Selasa, 7 April 2015

Pembangkang Mahu Pengganas Dilindungi..!


Di laporkan sehingga tengah malam tadi Parlimen masih lagi bersidang bagi meluluskan Rang Undang Undang Pencegahan Keganasan ( POTA ). Setiap usul diluluskan secara belah bahagian..! Begitu sekali puak pembangkang mahu menolak Rang undang undang ini..!

Apa yang pembangkang sayang sangat dengan pengganas ni..! Beriya iya sangat mahu setiap pengganas dibiarkan bermaharajalela dan melakukan kemusnahan didalam negara ke..! Kalau begitu jelas lah bahawa pembangkang sebenarnya ialah pengganas..!

Kita pun dah tahu betapa ganas nya puak ni apabila berdepan dengan pihak berkausa dijalanan selama ini..! Tak heran ler..!

Balai polis dan kem tentera dipercayai antara yang menjadi sasaran serangan oleh 17 individu yang ditahan polis semalam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia disyaki untuk memperoleh senjata api.

Beliau berkata, mereka yang berumur antara 14 hingga 44 tahun itu juga disyaki merancang melakukan penculikan terhadap beberapa individu berprofil tinggi.

"Mereka juga merancang membuat bom kerana terdapat nota yang memperincikan proses pembuatan bom yang diperoleh daripada Imam Samudra dari Indonesia," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (Pota) 2015 di Dewan Rakyat hari ini.

Ahmad Zahid berkata, antara yang ditahan ialah bekas anggota Kumpulan Mujahidin Malaysia dan bekas tahanan ISA selain ada yang pernah menjalani latihan ketenteraan di Afghanistan dan Sulawesi.

Menteri itu seterusnya berkata, ada juga yang pernah terlibat dalam cubaan merompak senjata api dari Balai Polis Guar Chempedak, Kedah pada 2001 selain ada yang baru sahaja pulang dari Syria selepas menyertai kumpulan militan IS.

Katanya, dua daripada mereka merupakan anggota tentera, dua pelajar, seorang pengawal keselamatan dan dua juruwayar.

"Ancaman ini adalah ancaman yang benar dan langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan," tegasnya.  - Bernama

Kalau dah kena bom baru puak pembangkang ni ada akal agaknya..! Itu pun kalau memang ada akal ler..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. Kalau bom biar puak2 penentang kena dulu. Pas tu tgk reaksi diaorg.berjaga dulu sbelum kena.....

    BalasPadam
  2. Siasat siapa yg paling kuat bangkang tanpa fakta di hujahkan..mungkin mungkin mungkin dia ada berkentut yg tak mau di cium...

    BalasPadam