Ahad, 15 November 2020

PANAS ~ Siapa Ahli Parlimen Mengaku Dungu..!

 


Setiap dari kita yang bergelar manusia tentu mempunyai dorongan yang kuat untuk menjadi pandai. Dengan ilmu dan kepandaian yang dimiliki pastinya ia akan membantu kita untuk menjadi manusia yang berguna kepada diri, keluarga, masyarakat dan sudah barang tentu negara akan terbela sama.

Namun apa yang pelik di dalam negara kita hari ini, mereka yang di pilih oleh rakyat, mereka yang di angkat untuk mempastikan kehidupan rakyat berkelansungan dengan aman, makmur dan sejahtera memilih untuk menjadi manusia sebaliknya.

Masakan Ahli Parlimen yang tugasnya dimulakan dengan ikrar dan sumpah wallahi, wabillahi, watallahi demi sesungguhnya akan menumpahkan taat setia dan menjunjung segala yang terkandung di dalam Perlembagaan dan undang undang negara masih bergelut untuk menentukan Bajet 2021 yang sangat penting dan utama kepada rakyat dan negara perlu di luluskan atau di gagalkan..!


Apakah kerana mainan politik sempit lagi menjijikkan ini maka keutamaan rakyat boleh di perjudikan sebegitu rupa. Apakah kerana politik sempit berkepentingan diri yang di bawa oleh dewa dewa politik mereka maka bajet yang mempastikan survival pentadbiran negara berjalan dengan lancar lagi baik akan tidak di luluskan.

Hinggakan Menteri Kewangan terpaksa mengingatkan bahawa...

Kerajaan tidak akan dapat membayar segala komitmen termasuk pembayaran gaji penjawat awam dan petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus memerangi COVID-19 sekiranya Belanjawan 2021 tidak diluluskan di Dewan Rakyat.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata bagaimanapun beliau optimis belanjawan melibatkan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan yang memfokuskan kepada usaha membantu rakyat dan pemulihan perniagaan serta ekonomi negara itu akan diluluskan.
“Bagi saya, kalau belanjawan ini dapat menolong negara kita, jadi tiada sebab untuk belanjawan ini tidak diluluskan dan ditolak (Dewan Rakyat).

“Kalau ditolak, dari segi ekonominya kita tidak dapat bayar komitmen kerajaan termasuk untuk membayar bantuan kepada rakyat,” katanya pada sidang media di Wisma Bernama, di sini hari ini.

sumber

Apakah sudah hilang akal budi dikalangan Ahli Parlimen? Apakah sudah hilang kewarasan dalam menentukan tugas hakiki?

Kalau gagal Bajet 2021 ini nanti jelas membuktikan bahawa sebenarnya majoriti Ahli Parlimen sudah hilang kelayakan untuk memegang jawatan sebagai MP. 

Patut patut la berpolitik. Jangan di gadai urusan rakyat dan negara hanya kerana dendam kesumat dan tamak haloba. Jangan la di lelong masa depan rakyat negara jika sekalipun mereka sudah melelong harga diri dengan politik sempit ciptaan mereka.

Sama sama kita tunggu...berapa ramai Ahli Parlimen yang masih bertanggungjawab?

Berapa ramai pula yang serakah, dungu dan zalim kepada kita semua.

Tunggu..bila?

Lu Fikir La Sendiri!


4 ulasan:

  1. Ada masa kena dengar dan terima cadangan dari org lain utk kersejahteraan rakyat..susah sangat ke nak terima cadangan yg baik dari org luar kerajaan tetapi sebahagian dari penyokong kerajaan..kalau disempitkan fikiran dan masih ego Tak nak terima cadangan org mmg lah masalah..lepas tu jgn lah alih isu..kena berlapang dada dan terima idea yg baik dan bernas dari org lain yg punya pengalaman luas dalam pentadbiran kewangan negara...kurangkan ego tu sikit

    BalasPadam
  2. Rakyat kebanyakan mengharapkan bantuan2 yang dijanjikan oleh kerajaan tidak tergendala oleh kerana ego dan mainan politik baik dari puak pembangkang maupun dari umno. Umno mesti hentikan mainan politik menekan dalam suasana getir sekarang. Hentikan dulu sikap mengejar jawatan dalam kerajaan PN yang boleh menjejaskan pentadbiran negara yang sedang bergelut memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat.Sifat ego zaman BN memerintah sepatutnya tidak ada lagi sekarang, kerana sifat itulah yang menyebabkan rakyat menjatuhkan kerajaan BN dulu. Jangan penuh retorik kunun mendahului rakyat, tapi sikap yg ditunjukkan lebih kepada kepentingan sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pelik, ppbm dalam zaman PH,
      PM = PPBM
      TPM = PKR
      Men Kewangan = DAP
      Men Ekonomi = PKR
      Men Pertahanan = PAN

      Tp ppbm dlm PN
      PM = PPBM
      Menteri paling kanan = PPBM
      Men Ekonomi = PPBM
      Men Kewangan = Non parti
      Men Pertahanan = UMNO.

      Bekerja sama biarlah adil. Tak payah nk spin sgt la rakyat menderita. Kalau peka, berilah keluaran KWSP sekali gus dan lanjutan moratorium. Tu jek. Apa susah sgt nk faham kesusahan marhaen. Saje je nak tunjukkan org lain jahat. Yg sebenar jahat sape?

      Padam
  3. Tindakan Undang-Undang Perlu Diambil Terhadap Zeti Aziz Bekas Gabenor Bank Negara

    Satu siasatan telah dibuat terhadap bekas gabenor Bank Negara Malaysia, Zeti Akhtar Aziz, dan nampaknya beliau telibat dengan jenayah rasuah dan salah guna kuasa. (Link Video bawah ni haah)

    https://youtu.be/9keShws0UEU

    Siasatan juga telah menunjukkan yang beliau tahu tentang derma sebanyak US$680 juta dari Arab Saudi.

    Zeti jugalah yang menasihati Najib Tun Razak untuk memasukkan duit itu ke dalam akaun peribadinya dan bukan ke dalam akaun Umno.

    Zeti juga yang memberi kelulusan untuk duit itu dibawa masuk ke Malaysia.

    Penglibatan Zeti bersama Jho Lo (link bawah ni haahh..!)

    https://www.malaysia-today.net/2020/10/30/the-untold-story-of-zetis-involvement-with-jho-low/

    Mengapa Zeti perlu disiasat. Tangan tangan kotor Zeti’s dan sikap diam membisunya kerana Zeti juga adalah beneficiaries dalam duit 1MDB. Pendedahan peranan keluarga suami Zeti dan keluarganya bersama Jho Lo dalam kes 1MDB sambil mengenakan Najib Tun Razak.

    BalasPadam