Sabtu, 27 Jun 2009

Manik Urai...Kubur PAS Sedang Di Gali Oleh Nik Aziz...


Nik Aziz nampaknya semakin galak, semakin terdesak demi nak mengekalkan kerusi DUN Manik Urai, pelbagai kenyataan beliau yang selama ini begitu bertentangan dengan agama ditambah lagi dengan tuduhan terbaru yang menyamakan UMNO dengan komunis dan Kerajaan Langit yang sesat Ayah Pin. Itu lah nik aziz yang dianggap ulama dan tok guru dikalangan ahli-ahli PAS.

Malam semalam di Manjor, Nik Amar mengingatkan penyokong PAS agar jangan terpengaruh dengan janji pembangunan yang dibawa oleh UMNO, Pembangunan diakui penting tapi kata nya yang utama ialah agama. PAS meletakkan agama sebagai asas perjuangannya kata nik amar.

Pemimpin PAS nampaknya terus menggunakan modal 'asas' mereka untuk berpolitik, agama merupakan komoditi yang penting dalam merelevankan perjuangan hipokrit PAS. Maka berduyun lah pemimpin PAS hari ini turun di Manik Urai untuk menambah kusut dan mengelirukan pengundi agar mereka terus 'tenggelam' dalam pelukan PAS ini.

Namun sebenarnya pemimpin PAS tahu bahawa modal memperalatkan agama ini sudah semakin tidak laku, pengundi Manik Urai sudah semakin jelas bahawa mainan agama yang sempit yang didondangkan oleh PAS sudah basi dan tertolak. Pengundi tahu bahawa PAS bukan parti yang memperjuangkan agama tetapi hanya menjadikan agama sebagai alat untuk berkuasa. PAS bukan agama, PAS bukan jaminan syurga, PAS bukan maksum malah banyak fitnah dan tuduhan liar yang dibuat oleh pemimpinnya menyebabkan ahli, orang ramai dan pengundi Manik Urai menghindarkan diri dari menanggung dosa 'kering'.

Bagi PAS perjuangan agama memang menjadi keutamaan, contohnya...
Hari ini, hudud tidak dilagukan lagi, kisas sudah ditolak ketepi, slogan membangun bersama Islam telah bertukar kepada kearah negara berkebajikan. Isu kafir sudah basi, isu makan sembelihan orang UMNO disimpan, Isu sembahyang 2 Imam hanya laku di ulu-ulu sahaja, malah persaudaraan erat yang dijalinkan bersama-sama setan DAP dan PKR telah menyebabkan sebahagian besar Ahli Parlimen PAS togel kepala apabila bersama-sama mereka.

Bagi PAS perjuangan agama memang menjadi keutamaan, kerana...
Apabila Fadhil Noor pergi mengadap ilahi maka hilang lah isu lelong Putrajaya yang dianggap membazir, Bakar chik tertinggal bacaan fatihah dalam mengimamkan sembahyang jumaat di Terengganu semasa PAS memerintah dulu dikira sah, apabila bunyamin menuduh bekas PM menonton video lucah bersama cucu disambut dengan takbir.

Bagi PAS perjuangan agama apabila menjanjikan syurga kepada mereka yang mengundinya... berkawan dengan setan, tuhan mencarut dan banyak lagi yang cukup menjelaskan betapa pemimpin PAS berani, sanggup dan tergamak memperalatkan agama.

Tapi akhir ini dilihat bahawa kesedaran pengundi terutama orang-orang Islam akan betapa rosak nya pemimpin-pemimpin PAS sudah semakin terserlah, malah mereka melihat sokongan yang datang dari orang bukan Islam kepada PAS hanya sandiwara politik membuktikan bahawa sebenarnya pemimpin PAS begitu mementingkan kuasa dan rela agama nya dipijak dan diperlekehkan oleh orang lain. Apa nak heran? itu memang jenis pemimpin PAS...

Apa yang dilakukan oleh pemimpin PAS terutama nik aziz di kelantan selama ini sebenarnya jauh dari seruan agama yang mengajak manusia kepada kejayaan dunia dan kejayaan akhirat. Malah hingga ke hari ini PAS sendiri masih belum dapat menyatakan dengan jelas akan konsep negara Islam yang mereka ingin bangunkan dan sebenarnya PAS selesa, disudut hati menerima dan bersetuju dengan konsep negara Islam yang diamalkan oleh UMNO selama ini...

Tapi pasal kuasa politik terpaksa lah nafikan, hilang kuasa politik hilang pengaruh, hilang pengaruh maka hilang lah kekayaan, hilang kekayaan bermakna takde duit dan harta... jadi duit lah yang diperjuangkan... orang lain cari duit jugak tapi tak payah jual agama!!!

Lu fikir la sendiri!!!

Selasa, 23 Jun 2009

PAS Tersungkur Di Kaki Iblis...


Dalam meraikan keputusan PR semalam, tentunya yang paling gembira, hati berbunga-bunga, senyum penuh muka, tercapai hasrat dan cita-cita ialah Nik Aziz.

Mursyidul Am PAS ini yang sepenuh hati, jiwa dan raga, dengan amarah yang berkobar-kobar tetap dengan pendiriannya untuk mempastikan slogan boleh berkawan dengan setan terus subur didalam PAS.


Jauh dari itu, tentunya kemenangan ini juga disambut dengan bangga oleh 'anak kesayangan' nya yang dapat mencalarkan reputasi Timbalan Presiden yang telah menolak beliau ke longkang dalam muktamar PAS akhir bulan lalu. Maka agenda untuk mengambil alih kepimpinan PAS yang akan datang dilihat bercahaya bak bulan purnama....ada can lagi ni!

Apapun insiden antara nik aziz dan kepimpinan PAS telah menyebabkan ombak yang bergelora di kalangan ahli PAS, ada dua pihak yang saling menyokong diantara satu sama lain, yang jelas ada bibit perpecahan diantara golongan yang menyokong haji hadi dan menyokong nik aziz.

Ini menjadi perbualan hangat yang dibincangkan oleh ahli di seluruh pelusuk negara,ahli yang mahukan PAS diterajui oleh pemimpin golongan ulama yang bebas dari pengaruh dan 'tangan-tangan' luar dari parti sementara satu golongan erdogan yang dilihat menolak ulama serta kaki dan tangan mereka terikat oleh anasir luar yang cuba menentukan hala tuju parti.


Dalam keputusan yang dibuat oleh PR semalam, UMNO tak sedikit pun tergugat dan bermasaalah malah ianya telah pun dijangkakan dari awal lagi. Malah UMNO sendiri tidak meletakkan harapan apabila PAS menyatakan kerajaan perpaduan dek kerana sejarah PAS yang terkenal dengan lidah bercabang dan menolak akan perpaduan ummah selama ini. Malah kewujudan PAS sendiri lahir dari perasaan marah, kecewa dan mengajak kepada perpecahan bangsa... so apa nak pelik!

UMNO respond kerana mengambil tanggung jawab atas perpaduan ummah! tak lebih dari itu, jauh sekali nak menubuhkan kerajaan perpaduan bersama PAS, PKR dan DAP. Tak payah! Nasi tak dingin, pinggan tak retak, orang tak ingin, UMNO pun TAK NAK!!!

UMNO dan BN pun dah berjaya selama ini menubuhkan kerajaan perpaduan dengan penuh tanggung jawab dan berkesan, sebab tu rakyat hidup makmur dan berjaya hingga ramai yang cerdik pandai tapi tak reti mengenang jasa malah yang biadap pun ramai.


PAS yang selama ini hidup dengan pembohongan, putar belit , fitnah, bermodalkan agama , al-quran, hadis dan sunnah akan terus menggunakan modal ini bagi meneruskan amalan politik jumud, sempit, sonsang yang boleh menggoncang dan memesong akidah.

Rentilah dari terus mengotorkan tangan dan hati dengan merelakan diri didalam kegelapan. Yang lebih malang kekotoran dan kegelapan ini cuba diselebungi dengan nilai agama Islam yang mulia.
Bertaubatlah...!

Lu fikir la sendiri!!!

Sabtu, 20 Jun 2009

Nik Aziz...yang semakin Resah...Gelisah & Marah!!!


Apa lah agaknya ubat yang nik aziz telan dalam seminggu ni yang menyebabkan beliau jauh membuang serban dan jubah 'ulama' nya dan begitu bersemangat berpencak dan bersilat sebagai tokoh politik PAS...sama seperti mahfudz, sama seperti mat sabu, sama seperti nizar?

Atau beliau telah diberikan ubat kuat oleh cik lee yang membuat kunjungan hormat keatasnya minggu lepas hingga merah mata dan telinga dek kerana berkesannya ubat tersebut... ubat singapore mesti baik punya!!! Tak heran H1N1 pun makin bertambah!!!

Sebenarnya PAS tak baik apabila 'engkar' kepada Tok Guru Nak Abis ( TGNA ) ni, menolak calun pilihannya dengan memenangkan nasa seperti telah menyepak muka ulama dalam semak mereka ini, jauh dari itu menolak calun TPM yang dijanjikan oleh anu-war juga menampakkan kematangan perwakilan dalam PAS boleh dipersoal.

