Sabtu, 25 April 2015

Jamil Khir Mana..!


Sejak bila pulak Ketua Pengarah boleh menjawab menyokong sesuatu perkara yang dibangkitkan oleh pembangkang..! Jawapan Ketua Pengarah tu betul atau tidak itu bukan urusan..! tapi dari sudut amalan ianya amat bertentangan dengan tatacara penjawat awam lebih lagi bersetuju dengan pandangan dari pihak pembangkang..!

Kalau begitu KSU, KP, Pengarah dan siapa jua boleh menjawab bersetuju dengan pihak pembangkang lepas ni..! haru ni..! Kenapa ta suruh mereka sahaja menjawab di Parlimen..!

Mana Menteri yang berkenaan..! Lama tak nampak? Tilawah Al Quran pun tak nampak?buasir ke?

Jakim sokong usaha PAS luaskan bidang kuasa mahkamah syariah 

Usaha PAS meluaskan bidang kuasa mahkamah syariah dengan membawa rang undang-undang persendirian meminda Akta 355 ke Parlimen disokong Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kata ketua pengarahnya, Datuk Othman Mustapha.
Othman berkata, usaha meminda peruntukan hukuman di bawah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 itu kepada satu kadar yang dibenarkan syarak sudah lama diperjuangkan Jakim.
Cacamarba la perkhidmatan awam macam ni..!

Kan dah termaktub kuasa kuasa tertentu yang diperuntukan kepada penjawat awam..! Yang dijawab ni adalah bidang kuasa Menteri..! Atau Menteri main selamat menyuruh KP nya bercakap..! cakap..! cakap..!

Kalau gitu Menteri buat apa..!

Buat buat bodoh atau memang bodoh..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. Bukan kah ini amalan yang di contohkan PM Najib ? Bila PM tidak jawab, konSultan nya akan jawab.. he..he..

    Jamil Khir tidak boleh berkonSultan, jadi nya siapa yang layak ?

    Kalau 'persepsi' aku salah, mohon 'maap' ok ?

    BalasPadam
  2. Semua nya dah bercelaru dan lintang pukang. Inilah kesan transformasi yang tidak bertempat apabila pegawai kerajaan diketepikan bukan pada tempatnya . Ibarat kata apabila kasut dipakai di kepala dan songkok dipakai di kaki. Sangat memalukan .

    BalasPadam