Memaparkan catatan dengan label kerajaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kerajaan. Papar semua catatan

Khamis, 21 November 2013

Nak Bela Ke Nak Tambah Bala…!

cara cium tangan yang musti diamalkan..terutama bagi orang tua yang cukup pandai mengampu bossnya..! contoh sehat..!!!
Mula mula tak nak ambik port isu Rosmah keluar negara dan menggunakan private jet..! Sebab dia bini PM maka apa pun alasan yang diberikan pasti akan dapat dihalalkan oleh pihak kerajaan. Jadi tak payah nak memekak atau buat buat pekak..!

Tapi budaya buat buat pekak yang tertanam dikalangan para pemimpin juga la yang menyebabkan rakyat semakin memekak hingga memberikan jawapan ke atas kertas undi yang mereka pangkah pada PRU13 yang lalu..! Budaya pekak ini kalau diteruskan pasti bacaan kertas undi pada PRU 14 nanti juga sudah sedia tercorak..!

Cuma melihat kepada jawapan Menteri dan pembelaan Azalina telah mencetuskan persoalan baru…cer citer..!!!

Kata Shahidan..



Kata Azalina pulak…



Baca kenyataan akhbar pulak…


KUALA LUMPUR 20 Nov - Ahli Parlimen Pangerang, Datuk Azalina Othman Said hari ini menegaskan bahawa kehadiran Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke satu jemputan di Qatar bukan sebagai wakil kerajaan seperti yang didakwa oleh pembangkang. 

Azalina berkata, isteri Perdana Menteri itu dijemput secara peribadi oleh Persatuan Perniagaan Wanita Qatar untuk menjadi tetamu pada program di Qatar tersebut dan ianya tidak ada kena mengena dengan dasar kerajaan. 

"Tiada langsung dinyatakan bahawa beliau hadir atas dasar kerajaan dan beliau dijemput secara peribadi. 

"Beliau dijemput sebagai tetamu dan merasmikan Forum Antarabangsa Usahawan Wanita Qatar dan beliau telah menerima anugerah semasa majlis tersebut," katanya ketika perbahasan di Dewan Rakyat di sini. 

Semalam, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim menjelaskan, lawatan tersebut adalah jemputan rasmi dan isteri Perdana Menteri telah menjalankan tanggungjawabnya sepanjang lawatan tersebut. 

"Kita patut berbangga kerana sebuah kerajaan menjemput isteri perdana menteri, rakyat Malaysia patut berbangga. 

"Lawatan tersebut bukan seronok-seronok, tapi isteri perdana menteri telah menjalankan tanggungjawabnya," katanya. 

Tambahnya lagi,  hasil lawatan tersebut akan didedahkan kepada umum kerana hasil lawatan itu merupakan satu perkara yang menguntungkan serta sangat positif. -RakyatNews 


Dijemput secara peribadi atau dijemput secara rasmi? Mana satu? nak bela pun tak sekata! tak sebulu! 

Isu yang menyebabkan rakyat mua dan menggelengkan kepala tak jugak dijawab.

Sebab surat kat bawah ni pun tak menyelesaikan kemelut yang membuatkan rakyat semakin hari semakin iri..!


Baca lanjut di paneh.blogspot.disini.

Tentu ramai yang tak setuju dengan posting gua ni kan..! Ada gua kisah..!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Khamis, 1 Julai 2010

PM Atau KSN Yang Memerintah Negara?


Semenjak menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri, YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Razak tak henti henti melakukan pendekatan pendekatan baru serta cara bekerja yang lebih menekankan keutamaan kepada 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'.

Pokoknya ialah mendekati rakyat, menyelesaikan segala permasalahan rakyat. Sebarang dasar dirangka dan dilaksana bagi menjamin mutu penyampaian kerajaan benar benar sampai dan memudahkan rakyat.

Yang menariknya, Utusan dalam Mingguan Malaysia hari Ahad yang lalu telah mencetuskan persoalan berkenaan kekuasaan Ketua Setiausaha Kementerian ( KSU ) yang amat berkuasa, ada yang kata Kamarudin Siaraf, ada yang kata Mahmood Adam ada yang kata KSU Kementerian Pertanian...pendek kata 'ada yang kata'...

Namun dalam banyak persoalan 'ada yang kata sipolan sipolan ini' semuanya sebenarnya merujuk kepada ketua mereka iaitu KSN itu sendiri. Sebab itu ramai yang mengeluh apabila KSN ini disambung lagi perkhidmatannya. Bagi kakitangan kerajaan, apabila seseorang KSN atau KSU itu disambung maka akan terhentilah peluang ramai orang dibawahnya yang layak untuk merasa kenaikan pangkat yang lebih tinggi malah ada yang terpaksa pencen dengan jawatannya sekarang...

Kesannya? kesannya ada kelompok kakitangan tertinggi negara yang marah dan benci dengan kelompok sidek hassan ini... malah dikatakan ada lebih 60 orang berpangkat JUSA yang duduk di 'pool' disebabkan tiada peluang menikmati kenaikan pangkat atau di 'sisih'kan kerana tidak tergolong didalam kelompok penjilat sidek hassan.

60 orang JUSA dalan 'pool' sesuatu yang amat membazir duit, tenaga, pemikiran dan masa, kalau nak dikira 60 orang ni dah sama seperi kekuatan tiga (3) kementerian!!!

Kesan yang lebih jauh dari ini ialah sebahagian besar mereka juga merajuk lalu tidak bersungguh untuk melaksanakan dasar dasar kerajaan, ada pula yang menjadi duri dalam daging, api dalam sekam serta menjadi penggerak pembangkang untuk menggagalkan sebarang rancangan dan dasar baik yang digagaskan oleh PM.

Apa yang lebih malang lagi, KSN sidek hassan ini dilihat tidak begitu 'teguh' berdiri dibelakang Perdana Menteri sebagai Pengerusi BN dan Presiden UMNO, itu sebab sebarang kerja yang melibatkan parti amat tidak digemari oleh sidek.

Banyak lagi pendedahan pendedahan yang bakal menyusul mengenai KSN, KSU serta kakitangan kerajaan yang terang terang memboikot dan mensabotaj tindakan dan gerakan PM dan Menteri yang akhirnya dilihat Menteri GAGAL berfungsi...

Terbaru apabila Nazri terpaksa meminta maaf di Parlimen semalam kerana kesilapan, kecuaian dan kelemahan pegawai dan kakitangan kerajaan... kita tak kata semua! tapi segelintir pengkhianat didalam kerajaan sudah cukup untuk 'menghuruharakan' perjalanan sesebuah kerajaan....

Lu Fikir La Sendiri!!!

Rabu, 3 Mac 2010

Menjengah Suku Pertama 2010...


Rasanya macam baru semalam dengar bunyi mercun dilepaskan di KLCC, Bukit Bintang dan tempat-tempat lain sekitar KL dalam menyambut kedatangan tahun baru! Pejam celik dah masuk bulan 3. Walaupun kesan kenaikan harga gula pada malam tahun baru itu tidak berapa ketara namun 'cerita' panas nya masih mendapat tempat dikalangan rakyat.

Bulan ini diberitakan pihak kerajaan akan membentangkan Model Ekonomi Baru yang akan menjadi asas dan teras kepada perlaksanaan Rancangan Malaysia Ke 10 (RMK 10) yang sedang dicanai bagi dibentangkan pada Jun ini. Malah persidangan Parlimen yang akan bermula 15 Mac ini merupakan peluang terbaik kepada ahli-ahli Parlimen untuk menggariskan dengan lebih jelas arah tuju rancangan pembangunan 5 tahun negara dalam RMK 10 itu nanti.

Kepada Kerajaan rancanglah! buat lah apa jua demi kelangsungan hidup rakyat! kerana rakyat sedang memerhatikan secara dekat akan keberkesanan slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan! Kerana rata-rata kehidupan rakyat terbanyak, golongan rakyat sederhana kebawah masih ditakuk lama yang memerlukan kerajaan 1Malaysia lebih lama berjaga dari tidur, lebih lama bermesyuarat dari bermain golf, lebih lama bermesra dan bersama rakyat dari bercuti keluar negara bersama anak isteri masing-masing.

Perkara yang tidak harus diremehkan oleh kerajaan 1Malaysia dalam membentangkan RMK10 ini nanti ialah kelangsungan hidup para usahawan bumiputera, Kerajaan 1Malaysia seharusnya perlu lebih fokus dalam memartabatkan usahawan bumiputera yang benar-benar berjaya, dasar yang baik belum tentu dapat direalisasikan dengan sempurna dan berjaya jika kerajaan hanya menekankan aspek penyertaan bumiputera yang ramai semata-mata, lebih lagi lah bila rumah (MECD) dah dirobohkan.

