Rabu, 22 Jun 2022

Dah Gering Pulakkk..!

Dah la tertangguh berbulan selama ni, bila dah ada tarikh nak ambil watikah sebagai Pak Dubes (Duta Besar) Agong pulak gering. Apa nasib la mamat ni..! Di Indonesia dah pelbagai versi cerita berkenaan kepala bapak duta yang bakal di lantik ni..! Negara terus di warnai dengan pelbagai lelucon yang di persembahkan oleh pemuka pemuka tanahair ini. Rakyat dan negara seharusnya sudah tidak lagi boleh menerima pelbagai hinaan, sinis dan ejekan terutama di mata masyarakat antarabangsa hasil tangan tangan mereka yang sudah terbukti membawa kita jauh 'terkebelakang'. Rakyat dan negara seharusnya berganding bahu bersama sama membetulkan segala macam ketidakstabilan, kecurangan dan kebobrokan yang mencemar kemajuan dan kelestarian hidup serta membetulkan niat dengan langkah sederap demi pembentukan tamadun negara yang lebih bermaruah..! Tak gitu...Bila? Bila Pilihanraya ler..! Lu Fikir La Sendiri..!

1 ulasan:

  1. Dijamuan berbukaDiRaja tempohari dimana duta duta mewakili negara negara luar dijemput berrsantap bersama Agong dan diantara nya mantan yang duduk semeja dengan Agong waimah dah dijatuh hukum....kira banduan lah...maruah diraja dan negara letak nya dimana?

    BalasPadam