PAS tak baik apabila menolak sebahagian besar pemimpin yang berwajah nik aziz dari kelantan, ianya jelas menampakkan bahawa perwakilan PAS telah mencoletkan najis kemuka TGNA ni. tak baik PAS buat begitu...kan TGNA ni ulama, kan TGNA ni masin cakapnya, kan TGNA ni berkat doanya...tu sebab semua kehendak dan angannya ke parit dan kelongkang...tak baik PAS.

MB yang telah berjaya mengekalkan jawatan dengan mentadbir kelantan sehingga menjadikan penduduk dan rakyatnya pelarian pekerjaan, nasib baik kelantan dalam negara kalau diluar negara mesti tergolong dalam jumlah pekerja asing yang ramai membanjiri negara. takkan rekod selama itu dengan mudah diketepikan oleh PAS...tak baik PAS buat begitu. Pemuda PAS negeri pun satu hal, nik abduh dihumbannya dari barisan kepimpinan...kan tak baik namanya, seperti menconteng arang dan membaling telur busuk ke muka TGNA...apa lah pemuda PAS ni. guano demo buat lagu tu!

Sekarang nak menghadapi PRK Manik Urai, ada PAS dari negeri lain telah bersuara untuk memboikot PRK ni kerana nik aziz 'laser' kepada pemimpin dan perwakilan PAS, kan tak elok macam tu, kalau PAS kalah nanti tak ke malu TGNA ni...apa la PAS ni, tak baik macam tu.

MP PAS pun macam tu jugak ada ke 10 orang jer yang tandatangan, mana lagi 13 orang? sokong Presiden dan Timbalan Presiden la tu, tak baik membelakang kan ulama, menolak kata-kata tok guru, melawan MB PAS...derhaka namanya tu. Kan TGNA suruh berkawan dengan setan, tapi yang hj hadi dan nasa nak berkawan dengan UMNO yang jelas memperjuangkan Islam tu saper suruh? tak baik hj hadi dan nasa ni...

Tapi PAS tak kisah..sebab setakat nak masuk syurga kira macam dah terjamin sebab selama ni memangkah PAS, so kalau derhaka dengan tok guru pun masih boleh masuk syurga lagi...cuma kesian kat datuk nenek dia orang yang tak sempat pangkah PAS, so nak kira macam mana tu??? tu yang kena jumpa TGNA untuk doakan roh mereka. jangan lupa bawa botol air sekali.

Kesian nik aziz, dah lah dipenghujung waktu, barisan harapan yang diharapkan untuk meneruskan sejarah dah dibuang PAS, pemimpin PAS pusat pulak dah tak dengar cakapnya... Itu yang resah, itu yang gelisah, itu yang marah, jiwa memberontak hingga keluar kan ayat sanggup tumpah darah di Manik Urai...kesian betul la...tak baik PAS buat macam tu... cuma kalau tengok-tengok tajuk paper kat atas tu jangan pulak pembaca buangkan dua titik bertindih tu...takut jadi lain pulak konotasi bacaannya...tak baik tau...tak....baik!!!

Sendiri Mau Ingat!!!

Khamis, 18 Jun 2009

!!!Terperanjat Beruk...PAS...Terperanjat Beruk!!!


Pemimpin PAS ramai yang terperanjat! orang kata terperanjat beruk la dek laungan Murshidul Am nya yang mendesak agar YB Nasa letak Jawatan Timbalan Presiden dan Ahli Parlimen Bachok, keluar dari PAS dan menyertai UMNO.

Rata-rata yang ditemubual di Parlimen semalam, YB Mahfuz, YB Salahudin, YB Ustaz Taib melahirkan rasa terperanjat dan hanya akan membuat komen selepas mengadakan pertemuan peringkat parti dan menunggu kepulangan Presiden dari luar negara.

'play safe' kenyataan-kenyataan yang hanya untuk menyelamatkan diri, tiada yang nampaknya benar-benar berani untuk membuat kenyataan demi kesejahteraan dan perpaduan parti, akhirnya sekali lagi isu dibiarkan turun ke peringkat ahli dan membiarkan ahli membuat pelbagai andaian dan rumusan sendiri, yang jelas perpecahan PAS sudah semakin terbelah dan parah...

Bagi Nik Aziz seruan kepada perpaduan umat adalah cadangan individu, soalnya apakah cadangan yang mengajak kearah perpaduan walaupun datang dari individu bukan tuntutan Islam? Apatah lagi ianya datang dari Presiden parti yang menang dengan sokongan seluruh ahli PAS dalam negara, disokong oleh Timbalan Presiden yang menang dalam pertandingan dengan mendapat mandat lebih separuh perwakilan yang bersidang baru-baru ini, apakah suara majoriti perwakilan yang memilih dan menyokong mereka ini boleh dicop sebagai suara individu? Apakah Nik Aziz sudah terlalu bongkak dengan sewenangnya mengenepikan hak dan suara ahli partinya sendiri?

Apakah Nik Aziz sudah memulakan langkah rejim kuku besi didalam PAS dimana beliau sahaja yang berhak dan layak bersuara menentukan hala tuju parti? Apa gunanya pemilihan saf kepimpinan di dalam muktamar tempoh hari? Apakah ahli PAS semuanya sudah terbelit kaku dek serban ulama mereka ini hingga tidak berani untuk menyatakan pandangan dan mempertahankan apa yang telah mereka putuskan didalam muktamar tempoh hari?

Apakah saf kepimpinan PAS sudah disumbat mulutnya dengan serban ulama mereka ini hingga tidak mampu untuk menyuarakan suara ahli dan akar umbi yang telah memilih mereka?
Nik Aziz sedang memberikan kuliah kepada ahli PAS bahawa perpaduan sesama umat tidak penting malah persaudaraan dengan DAP lebih aula demi mempastikan beliau boleh kekal menerajui kerajaan negeri Kelantan. Maka sebarang perlakuan yang bertentangan dengan adab dan budaya serta menunjukkan penentangan kepada saf kepimpinan parti adalah dihalalkan.

Soal kemajuan ekonomi dan pembangunan negeri yang diperintah tidak timbul kerana Nik Aziz baru mendapat ilham melalui Exco kesayangan nya untuk meminta sedekah 1 Bilion dari kerajaan pusat atas royalti minyak. Isu ini akan dimainkan di Manik Urai nanti dan ianya tentu akan menguntungkan PAS, yang jelas menguntungkan Nik Aziz... senangnya lah memerintah negeri, Kedah tak bagi 100 juta tebang hutan...mana pergi nya akal yang mendraf manifesto membangun bersama Islam? Jangan hina agama kerana agama menyuruh kita berfikir, berusaha dan melaksana sementara bertawakkal menunggu hasilnya...Negara Berkebajikan la tu kalau pakat nak minta jer.

Ingatlah setiap kita akan ditanya akan apa yang kita lakukan tak kira status kita di dunia ni sekarang...kerana di sana semuanya sama hamba Allah yang berbekalkan iman dan takwa walaupun di dunia ni kita seorang musyidul am, seorang menteri besar yang dilihat gah kerana ada nya penyokong yang membawa rebah....

Fikir-fikir lah

Isnin, 15 Jun 2009

Ulama ke Nik Aziz...???


Nik Aziz...Nik Aziz...apa lagi la yang ingin dicetuskan oleh Menteri Besar Kelantan ni, walau pun negeri pemerintahannya kaya dengan hasil bumi namun yang berjaya diaudit dan di 'sah' kan sekadar pendapatan 300 juta setahun. Murshidul am PAS ini yang mentadbir negeri yang kaya dengan sumber tenaga lelaki dan wanita yang amat rajin berniaga nampaknya masih gagal untuk membangunkan negeri serendah sekebun bunga seperti mana yang dijanji kan di dalam manifesto pilihanraya umum 2008 yang lalu.

Sebagai seorang yang digelar ulama, yang cukup didengari akan nasihatnya, ditunggu-tunggu kuliahnya, yang dibotolkan air penawarnya bukan sahaja oleh penduduk negeri cik siti wan kembang malah dari mereka yang datang dari luar nampaknya sudah semakin terlajak, semakin bongkak dan semakin riak.

Apakah ulama namanya apabila menyeru kepada ahli PAS yang taksub untuk mempertahankan kerusi DUN Manik Urai bulan depan walaupun terpaksa 'bertumpah darah' pada Jumaat lalu,
Agaknya Nik Aziz nak sabil dengan siapa hingga celupar mengeluarkan seruan begitu?

Ulama ke Nik Aziz apabila lantang menolak perpaduan dan kesatuan umat seperti yang dilaungkan oleh Presiden partinya sendiri? Melabel mereka yang menyokong seruan perpaduan sebagai boneka UMNO lantas memberikan jawapan bahawa beliau dan penyokongnya di dalam PAS yang menentang sebagai boneka Anwar, DAP, PKR.