Sebagai contoh, pihak kerajaan telah menggalakan penyertaan usahaawan bumiputera dalam industri pembinaan, maka segala kursus dan lesen telah berjaya diberi dan dikeluarkan yang akhirnya memungkinkan usahawan ini merebut sebarang kerja dan tender. Tetapi kerajaan selama ini tidak berjaya mewujud dan menggalakkan usahawan bumiputera berkecimpung didalam bidang sumber pembinaan.

Hakikatnya sumber bidang pembinaan seperti sokongan kewangan, barang besi dan logam, simen, batu, pasir, kayu malah tenaga kerja dan lain-lain yang berkaitan tidak berjaya dikuasai oleh usahawan bumiputera, kesannya semua usahawan bumiputera tadi tetap terjajah dan terbelenggu dengan kerenah dipasaran bahan asas pembinaan tersebut. Hakikat bahawa kerajaan selama ini membenarkan kuasa monopoli dalam perniagaan yang hanya dikuasai oleh satu bangsa terus wujud, bertapak dan kukuh.

Ini baru satu contoh, sedangkan banyak lagi perkara yang perlu kerajaan 1Malaysia lihat dan fikirkan. Kerajaan 1Malaysia pasti tahu bahawa KPI sebenar ialah dapat memberikan ruang dan peluang kepada rakyat terutama Orang Melayu dan Bumiputera rakyat majoriti dalam negara yang jauh tertinggal dalam semua sudut kehidupan.

Seperti yang disebut dengan bangganya oleh Malaysian Business, jika dikumpul keseluruhan nilai kekayaan tokoh-tokoh Melayu yang seramai 9 orang itu ianya berjumlah RM12.8 billion. Jumlah terkumpul 2 orang tokoh India sebanyak RM27.6 billion dan jumlah keseluruhan seramai 29 orang tokoh Cina ialah RM116.3 billion.

Angka-angka ini jelas menunjukkan tokoh-tokoh Melayu sangat tercorot di bawah. Jangankan hendak bersaing dengan tokoh Cina, persaingan dengan 2 orang tokoh India yang berjumlah RM27.6 billion pun ternyata tewas.Ini bermakna kekayaan sebenar yang dikecapi dalam Negara ini hanya berlegar dikalangan kaum Cina sahaja dan Melayu masih ketinggalan jauh.

Itu pun kalau kerajaan 1Malaysia sedar, insaf dan mahu merubah nasib bangsanya! Kerana hari ini ramai dah Melayu yang tak sedar diri jauh lagi sayang kepada bangsa malah malu nak mengaku sebagai Melayu! Itu sebab MPM yang didokong oleh 76 NGOs Melayu terpaksa menggorak langkah. Soalnya dimana Perjuangan UMNO sekarang? Apakah telah wujud ramainya Melayu tak sedar diri dalam UMNO hari ini?

Lu Fikir La Sendiri!!!

Selasa, 2 Februari 2010

Idea Boleh Gila! Tapi Kerajaan Jangan Jadi Gila!!!


Pada Khamis 28hb Januari yang lalu PM Najib telah membuka lembaran baru 1Malaysia dengan pelaksanaan Model Ekonomi Baru dan pencapaian hasil Program Transformasi Kerajaan (GTP). Banyak cadangan dalam menambahbaik 6 teras utama NKRA tersebut, namun yang menjadi polemik dan persoalan besar dikalangan rakyat terutama orang Melayu apabila ada cadangan berikut:

Dalam memupuk kerajaan 1Malaysia, adalah dicadangkan supaya penyataan bangsa dalam borang kerajaan dihapuskan kecuali untuk tujuan bancian dan perangkaan.

Siapa jua boleh memberikan cadangan! Biar dari individu atau dari sekumpulan yang yang dikatakan pakar berfikir dan mencanai sesuatu perkara didalam makmal hingga 5 pagi! Kerajaan 1Malaysia perlu faham akan keresahan dan ketidakpuasan hati orang Melayu terhadap sikap kerajaan kepada rakyat majoriti negara ini.

Kerajaan perlu sedar betapa orang Melayu dan Islam merasa kerajaan tidak tegas dalam menangani isu agama dan bangsa! Kerajaan Perlu insaf bahawa orang Melayu dan Islam dalam negara semakin berasa jauh hati melihat sikap dayus, bertolak ansur melebihkan kaum lain dalam pentadbiran negara!

Idea boleh gila tapi kerajaan jangan sesekali gila menuruti semua cadangan gila tersebut kerana rakyat terbanyak masih lagi waras menimbang dan memilih kerajaan yang benar-benar amanah dan bertanggungjawab kepada agama dan bangsanya tanpa menafikan bangsa lain seperti mana yang diamalkan selama ini!

Sendiri Mau Ingat!!!