Khamis, 16 Oktober 2014

Sidang Parlimen ~ Jawapan Menteri Yang Menyebabkan Mata Terbeliak..!


Mendengar jawapan nya cukup untuk membuatkan semua Ahli Dewan termasuk para pegawai menggeleng gelengkan kepala..! Cuba kita sama sama fahamkan agar dapat kita kuyu kan mata yang dah lama terbeliak ni..!

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mengkaji untuk menghapuskan pengecualian permit peredaran antarabangsa (ICP) bagi kenderaan dari Thailand yang memasuki Malaysia dalam jarak dua kilometer.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, pemansuhan pengecualian yang diamalkan sejak 1993 itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan mengawal kemasukan kenderaan asing dengan lebih sistematik.
"Kita cadangkan supaya diadakan penyeragaman soal kemasukan kenderaan asing di semua sempadan negara.
"Untuk mengatasi masalah ini, kita bercadang untuk menghapuskan terus pengecualian ICP dua kilometer di sempadan Kedah, Kelantan dan Perlis, serta tujuh kilometer di Perak," katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.
Menurut Ab Aziz, dengan pemansuhan intu, kawalan kemasukan kenderaan asing hanya dibuat di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) di semua sempadan negara.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang bertanya sama ada kerajaan berhasrat untuk mengkaji perjanjian kelonggaran antara Malaysia dan Thailand yang ditandatangani pada 1993.
Tambah beliau, kerajaan menyedari  ada teksi daripada negara itu yang mengambil kesempatan terlajak melebihi dua kilometer yang dibenarkan, termasuk ke Kuala Lumpur dan Johor Baharu dan Pulau Pinang.
"Kelonggran ini juga menyebabkan sempadan Malaysia dimasuki sewenang-wenangnya oleh kenderaan Thailand secara tak bertanggungjawab dan tak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
"Kemungkian juga ia digunakan bagi kes penyeludupan dadah, senjata api dan pemerdagangan manusia," katanya.
Sumber ~ mstar.
Dengan adanya permit ICP tu pun kenderaan asing boleh melakukan pelbagai kesalahan dan jenayah..! Jadi nak mengatasi masaalah tersebut kita hapuskan terus permit ICP tu..!
Itu rupanya cara kerajaan menyelesaikan masaalah..! caranya ialah dengan menghapuskan terus undang undang yang boleh disabitkan..! 
Dengan cara ini agensi yang bertanggungjawab tentu terlepas dari dipersalahkan atas kelemahan penguatkuasaan..! Kalau berlaku jenayah selepas kemasukan kedalam negara maka serah sahaja kepada pihak Polis...kan senang..!
Pencegahan tak perlu..! Biar sahaja ruang jenayah boleh berlaku..! Tak la pulak diberi tahu cara dan mekanisme mana bagi mengatasi masaalah tersebut..! 
Pedih dah mata aku terbeliak nih..! Mata ko orang pedih tak..!
Lu Fikir La Sendiri!!!

3 ulasan:

  1. maksud dia x da pengecualian kot..masuk je terus kena byr permit..x da pengecualian dh

    BalasPadam
  2. grrr..awat pedih mata aku nih...

    BalasPadam
  3. najib bapa hapus akta dan undang undang malaysia...keh...keh...keh..

    BalasPadam