Khamis, 22 November 2012

Pembangkang Senak Perut..! Dewan Rakyat Luluskan Bajet 2013..

Makin tak berseri muka Anwar nampaknya..! sebab tu dia cabut awal awal lagi..! malah diberitakan dia tak datang pun! Pakatan haram pasti tidak senang duduk dengan Bajet mesra rakyat yang telah dibentangkan oleh YAB PM dan diluluskan petang tadi. Macam macam ada pulak dalam bajet 2013 tu! yang menyebakan Anwar dan pakatan senak perut kerana bajet 2013 tu dirangka dan direncana semata mata untuk memakmurkan rakyat dan negara...!!!

Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 (Belanjawan 2013) berjumlah RM251.6 bilion. Belanjawan 2013 itu diluluskan kira-kira 5.30 petang apabila bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin menyaksikan lebih suara menyokong berbanding membantah.

Ia diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Pada 28 Sept lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan membentangkan Belanjawan 2013 merangkumi RM201.9 bilion untukperbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion untuk perbelanjaan pembangunan. Persidangan Dewan bersambung minggu depan. BERNAMA

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan