Khamis, 9 April 2015

PRK Permatang Pauh ~ Tak Mustahil BN Menang..!


Memang tak mustahil...lebih lebih lagi kalau kena calon yang sesuai macam kat atas tu..! tentu boleh menang..!

BN perlu meletakkan calon yang berkredibiliti tinggi jika serius untuk merampas kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam pilihan raya kecil kawasan itu pada 7 Mei ini. 
 
Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Ghazali yakin kerusi Permatang Pauh tidak akan terus kekal menjadi milik parti pembangkang sekiranya BN meletakkan calon yang mampu menambat hati rakyat. 
 
"Saya yakin BN mampu merampas kembali kerusi Permatang Pauh dengan calon yang mempunyai kredibiliti tinggi," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan 7 Mei depan sebagai hari mengundi sementara hari penamaan calon ialah pada 25 April dan pengundian awal pada 3 Mei bagi PRK Permatang Pauh.
 
Kerusi Permatang Pauh diisytiharkan kosong selepas penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen selepas Lembaga Pengampunan menolak petisyen bagi pengampunan diraja yang dipohon oleh keluarga ketua pembangkang itu atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
 
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh.
 
Bagi Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, masalah dalaman yang dihadapi pembangkang terutama dalam isu pelaksanaan hukum hudud memberi sedikit kelebihan kepada BN.
 
Beliau berkata calon dan jentera kempen harus menemui pengundi secara langsung selain melakukan ceramah terbuka dalam menjelaskan isu-isu yang berbangkit.
 
Beliau juga berharap kempen pilihan raya kecil itu berlangsung aman tanpa sebarang elemen provokasi, kekerasan dan ekstremisme.
 
Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar turut senada dalam perkara itu dan meminta semua pihak mematuhi undang-undang yang ditetapkan bagi mengelak kejadian tidak diingini.
 
Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah pula berkata, jentera Puteri bersedia untuk mendokong perjuangan BN bagi merampas kerusi Parlimen Permatang Pauh. 
 
"Puteri memilih media sosial sebagai medium kempen bagi mendekati golongan pengundi muda di kawasan itu," katanya.
 
Pada pilihan raya umum 2013, Anwar mempertahankan kerusi Permatang Pauh dengan menewaskan calon BN, Dr Mazlan Ismail dengan majoriti 11,721 undi. - Bernama 

PM dah bersalam dengan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh kat atas tu..! serah dan dengar pandangan UMNO bahagian..! mereka lebih tahu akan permasalahan yang menjerut rakyat dan pengundi..!

Orang luar jangan sebok nak mengatur dan mencatur..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

5 ulasan:

  1. Saya sokong calon Barisan Nasional dalam PRK Permatang Pauh, harapnya Cikgu Zaidi dicalonkan.

    Tapi saya masih tidak dapat menerima kepimpinan Najib yang bermasalah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. La...apa ada hal. Bukan nk letak najib jd calon.

      Padam
    2. Supaya Najib jangan syok sendiri bila Barisan Nasional menang di Permatang Pauh adalah kerana kesetiaan akar umbi dan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional, bukannya kerana menyokong Najib yang penuh dengan masalah itu.

      Padam
    3. Aku Pengundi Ptg Pauh.

      Letak Saiful Bukhari calon yg diminati oleh Pengundix Ptg Pauh. Puakpuak anwar semua kaki jubur. pasti Saiful memang. bawa semua pemuda umno ke PtgPauh untuk tonggeng jubur kepada pengundix Ptg Pauh. Undilah Saiful..

      Pasir salak n udang boleh dtg ceramah pasal hudud dan undangx di Ptg Pauh.

      Padam
  2. Sokongan kepada Barisan Nasional dengan sokongan kepada Najib adalah dua isu yang berbeza.

    Akar umbi sangat menyokong Barisan Nasional, tapi sokongan pada Najib memang boleh jalanlah.

    Akar umbi tak boleh terima pemimpin yang lepas tangan, tak bertanggungjawab seperti Najib ini. Soalan dari Tun Dr. Mahathir pun dia elakkan diri jawab kerana takut terbongkar rahsia yang diselindungkan selama ini.

    Walau apa pun, keluarlah mengundi beramai-ramai pada 7 Mei 2015 dengan mengundi calon Barisan Nasional yang berkemungkinan besar Cikgu Zaidi, kita sokong dan undi cikgu Zaidi atau calon lain yang berkebolehan dan berprestasi baik, tapi kalau calon bermasalah, pergi jahanamlah.

    BalasPadam