Selasa, 13 November 2012

Islam Sekadar Alat - PAS

Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib menyerahkan kepada masyarakat umum untuk menilai kenyataan Nurul Izzah Anwar berhubung isu kebebasan memilih agama di kalangan orang Melayu dan juga sama ada naib presiden PKR itu perlu memohon maaf atas kenyataan tersebut.

"Kalau dia (Nurul Izzah) rasa bersalah, dia kena tarik balik kenyataannya itu. Tapi kalau dia rasa tak bersalah, itu hak dia kalau dia tak mahu tarik balik," katanya seperti dipetik akhbar Utusan Malaysia hari ini.

"Saya percaya rakyat sudah tahu menilai," kata Harun yang enggan mengulas panjang lebar kerana tidak mahu campur tangan dalam isu tersebut, menurut akhbar milik Umno itu lagi.

Turut mengulas perkara itu ialah ahli majlis syura PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamed yang berkata kebebasan beragama tidak tertakluk ke atas orang Islam Melayu dan bukannya seperti yang didakwa dinyatakan Nurul Izzah.

Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. Alat utk memuaskan nafsu politik ekkkkk!!

    BalasPadam
  2. mana pegi pemuda bahalol PAS??? tak buat demo ke??? mcm kes chua soi lek dulu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. pemuda PAS berjuang untuk parti mereka,bukan krna ALLAH,bertanding cuma 66 kerusi parlimen dari keseluruhan 200 lebih kerusi....tapi bercakap macam nak gulung langit..

      Padam