Khamis, 30 April 2015

Tiada Tsunami..!



Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yakin sokongan kaum Melayu terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) masih utuh, sekaligus tidak akan berlaku "Tsunami Melayu" dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Rompin dan Parlimen Permatang Pauh, minggu depan.

Beliau berkata hasil turun padang sepanjang kempen PRK Rompin, beliau mendapati masyarakat Melayu tetap memberi sokongan kepada UMNO dan BN walaupun masih ada beberapa isu yang perlu diatasi.

"Tiga hari saya di sini (Rompin), Insya-Allah, masyarakat Melayu termasuk di kampung masih lagi memberi sokongan kepada UMNO dan BN.

"Saya faham dan sedar terdapat beberapa rintihan dan permohonan daripada mereka yang masih tidak dapat ditunaikan, oleh itu kita akan terus membantu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan sara hidup peserta Projek Tanam Semula Felcra Berhad kawasan Anak Endau di Dewan Majlis Daerah Rompin di sini, Selasa.

Mohd Shafie mengulas tulisan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang meramalkan kononnya akan berlaku perubahan undi Melayu terhadap BN dalam PRK Parlimen Rompin pada 5 Mei dan PRK Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang pada 7 Mei.

Pada Isnin, Zainuddin dalam blognya berkata keputusan pada kedua-dua PRK itu bakal menjadi kayu pengukur sama ada akan berlakunya 'Tsunami Melayu' pada pilihan raya umum ke-14 nanti.

Dalam pada itu, Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, pengundi Rompin harus bijak membuat pilihan apabila tiba hari penentu pada 5 Mei ini dengan melihat kemampuan mentadbir kerajaan oleh BN berbanding PAS.

"Mereka (pengundi) perlu tahu apa yang kerajaan BN sudah serta sedang lakukan dan jangan terpedaya dengan isu-isu yang dijadikan umpan oleh pembangkang untuk meraih undi termasuk soal saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP).

"Saya yakin pengurusan Felda sedang dan akan melakukan beberapa lagi langkah bagi memastikan masyarakat Felda terus terbela termasuk mendapat pulangan bagi pelaburan yang dilakukan oleh mereka," katanya.



Lu Fikir La Sendiri!!!

4 ulasan:

  1. kalau kalah atau majoriti berkurangan maksudnya pengundi TOLAK GST!

    BalasPadam
  2. Klau BN menang di P.Pauh dan Rompin maknanya rakyat tolak parti kronisme dan nepotisme dan pemimpin yang suka liwat. Itu juga bermakna kebencian pengundi melayu terhadap sikap berpura2 PAS yg mempermainkan Islam. PAS cakap lain tapi dalam hati lain....

    BalasPadam
  3. hamba rasa BN akan kalah dirompin.......

    BalasPadam