Ulama ke Nik Aziz apabila bersimpati dengan Eli yang terang-terang bersekedudukan dengan lelaki Islam hingga melakukan perbuatan yang mengaibkan?

Ulama ke Nik Aziz apabila menyeru kepada pengundi-pengundi agar mengundi partinya dengan sogokan jaminan syurga?

Ulama ke Nik Aziz apabila mengatakan bahawa boleh berkawan dengan syaitan?

Ulama ke Nik Aziz apabila membiarkan negeri yang dipimpinnya daif, mundur dan tertinggal, gagal menyediakan peluang kerja hingga dianggarkan lebih 750 ribu penduduk Kelantan berhijrah ke Kuala Lumpur tidak termasuk lain-lain tempat?

Ulama ke Nik Aziz apabila membenarkan partinya ditunggang dan dikuasai oleh DAP yang jelas menolak Islam dan menafikan perkembangan syariat didalam negara?

Ulama ke Nik Aziz? Sebenarnya pelbagai perkara boleh dicetuskan angkara perkataan dan perbuatan Nik Aziz selama ini yang jelas bertentangan dengan semangat dan roh islam itu sendiri.

Rentikan lah Nik Aziz menyeru UMNO untuk membangun bersama Islam sedangkan UMNO dan Kerajaan BN lah yang selama ini tidak jemu-jemu dan terus menerus membangunkan negara ssesuai dengan kehendak agama Islam.

Kalau nak diceritakan banyak hasil usaha yang baik dan memberi manfaat berguna kepada rakyat, bangsa, negara yang semuanya berlandaskan tuntutan agama telah UMNO lakukan.

Mungkin Nik Aziz sudah dapat merasakan bahang penolakan rakyat terhadapnya dan ini yang begitu membimbangkan beliau hingga sanggup mengeluarkan seruan sesat sebegitu.

Mungkin Manik Urai lah yang akan menjadi langkah awal kejatuhan beliau dan kerajaan pimpinannya kelak.

Mari adik kakok...pakat pangkah BN!
Hidup UMNO!

Jumaat, 12 Jun 2009

Manik Urai....Langkah Pertama PAS Tutup Kedai


PRK Manik Urai yang akan berlangsung bulan depan benar-benar akan menguji sejauh mana kemampuan parti PAS untuk terus bernafas di dalam lumpur atau berkubur tanpa nesan. Melihat kepada senario yang menggejala parti itu mutakhir ini jelas kebimbangan yang akan membawa kepada keruntuhan parti itu seakan tidak dapat dielakkan.

Pertentangan antara 2 singa diatas satu bukit jelas menyebabkan riak perpecahan didalam parti itu semakin ketara. Kedua-dua pihak iaitu puak Presiden dan Murshidul Am saling tuduh menuduh, tempelak menempelak dan yang lebih buruk lagi sering berbalas serangan dengan gelaran dan makian yang tidak pernah terjadi didalam sejarah parti yang dikatakan lebih islam, lebih warak dan lebih ukhwah.

Kalau menyokong Kerajaan Perpaduan dikatakan boneka kepada UMNO tentunya bagi yang menentang gagasan Presiden parti itu bolehlah di kelaskan sebagai boneka Anwar dan DAP. Sikap menentang pemimpin yang di anggap ulama dalam semak selama ini berlaku secara terang-terangan tanpa segan dan silu.

PAS telah berpecah kepada golongan yang menyokong ulama dalam semak serta golongan pro Sheikh Anwar Al Juburi yang jelas tidak berpuas hati dengan kekalahan kuda padi tambatan nya didalam muktamar parti itu baru-baru ini. JK pengurusan pemilihan diserang dan didakwa berat sebelah...adat orang kalah...tak heran lah, itu kan cara Anwar berpolitik, semua yang dilihat tidak berpihak kepadanya semuanya salah dan tidak adil...jangan didepan tuhan nanti pun nak salah kan tuhan kerana menghukum dirinya atas perbuatan tangan mereka sendiri...

Pengundi di Manik Urai tentunya dapat melihat dan menimbang akan semua yang berlaku didalam parti itu, selepas ramai kepimpinan tertinggi negeri itu di tolak oleh perwakilan PAS seluruh negara hingga lah kewujudan 2 kelompok besar yang sedang menambah senak dan nazak akan perkembangan dan kemajuan parti yang menjadi kerajaan PAS di negeri Kelantan sejak 5 penggal yang lalu.

Kuasa dan aura tok guru nik aziz dilihat semakin malap dan gelap, malah usaha untuk menafikan wewenang kuasa yang nik aziz miliki selama ini juga giat dijalankan dengan membunuh masa depan politik anaknya terlebih dahulu. Kewujudan 3 kelompok didalam PAS seperti mana yang diucapkan oleh seorang sahabat akan turut menyumbang kepada kejatuhan, keruntuhan dan kebinasaan PAS. Mereka ialah golongan yang bodoh tak boleh diajar, bodoh tapi cuba mengajar dan cerdik tapi kurang ajar ini sedang membiak dan menjadi anai-anai perosak yang merosak PAS dari dalam...

Tentunya akan ada dua kem dalam kempen PAS nanti dan faktor calon akan menentukan sejauh mana kem yang tidak terpilih sebagai calon akan memboikot dan mensabotaj PRK ini nanti, Disamping itu kedengaran juga penyokong-penyokong PKR yang ingin membalas dendam terhadap usaha penyokong PAS yang memboikot tidak mengundi di Penanti tempohari.

Bagitu lah yang berlaku didalam PAS kini. Yang jelas pengundi-pengundi di Manik Urai tidak sabar-sabar untuk menunjukkan satu petanda jelas kepada dunia bahawa mereka sudah serik, mereka tidak akan merelakan terus diperdaya dan mereka akan buktikan bahawa Manik Urai merupakan langkah pertama PAS untuk 'tutup kedai' sebelum menutup kilangnya....Insyaallah.

Mari Adik Kakok...Pakat Pangkah BN!
Hidup UMNO!

Rabu, 10 Jun 2009

MCA....cukup lah...


MCA! cukup-cukup lah menjolok sarang tebuan... cukuplah dengan semangat ke'bangsa'an yang semakin menebal yang semakin menyakitkan hati. MCA yang sudah 100% peratus bertukar adab dan budaya dalam mendepani isu yang menyentuh kepentingan melayu, bumiputera dan islam.

Betulkan dulu masaalah dalaman parti kamu! Tarik sokongan pengundi cina tapi bukan dengan cara biadap dan kurang ajar!!!

Walaupun PAS yang mencadangkan kuota 30% perlu dipastikan berjaya dalam muktamarnya adakah itu tidak mewakili kepentingan melayu dan bumiputera dalam UMNO? Walaupun PAS yang mengusulkan pengharaman SIS adakah ianya tidak menyentuh agama yang sama ahli UMNO anuti? Walaupun PAS yang memukul gendang 'Kerajaan Perpaduan' adakah itu tidak melibatkan perpaduan dan kesatuan bangsa melayu yang ada dalam UMNO?

Kalau DAP secara jelas dan terang menolak negara Islam PAS selama ini, apakah MCA gagal untuk mengiktiraf akan penafsiran perlembagaan negara yang menyatakan dengan jelas bahawa AGAMA ISLAM ADALAH AGAMA RASMI PERSEKUTUAN yang menjadi asas kepada perjuangan UMNO selama ini?

Dalam mempastikan hak dan kebebasan beragama terjamin seperti mana diamalkan selama ini, adakah MCA membutakan mata dengan menafikan bahawa wang negara 'HALAL' untuk dibelanjakan bagi tujuan meningkatkan syiar Islam? Jadi apa yang fobia sangat dengan kewujudan negara islam sedangkan anda bahagia dan berjaya didalamnya? Apakah yang anda ingin nafikan apabila ungkapan ketuanan melayu begitu menyesakkan dada sedangkan hakikatnya telah jelas begitu?

Apabila DAP mempopularkan buku versi mereka berkenaan 13 Mei kenapa surat khabar MCA, The Star begitu teruja mempromosikannya? Apabila bangsa melayu bercakap tentang sejarah yang perlu difahami kenapa Presiden anda sebok untuk mewujudkan kumpulan pemikir bagi memberi tafsiran baru akan sejarah kedatangan bangsa cina ke tanah bertuah ini? Masih tidak cukup lagi kah anda apabila kerajaan memberikan kuota pemberian biasiswa 50% mengikut merit yang membawa makna bahawa lebih ramai anak-anak melayu dinafi akan hak untuk mendapatkan biasiswa sedangkan ianya dijamin di dalam perlembagaan?

Tengok The Star! apa yang Star buat dalam membawa pemahaman dan pemikiran yang boleh mewujudkan perpaduan antara kaum. Utusan dibantai dan dilabel sebagai rasis sedangkan anda lah yang mengamalkannya. Mengalu-alukan kepulangan Chin Peng atas nama perikemanusiaan sedangkan apa yang dia lakukan jelas bertentangan dengan unsur kemanusiaan. Betulkan Star!!!

Betulkan parti anda...Selesaikan kemelut yang melanda diantara Presiden dan Timbalan presiden anda yang terus menambah parah keatas kesatuan parti kamu. Tidak perlu mencampuri urusan bangsa melayu yang begitu tolerate terhadap bangsa kamu.

Jangan berlaku biadap dan kurang ajar. hormati hak orang lain terutama hak bangsa melayu yang menjadi tuan kepada tanah air ini agar hak anda juga akan kami hormati....

Sendiri mau ingat!!!

Bersatu lah MELAYU...


BERSATU lah MELAYU!.. Sejarah pernah tercipta bahawa apabila seluruh umat MELAYU di dalam watan bertuah ini BERSATU. Mengenepikan segala perbezaan, menolak sebarang persengketaan, melupakan darjat dan keturunan, maka datuk nenek dan ibu bapa telah berjaya menyelamatkan maruah bangsa, meninggikan syiar agama dan menetapkan hala tuju anak cucu dengan mengecap KEMERDEKAAN...

Sesungguhnya kemerdekaan yang dikecapi telah berjaya merubah nasib bangsa sekaligus mengangkat agama yang kita anuti dengan hak dan kebebasan untuk mentadbir akan negara tercinta mengikut acuan dan Kehendak kita sendiri. Tiada lagi penasihat penjajah yang menentukan itu ini, begitu begini.

Hari ini seruan yang menjadi azimat itu bergema lagi!!! Seruan yang menuntut semua yang bernama melayu bersatu. Suasana nya mungkin berbeza tapi tujuannya tetap sama iaitu mempastikan nasib bangsa yang menjadi tuan kepada tanah bertuah ini akan terus dipertahan kan demi kelangsungan hidup anak cucu generasi seterusnya. Maka apabila nasib bangsa melayu ini dapat dipertahan sudah barang tentu agamanya iaitu Islam yang syumul akan dapat terus dipelihara, subur dan berkembang baik seperti sekarang ini.

Kalau selama ini pernah UMNO mengajak PAS untuk duduk semeja bagi membincangkan pelbagai isu yang meranjau maka nampaknya PAS telah menggorak langkah. Tindakan tidak populis yang disarankan oleh Presiden parti itu sesungguhnya tindakan berani dan 'celik' akan apa yang perlu dan mustahak untuk dilakukan. Kemenangan YB Nasa sebagai Timbalan Presiden juga memberikan 'signal' bahawa perwakilan yang mewakili keseluruhan ahli PAS mahukan kesatuan dan perpaduan. Meski pun ada dikalangan pemimpin parti mereka yang jelas menghentam dan menolak kepimpinan ulama kerana didalangi oleh pewaris sejarah si- kitol dan mandaliar dalam negara.

Pemimpin UMNO perlu menyahut dengan tangan terbuka dan berlapang dada. Mungkin sebagai permulaan boleh lah kedua-dua pemimpin tertinggi UMNO dan PAS duduk dulu semeja tanpa perlu PAS menghuraikan dengan terperinci akan konsep dan cadangannya. Yang penting duduk dulu semeja, dan ini perlu diusahakan dengan SEGERA...

Tentunya dalam pertemuan itu nanti kedua-dua pemimpin akan dapat melihat akan kebijaksaan dalam pertemuan itu yang boleh dijadikan asas kepada usaha murni perpaduan itu nanti.
UMNO tak perlu menukar perlembagaannya dan PAS tak usah membubarkan parti nya. Persatuan dan Perpaduan itu boleh dilahirkan dengan semangat dan rohnya terlebih dahulu dalam membincangkan isu asas dan pokok.

Isu Perlembagaan, isu hak dan keistimewaan melayu, agama islam, raja-raja melayu, bahasa dan lain-lain yang semua ini menuntut untuk dibincangkan oleh pemimpin melayu dengan hati yang ikhlas, berlapang dada dan penuh tanggungjawab.

Sesengguhnya 'mereka' yang tahu sejarah amat mengerti bahawa sekiranya melayu bersatu maka sukar bagi 'mereka' untuk meneruskan agenda jahat bagi menguasai negara ini dan sukarlah bagi 'mereka' atas nama hak asasi untuk mewujudkan kesamarataan dalam segala aspek dan sudut termasuk agama, raja-raja, bahasa dan lain-lain lagi yang menjadi teras kepada pembentukkan negara Malaysia tercinta ini. Bagi pewaris si kitol dan mandaliar pula mereka tidak peduli akan nasib bangsanya, agama dan negara sekiranya tergadai dan binasa. Maruah bagi mereka ialah mendapat habuan untuk kepentingan diri dan kelangsungan politik sempit biarpun dikuda dan diperah oleh 'tuan-tuan' kadok yang naik junjung yang mereka sanjung.

