Sabtu, 6 Julai 2013

Calon BN Kuala Besut Diumum..


BN sudah ada calon boleh menang yang dikenal pasti, nama calon BN Kuala Besut akan diumum pada selasa..

Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan nama calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada 9 Julai ini. 

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, pengumuman itu akan dilakukan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dataran Besut 

Bagi PRK Kuala Besut, Muhyiddin dilantik sebagai Pengarah PRK Kuala Besut yang mana tarikh penamaan calon diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam pada 12 Julai 2013 manakala tarikh mengundi adalah 24 Julai 2013. 

InsyaAllah BN akan mencapai kejayaan seterusnya mengekalkan kuasa pemerintahan kerajaan negeri dibawah Kerajaan Barisan Nasional...amin

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan