Jumaat, 12 Julai 2013

Dapat Medal..


PENGARAH filem fiksyen, Star Wars, George Lucas menerima National Medal of Arts dari Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dalam satu majlis keraian di White House.

Sementara itu, penulis skrip filem Lincoln, Tony Kushner dan penyanyi soprano, Renee Fleming juga antara 23 penerima penghormatan atas sumbangan kebudayaan mereka terhadap AS.

Obama memuji kebolehan mereka dengan berkata, “untuk membuka minda dan menyuburkan jiwa.”

“Membantu kita memahami apa itu makna menjadi manusia dan apa itu makna menjadi orang AS.

“Penghormatan hari ini merupakan pencapaian seumur hidup artis-artis ini dan mengingatkan kita bahawa imaginasi manusia masih lagi merupakan alat paling berkuasa yang kita miliki sebagai manusia,” katanya kepada para penerima.

Obama sempat memuji Lucas tentang filem arahannya. “Saya masih ingat apabila pertama kali menonton Star Wars.

“Terdapat seluruh generasi yang berfikir kesan khas sentiasa kelihatan seperti apa yang mereka lakukan hari ini. Tapi ia pernah menjadi untuk anda melihat rentetan model kapal angkasa,” katanya.

Filem orang...mereka mencipta dan mencetus pemikiran dan peradaban dunia, dunia kagum dan sebok meniru serta terkinja kinja mengikut cara dan fesyen yang dicetuskan oleh setiap dari filem mereka. 

Filem mereka mencipta fenomena. Besar kesan sesebuah filem hingga menjadi ikutan dan igauan penonton, trend dan budaya barat sudah lama membentuk pemikiran rakyat kita. Hakikatnya barat sudah tidak perlu lagi menghantar ketumbukan tentera untuk menawan dan menjajah sesebuah negara. Cukup melalui filem mereka yang berjaya menyusup masuk ke ruang tamu rumah setiap dari kita.

Filem kita pulak meniru, menciplak dan mengikut fenomena yang orang lain cipta. Kesannya kita hanya jadi pengikut, menjadi pengikut pun bukan nya follower yang hebat...cukup sekadar pengikut yang sekadar pengikut, kalau hamba abdi jenis hamba abdi yang ada tak menambah, takde tak mengurang..! Sekadar berkepok dalam laman sendiri jer la.


Ayah Pin ni kesan dari filem ke? 

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan