Memaparkan catatan dengan label menteri bongok. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label menteri bongok. Papar semua catatan

Sabtu, 1 Ogos 2015

Juara Rakyat..!


Usaha mempertahankan status juara jenakaria mesti diteruskan..! Walaupun saingan sengit pernah diberikan oleh Hasan Malek satu ketika dahulu kini ianya tinggal kenangan..! Kekal la Mad Maslan dipuncak juara jenakaria negara..!

Syabas..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Ahad, 26 April 2015

Hassan Oh Hassan..!


Kadang kadang bila kita mendengar suara Menteri bercakap rasanya macam dia tak pernah study pun apa isu yang nak disampaikan..! Main boh ajer...!

Mula dulu bukan main lagi..!


Menyembur nyembur air liur..! Akhirnya...


Apakah Menteri ni tidak mendapat nasihat? Atau Menteri ni tak mahu terima nasihat? atau Menteri ni memang tak boleh lagi nak di nasihat? atau dah takde orang lagi dah nak nasihat..!!!

Tidak kah ini bukti bahawa pihak kerajaan gagal memahami kerenah dalam perlaksanaan GST? Bukti bahawa tiada contoh terbaik yang digunapakai dari negara yang sudah berjaya melaksanakan GST..!

Jadi selama ni mereka buat apa? apa faedah duit beratus juta yang dibelanjakan untuk penerangan, makmal, iklan dan pelbagai lagi?

Ini la kerisauan yang kita bangkitkan awal dulu bahawa pihak komunis liberal akan mengaut 2 keuntungan dari pelaksanaan GST..!

Pertama komunis liberal akan mengaut untung duit!

Keduanya komunis liberal mendapat keuntungan politik hasil dari kemarahan rakyat..!

Agak agak Hasan dan Mad Maslan faham tak perkara ni..!

APa pun tolong la jangan langgar lutut Menteri ni..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Rabu, 22 Oktober 2014

Menteri Pun Bakul Sampahkan Bahasa Kebangsaan..!


Menteri ni faham tak semangat Bahasa Kebangsaan? Menteri sendiri membakul sampahkan Bahasa Kebangsaan yang termaktub didalam Perlembagaan Perkara 152..! apa cerita?

Keputusan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, menukar TV Bernama saluran berita bahasa Inggeris sepenuhnya menjelang tahun depan bukan sahaja mengenepikan kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan malah telah mencampakkan bahasa tersebut ke dalam bakul sampah. 
Menurut Shaberry, langkah itu untuk menjadikan Bernama TV lebih berfokus dalam menyampaikan berita dan mampu menyiarkan laporan bersifat 'breaking news' dan 'real time' kepada penonton. 

"Sekarang ini Bernama TV mengamalkan konsep pelbagai bahasa dalam rancangan dan beritanya dan ini adalah sesuatu yang sangat pelik dalam mana-mana industri penyiaran. 

"Sebagai contoh jika ada berita mengenai kapal tenggelam ia mesti berdasarkan 'breaking news' dan 'real time', tetapi tiba-tiba masuk pula berita bahasa lain, orang akan lari dan menonton saluran lain," katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen di sini hari ini. 
Beliau diminta mengulas mengenai soalan Datuk Raime Unggi (BN-Tenom) yang ingin tahu rasional Kementerian Komunikasi dan Multimedia menjadikan Bernama TV dan nasib wartawan serta editor Meja Berita bahasa Melayu di stesen tersebut.

Kenapa mesti bahasa Inggeris? Kenapa tak mendaulatkan bahasa Kebangsaan? Kalau gila sangat dengan bahasa Inggeris pun kenapa tak dibuat dwi bahasa? kenapa mesti menguburkan bahasa Kebangsaan?

Apakah Bernama TV pun dah gila mencari iklan? kita semua tahu bahawa para kapitalis ni memang mahu membunuh Bahasa Kebangsaan...Jadi kenapa pulak mesti mahu menghambakan diri kepada puak kaliptalis?

Apa guna peruntukan yang kerajaan beri kepada Kementerian dan pihak Bernama untuk terus hidup selama ini?

Apakah transformasi mesti membuang jatidiri dan menjilat para kapitalis? kalau macam tu baik pergi pegang anjing..!

Harapkan pagar..! Pagar makan padi..!

Lu FIkir La Sendiri!!!

Selasa, 9 September 2014

Rakyat Bantah Kenyataan Menteri Demam..!


Itu kata Menteri ni masa mula mula nak demam dulu..! rupanya makin teruk demam Menteri ni bila mengeluarkan kenyataan semalam..!

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Kajian Pendapatan Isi Rumah 2014 yang meningkat sebanyak RM900 berbanding tahun 2012 sebagaimana diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar mendapat maklum balas kurang memuaskan daripada orang ramai.

Menerusi platform laman sosial, mereka mempersoal peningkatan hasil daripada kajian tersebut kerana didakwa tidak menggambarkan realiti sebenar pendapatan isi rumah rakyat di negara ini yang rata-rata masih berdepan dengan isu kos sara hidup tinggi.

Meskipun kajian itu berlandaskan fakta, seorang pelayar laman sosial yang hanya dikenali Kentel berkata, kerajaan khususnya Unit Perancang Ekonomi (EPU) sepatutnya meneliti secara terperinci pendapatan isi rumah di kawasan Pantai Timur Semenanjung terlebih dahulu.

"Bosanlah dengan kajian-kajian mereka ini. Cuba buat kajian di Kelantan, Pahang dan Terengganu, buat di kawasan pedalaman dan tengok berapa banyak sebenarnya pendapatan isi rumah mereka," katanya sebagaimana dipetik di sini hari ini.

Abdul Wahid ketika mengumumkan hasil kajian tersebut berkata, taraf hidup rakyat negara ini meningkat dengan purata pendapatan isi rumah melepasi RM5,900 sebulan berbanding 2012 yang merekodkan purata pendapatan sebanyak RM5,000 sebulan.

Menurutnya, perkembangan itu menunjukkan dari segi peningkatan ekonomi, Malaysia sudah berjaya dan perkara itu terbukti dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 6.3 peratus pada separuh pertama tahun ini sahaja.

Bagaimanapun tegas beliau, perkembangan ekonomi semata-mata tidak mencukupi kerana Malaysia juga mesti memastikan peningkatan itu dirasai rakyat iaitu kadar gaji yang lebih tinggi selari dengan produktiviti.

Sementara itu, Benzo33 pula memberitahu, beliau tidak selesa dengan kajian sedemikian walaupun dari segi angkanya kelihatan baik kerana biar pun pendapatan isi rumah meningkat tetapi harga barangan juga melambung tinggi.

''Pendapatan meningkat, harga barang dan perkhidmatan pun turut meningkat. Aku tak berapa ber-kenan dengan kajian-kajian macam ini," ujarnya.

Baca lagi di sini...! 

Berapa la kerajaan kena bayar kepada pihak konSETAN yang buat survey tu yer..!

Menteri ni dah kebah demam ke belum?

Lu Fikir La Sendiri!!!