Selasa, 9 September 2014

Rakyat Bantah Kenyataan Menteri Demam..!


Itu kata Menteri ni masa mula mula nak demam dulu..! rupanya makin teruk demam Menteri ni bila mengeluarkan kenyataan semalam..!

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Kajian Pendapatan Isi Rumah 2014 yang meningkat sebanyak RM900 berbanding tahun 2012 sebagaimana diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar mendapat maklum balas kurang memuaskan daripada orang ramai.

Menerusi platform laman sosial, mereka mempersoal peningkatan hasil daripada kajian tersebut kerana didakwa tidak menggambarkan realiti sebenar pendapatan isi rumah rakyat di negara ini yang rata-rata masih berdepan dengan isu kos sara hidup tinggi.

Meskipun kajian itu berlandaskan fakta, seorang pelayar laman sosial yang hanya dikenali Kentel berkata, kerajaan khususnya Unit Perancang Ekonomi (EPU) sepatutnya meneliti secara terperinci pendapatan isi rumah di kawasan Pantai Timur Semenanjung terlebih dahulu.

"Bosanlah dengan kajian-kajian mereka ini. Cuba buat kajian di Kelantan, Pahang dan Terengganu, buat di kawasan pedalaman dan tengok berapa banyak sebenarnya pendapatan isi rumah mereka," katanya sebagaimana dipetik di sini hari ini.

Abdul Wahid ketika mengumumkan hasil kajian tersebut berkata, taraf hidup rakyat negara ini meningkat dengan purata pendapatan isi rumah melepasi RM5,900 sebulan berbanding 2012 yang merekodkan purata pendapatan sebanyak RM5,000 sebulan.

Menurutnya, perkembangan itu menunjukkan dari segi peningkatan ekonomi, Malaysia sudah berjaya dan perkara itu terbukti dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 6.3 peratus pada separuh pertama tahun ini sahaja.

Bagaimanapun tegas beliau, perkembangan ekonomi semata-mata tidak mencukupi kerana Malaysia juga mesti memastikan peningkatan itu dirasai rakyat iaitu kadar gaji yang lebih tinggi selari dengan produktiviti.

Sementara itu, Benzo33 pula memberitahu, beliau tidak selesa dengan kajian sedemikian walaupun dari segi angkanya kelihatan baik kerana biar pun pendapatan isi rumah meningkat tetapi harga barangan juga melambung tinggi.

''Pendapatan meningkat, harga barang dan perkhidmatan pun turut meningkat. Aku tak berapa ber-kenan dengan kajian-kajian macam ini," ujarnya.

Baca lagi di sini...! 

Berapa la kerajaan kena bayar kepada pihak konSETAN yang buat survey tu yer..!

Menteri ni dah kebah demam ke belum?

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan