana anak guamnya berada atas sebab-sebab keselamatan dan kebajikan. Pihak SPRM pada peringkat awal siasatan telah menerima emel dari seorang peguam yang dikatakan mewakili Bala menetapkan beberapa syarat bagi membolehkan SPRM merakam percakapan anak guamnya itu. Setelah perbincangan diadakan dan peguam yang menghantar emel dikenalpasti sebagai Americk Sidhu, pihak SPRM telah menghantar surat kepada peguam berkenaan supaya mengutus surat secara rasmi berhubung kesediaan Bala itu.

SPRM kemudiannya menerima surat dari seorang peguam lain yang dikenali sebagai Manjeet Singh Dhillon yang mewakili Americk Sidhu dengan mengulangi syarat-syarat yang sama antaranya :

1) Rakam percakapan P.Balasubramaniam itu dibuat di Singapura atau London
2) Semua kos penerbangan, hotel, pengangkutan dan makan melibatkan P. Balasubramaniam, Americk Sidhu dan lain-lain peguam yang akan hadir ditanggung oleh pihak SPRM, dan
3) Rakaman percakapan dibuat dalam Bahasa Inggeris yang mana salinan rakaman percakapan dan rakaman audio visual rakaman percakapan Bala tersebut diserahkan kepada pihak Bala.

SPRM seterusnya mengutus surat kepada peguam berkenaan memaklumkan kesediaan untuk merakam percakapan Bala di kedutaan Malaysia di Singapura dalam bahasa Inggeris. SPRM juga bersedia untuk menanggung tiket kapal terbang pergi dan balik dari tempat P.Balasubramaniam berada, hotel, penginapan, pengangkutan dan makan untuk beliau sahaja. Walau bagaimanapun SPRM tidak dapat memenuhi permintaan peguam berkenaan untuk membekalkan rakaman percakapan dan rakaman audio percakapan Bala kerana rakaman-rakaman tersebut tertakluk dibawah akta Rahsia Rasmi 1972.

Lanjutan dari itu SPRM telah menerima surat dari peguam yang sama yang tidak berpuashati dengan pihak SPRM yang telah mengelaskan surat berkenaan sebagai perkataan RAHSIA. Beliau juga mengatakan bahawa SPRM tidak berhak untuk berbuat demikian dan mengarahkan SPRM untuk mengedarkan semula surat maklumbalas tanpa mengelaskannya dengan perkataan RAHSIA bagi membolehkan bliau mendapatkan arahan lanjut dari anak guamnya. Melalui saluran yang tidak rasmi SPRM dimaklumkan bahawa P.Balasubramaniam tidak bersetuju rakaman percakapannya dibuat di Singapura sebagaimana dinyatakan dalam syarat yang terdahulu. Pihak P.Balasubramaniam juga tidak akan mengambil apa-apa tindakan kanjut selagi permintaan mereka berhubung isu pengelasan tidak dipenuhi oleh SPRM.

Persoalannya sekarang apakah benar P.Balasubramaniam benar-benar ingin membantu SPRM dalam melengkapkan siasatan yang dijalankan? Apa yang dapat dilihat sekarang adalah banyak kenyataan yang dikeluarkan di media alternatif oleh pihak-pihak yang mengaku mewakili P.Balasubramaniam. Pihak-pihak tertentu telah menyiarkan surat-surat berhubung kes ini termasuk juga surat-surat yang dikelaskan sebagai RAHSIA. Apa motif sebenar P.Balasubramaniam membuat pengakuan bersumpah yang mengaitkan pihak-pihak tertentu dengan pembunuhan Altantuya? Apakah ada usaha-usaha seumpama yang dibangkitkan oleh YB KUlim Bandar Bahru baru-baru ini?

SPRM adalah Suruhanjaya bebas dan profesional dalam penyiasatannya. Prosuder yang sama digunakan dalam penuasatan tanpa mengambil kira kedudukan individu terbabit termasuklah P.Balasubramaniam. Ini adalah kehendak undang-undang dan terpakai kepada semua orang termasuklah mereka itu ahli politik atau siapa sahaja. Mengapa P.Balasubramaniam perlu dilayan secara berasingan. SPRM telah menyatakan kesediaan untuk merakam kenyataan P.Balasubramaniam dimana-mana negara dengan syarat ia dibuat di tanah yang diiktiraf sebagai tanah Malaysia iaitu Kedutaan Malaysia bagi membolehkan perundangan Malaysia terpakai.

Untuk makluman Yang Berhormat, beberapa saksi yang relevan untuk membantu melengkapkan siasatan kes ini termasuk mereka yang dikatakan meminta P.Balasubramaniam menarik balik akuan sumpah tersebut telah dirakamkan percakapan mereka. Masaalah SPRM sekarang adalah untuk merakam percakapan P.Balasubramaniam yang telah menetapkan pelbagai syarat yang tidak wajar dan bertentangan dengan undang-undang.


Soalan Tambahan dari Rembau yang membangkitkan kenyataan Bala dalam Akuan Bersumpah nya yang ke dua mengatakan bahawa beliau telah didesak dan ditekan dalam Akuan Bersumpahnya yang pertama dengan membuat kenyataan akhbar di Pejabat Keadilan Pusat sambil ditemani oleh Ketua Pembangkang dan puak-puak pembangkang yang lain.

Jawapan Nazri minta Batu kalau tahu dimana Bala berada...Amacam Batu dan puak-puak pembangkang! kalau agak dah lama simpan Bala tu lepaskan la dia balik, tak kan tak berani kot!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan