Memaparkan catatan dengan label bajet 2021. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bajet 2021. Papar semua catatan

Khamis, 26 November 2020

Alhamdulilah Bajet 2021 Lulus Cemerlang..!

 

Jelas bahawa kerajaan PN melalui Menteri Kewangan mendengar segala keluh kesah rakyat. Tidak pernah berlaku semakan atas perbahasan Ahli Dewan Rakyat selama 2 minggu di timbang dan di tambah baik dengan memberikan lebih segala 180 syor setelah melalui 6600 cadangan dengan lebih 100 pihak yang berkepentingan.

Jelas kebijaksanaan terpancar, baik di pihak Kerajaan mahu pun setiap Ahli Parlimen yang telah memberikan pandangan di dalam perbahasan. Perluasan i-sinar, Bukan sahaja soal KWSP dan Moratorium malah peruntukan JASA juga telah di kurangkan. Malah bukan sahaja frontliner KKM yang dapat imbuhan malah pihak Polis, Tentera dan setiap pihak yang terlibat juga mendapat imbuhan.

Kepentingan rakyat tetap diletakkan di hadapan. Bukan masa nak bermain politik sempit berkepentingan diri. Seperti kata Menteri Kewangan - Perkhabaran yang gembira kepada rakyat jelata.

Akhirnya Bajet 2021 lulus cemerlang dengan undi majoriti bersetuju. Lebih suara bersetuju. Terima kasih kepada setiap MP yang menyokong. Daulat Tuanku.

Kenapa tiada belah bahagian? Lu Fikir La Sendiri..!

Rabu, 25 November 2020

Bajet 2021 ~ Apa Maknanya?

 

Apa maknanya? maknanya wayang jadi..! rakyat boleh terus dibodohkan..! Ugut, gertak, siku tolak semuanya perlu bagi menambah perisa taici orang politik..!

Pastinya millage politik yang penting untuk menunjuk hero dimata penyokong..!

Mana ada bajet tak elok untuk rakyat dan negara selama ini..tapi takkan la nak terima dengan tangan terbuka..silat sikit la bro..! 

Esok? esok mesti sokong punya...! Tak percaya kita saksikan.


Macam macam jenis taici..!

Namun, ada satu lagi puak ni, kerjanya bukan kerana rakyat, kerja dia orang ialah berkaitan untung nasib dia orang sendiri..! Pergi jahanam dengan rakyat dan negara.

Bagi mereka, selagi tembolok kuasa mereka tak tertunai sambil mencari jalan keluar untuk melarikan persoalan jenayah yang telah mereka lakukan dan di samping itu ialah perasaan kecewa kerana dah tak boleh main buih sabun ketika mandi manda maka apa jua langkah mesti dibuat untuk menggagalkan bajet 2021 ini.


Kalau pun kena berkawan dengan DAPig apa mereka kesah?

Setuju? 


Lu Fikir La Sendiri..!

Ahad, 15 November 2020

PANAS ~ Siapa Ahli Parlimen Mengaku Dungu..!

 


Setiap dari kita yang bergelar manusia tentu mempunyai dorongan yang kuat untuk menjadi pandai. Dengan ilmu dan kepandaian yang dimiliki pastinya ia akan membantu kita untuk menjadi manusia yang berguna kepada diri, keluarga, masyarakat dan sudah barang tentu negara akan terbela sama.

Namun apa yang pelik di dalam negara kita hari ini, mereka yang di pilih oleh rakyat, mereka yang di angkat untuk mempastikan kehidupan rakyat berkelansungan dengan aman, makmur dan sejahtera memilih untuk menjadi manusia sebaliknya.

Masakan Ahli Parlimen yang tugasnya dimulakan dengan ikrar dan sumpah wallahi, wabillahi, watallahi demi sesungguhnya akan menumpahkan taat setia dan menjunjung segala yang terkandung di dalam Perlembagaan dan undang undang negara masih bergelut untuk menentukan Bajet 2021 yang sangat penting dan utama kepada rakyat dan negara perlu di luluskan atau di gagalkan..!


Apakah kerana mainan politik sempit lagi menjijikkan ini maka keutamaan rakyat boleh di perjudikan sebegitu rupa. Apakah kerana politik sempit berkepentingan diri yang di bawa oleh dewa dewa politik mereka maka bajet yang mempastikan survival pentadbiran negara berjalan dengan lancar lagi baik akan tidak di luluskan.

Hinggakan Menteri Kewangan terpaksa mengingatkan bahawa...

Kerajaan tidak akan dapat membayar segala komitmen termasuk pembayaran gaji penjawat awam dan petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus memerangi COVID-19 sekiranya Belanjawan 2021 tidak diluluskan di Dewan Rakyat.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata bagaimanapun beliau optimis belanjawan melibatkan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan yang memfokuskan kepada usaha membantu rakyat dan pemulihan perniagaan serta ekonomi negara itu akan diluluskan.
“Bagi saya, kalau belanjawan ini dapat menolong negara kita, jadi tiada sebab untuk belanjawan ini tidak diluluskan dan ditolak (Dewan Rakyat).

“Kalau ditolak, dari segi ekonominya kita tidak dapat bayar komitmen kerajaan termasuk untuk membayar bantuan kepada rakyat,” katanya pada sidang media di Wisma Bernama, di sini hari ini.

sumber

Apakah sudah hilang akal budi dikalangan Ahli Parlimen? Apakah sudah hilang kewarasan dalam menentukan tugas hakiki?

Kalau gagal Bajet 2021 ini nanti jelas membuktikan bahawa sebenarnya majoriti Ahli Parlimen sudah hilang kelayakan untuk memegang jawatan sebagai MP. 

Patut patut la berpolitik. Jangan di gadai urusan rakyat dan negara hanya kerana dendam kesumat dan tamak haloba. Jangan la di lelong masa depan rakyat negara jika sekalipun mereka sudah melelong harga diri dengan politik sempit ciptaan mereka.

Sama sama kita tunggu...berapa ramai Ahli Parlimen yang masih bertanggungjawab?

Berapa ramai pula yang serakah, dungu dan zalim kepada kita semua.

Tunggu..bila?

Lu Fikir La Sendiri!


Sabtu, 7 November 2020

Bajet 2021 ~ Antara Tersurat, Tersirat & Hakikat..!

 


Dalam kehidupan ni kita kena tahu bersyukur dan berterima kasih. Tentunya dalam setiap bajet yang di bentangkan saban tahun tujuannya tidak lain adalah demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Itu jelas..! Sejelas apa yang di suratkan serta dinukilkan oleh YB Senator Menteri Kewangan semalam petang.







Tapi di celah tu ada jugak yang tersirat, kalau diperhatikan bayaran kepada JASA meningkat kepada RM 81 Juta. Nampaknya berminyak muncung para 'orang kuat' parti dan sudah barang tentu orang kuat PBBM la yang akan meraih labanya..tak gitu?

Cerdik tak?


Hakikatnya rakyat terbanyak sangat sangat mengharapkan kerajaan dapat menyalurkan semua bantuan yang dirancangkan dengan telus dan segera tanpa banyak kerenah birokrasi atau sebarang ketirisan yang tidak perlu berlaku terutama di zaman susah sekarang ini..!

Juga semua perancangan yang digariskan perlu lah memberi manfaat kepada semua pihak dalam mempastikan negara terus berdaya saing dengan membuka lebih banyak peluang kepada rakyat merebut dan menikmatinya.

Kalau tidak? 

Lu Fikir La Sendiri..!


Jumaat, 6 November 2020

Bajet Rakyat vs Bajet Wakil Rakyat..!

 




Bukan main tersenyum pemimpin pembangkang apabila mengadakan pertemuan dengan Tengku Zafrul Menteri Kewangan. Tentu ada yang melucukan hati dan tentunya mereka semua teruja untuk menikmati bajet yang bakal di bentang petang nanti.

Di harap rakyat juga akan tersenyum gembira apabila pengumuman bajet dilangsungkan nanti meskipun kalau tidak selebar senyuman Gone Eng dan Bang Mat.

Kenapa?

Lu Fikir La Sendiri..!