Memaparkan catatan dengan label pm. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pm. Papar semua catatan

Sabtu, 10 Mac 2012

Kuda Belang Pembangkang Jangan Baca Ni..


Rating sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meningkat ke 69 peratus dari 59 peratus pada Ogos 2011, demikian menurut Merdeka Centre for Opinion Research.

Pusat tinjauan pendapat itu berkata, ini disebabkan mood orang ramai yang lebih senang dengan keadaan ekonomi umum dan pengagihan dana bagi meringankan beban ekonomi keluarga berpendapatan rendah.

Pusat itu berkata tinjauannya mendapati antara 10 dan 23 Feb, sokongan terhadap perdana menteri paling tinggi, pada 78 peratus, di kalangan keluarga dengan pendapatan di bawah RM1,500 sebulan, dengan responden India pada 80 peratus dan responden Melayu 74 peratus.

Tinjauan itu juga mendapati rasa puas hati dengan perdana menteri adalah lebih tinggi di kalangan responden pada usia 50 tahun ke atas, di tahap lebih 73 peratus, berbanding 64 peratus di kalangan responden lebih muda berumur antara 21 hingga 30.

Hasil tinjauan juga menunjukkan sebanyak satu pertiga daripada responden yang mirip kepada Pakatan Rakyat, selaku pembangkang, melahirkan rasa puas hati dengan perdana menteri.

"Pada pendapat kami, meningkatnya rasa puas hati orang ramai barangkali disebabkan kesedaran meluas tentang inisiatif mesra rakyat dan cadangan menambah baik kedudukan demokrasi Malaysia, seperti penggantian Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), cadangan pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti, dan langkah-langkah bagi meningkatkan ketelusan proses pilihan raya," kata pusat itu.

Rasa positif terhadap kerajan adalah lebih tinggi di kalangan pengundi lebih tua dan paling rendah di kalangan pengundi muda, menurut tinjauan itu yang dijalankan bagi menilai persepsi pengundi terhadap perkembangan semasa dalam negara.

Sejumlah 1,022 pengundi berdafar, terdiri daripada 59 peratus responden Melayu, 32 peratus Cina dan sembilan peratus India, diinterbiu menerusi telefon pada tinjauan itu.

-- BERNAMA

LU FIKIR LA SENDIRI!!!

Khamis, 1 Julai 2010

PM Atau KSN Yang Memerintah Negara?


Semenjak menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri, YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Razak tak henti henti melakukan pendekatan pendekatan baru serta cara bekerja yang lebih menekankan keutamaan kepada 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan'.

Pokoknya ialah mendekati rakyat, menyelesaikan segala permasalahan rakyat. Sebarang dasar dirangka dan dilaksana bagi menjamin mutu penyampaian kerajaan benar benar sampai dan memudahkan rakyat.

Yang menariknya, Utusan dalam Mingguan Malaysia hari Ahad yang lalu telah mencetuskan persoalan berkenaan kekuasaan Ketua Setiausaha Kementerian ( KSU ) yang amat berkuasa, ada yang kata Kamarudin Siaraf, ada yang kata Mahmood Adam ada yang kata KSU Kementerian Pertanian...pendek kata 'ada yang kata'...

Namun dalam banyak persoalan 'ada yang kata sipolan sipolan ini' semuanya sebenarnya merujuk kepada ketua mereka iaitu KSN itu sendiri. Sebab itu ramai yang mengeluh apabila KSN ini disambung lagi perkhidmatannya. Bagi kakitangan kerajaan, apabila seseorang KSN atau KSU itu disambung maka akan terhentilah peluang ramai orang dibawahnya yang layak untuk merasa kenaikan pangkat yang lebih tinggi malah ada yang terpaksa pencen dengan jawatannya sekarang...

Kesannya? kesannya ada kelompok kakitangan tertinggi negara yang marah dan benci dengan kelompok sidek hassan ini... malah dikatakan ada lebih 60 orang berpangkat JUSA yang duduk di 'pool' disebabkan tiada peluang menikmati kenaikan pangkat atau di 'sisih'kan kerana tidak tergolong didalam kelompok penjilat sidek hassan.

60 orang JUSA dalan 'pool' sesuatu yang amat membazir duit, tenaga, pemikiran dan masa, kalau nak dikira 60 orang ni dah sama seperi kekuatan tiga (3) kementerian!!!

Kesan yang lebih jauh dari ini ialah sebahagian besar mereka juga merajuk lalu tidak bersungguh untuk melaksanakan dasar dasar kerajaan, ada pula yang menjadi duri dalam daging, api dalam sekam serta menjadi penggerak pembangkang untuk menggagalkan sebarang rancangan dan dasar baik yang digagaskan oleh PM.

Apa yang lebih malang lagi, KSN sidek hassan ini dilihat tidak begitu 'teguh' berdiri dibelakang Perdana Menteri sebagai Pengerusi BN dan Presiden UMNO, itu sebab sebarang kerja yang melibatkan parti amat tidak digemari oleh sidek.

Banyak lagi pendedahan pendedahan yang bakal menyusul mengenai KSN, KSU serta kakitangan kerajaan yang terang terang memboikot dan mensabotaj tindakan dan gerakan PM dan Menteri yang akhirnya dilihat Menteri GAGAL berfungsi...

Terbaru apabila Nazri terpaksa meminta maaf di Parlimen semalam kerana kesilapan, kecuaian dan kelemahan pegawai dan kakitangan kerajaan... kita tak kata semua! tapi segelintir pengkhianat didalam kerajaan sudah cukup untuk 'menghuruharakan' perjalanan sesebuah kerajaan....

Lu Fikir La Sendiri!!!