Melayu sesungguhnya bangsa yang hebat sifat dan budayanya, Melayu yang berpegang kepada ajaran agama yang benar tidak akan sesekali menolak persatuan bangsa. Melayu bukan bangsa sombong yang tidak boleh bersama-sama dalam perkara yang boleh dikongsi bersama. Melayu bukan bangsa penindas yang mengenepikan hak dan peluang orang lain seperti termaktub didalam perlembagaan. Melayu bukannya bangsa pengecut yang lari dari medan demi mempertahan kan bangsa, agama dan negaranya. Cuma malang dalam kelembutan bangsa melayu ada di kalangan 'mereka' yang sedang cuba untuk memijak dan menafikan hak melayu.

Bersatulah melayu kerana ianya merupakan asas kepada apa yang kita miliki kini demi kelangsungan hidup yang bermaruah generasi seterusnya pada masa yang akan datang...

Kepada Allah berserah!!!

Isnin, 8 Jun 2009

Manik Urai.... BN dah menang moral!!!


Ada cahaya di hujung terowong... PRK Manik Urai yang ditetapkan pada 14 Julai depan menampakkan kemungkinan besar UMNO dan BN menang adalah cerah. Ini bersandar kepada beberapa persoalan yang boleh dilihat dengan mata, dikuping dek telinga akan keadaan berkecamuk yang melanda PAS mutakhir ini.

PAS yang sebelum ini begitu berbangga menjadikan Kelantan sebagai kubu kuat mereka nampak nya sudah tidak lagi boleh mendabik dada. Ini dibuktikan dengan penolakan perwakilan PAS seluruh negara keatas calon-calon pemimpin tertinggi parti itu didalam muktamar mereka yang berakhir pada Ahad lalu.

Dari Husam Si Musang berjanggut Pendek, Ustaz Halim, Nik Amar, Takiyuddin, Apendi, Anuar Tan, Wan Abdul Rahim dan lain-lain lagi jelas menunjukkan bahawa sebenarnya para perwakilan seluruh negara termasuk perwakilan dari tanah serendah sekebun bunga sendiri gagal memberikan sokongan padu kepada calon mereka. Kenapa ini berlaku? Jawapannya banyak... cuma rata-rata sama ada ahli PAS mahupun pemerhati melihat bahawa PAS sedang dilanda badi Sheikh Anwar Al Juburi seperti yang penulis coret kan dalam posting terdahulu.

Kekeramatan yang didakwa dimiliki oleh Mursyidul Amnya telah dirobek dan di tenggelam kan oleh perwakilan tanpa rasa silu. Mereka sebenarnya mendapat 'signal' dari pemuda PAS Kelantan sendiri yang dari awal telah meletakkan Nik Abduh didalam tong sampah kerana dilihat Nik Abduh begitu lantang membuka pekong Husam si Klon Anwar memegang Joy Stick pemerintahan Kerajaan Negeri Bapanya. Tak heran kalau Husam pulak disepak terajang dan di telanjangkan di dalam pemilihan baru-baru ini.

PAS yang semakin lemah berpecah ekoran pergeseran Presiden dan Mursyidul Am yang semakin parah, terus lemas dan tidak bermaya hinga terkubur tanpa nesan satu masa nanti tentu akan menjadi sejarah. Dan ini bermula dari adanya agen atau klon Anwar yang begitu taksub ingin menguasai parti. Husam lah yang punya angkara, Husam lah penyebab bencana.

Tapi UMNO peduli apa! UMNO tak peduli pon! Apa yang UMNO peduli ialah riak-riak kejatuhan PAS sudah wujud dan bermula, dan ianya bermula dari negeri Che Siti Wan Kembang sendiri. InsyaAllah ianya boleh bermula di Manik Urai. Rakyat di Manik Urai khususnya sudah jelak dan muak dengan politik taksub membabi buta sedangkan keperluan hidup mereka telah terabai sekian lama tanpa mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Apa yang pengundi Manik Urai mahukan ialah wakil rakyat yang benar-benar mampu bekerja dan membela nasib mereka. Mereka dahagakan pembangunan, mereka laparkan kemajuan, Mereka mahukan wakil rakyat yang kurang bercakap bikinnya banyak, angguknya sekuat keyakinannya untuk bekerja dan membela rakyat jelata, gelengnya amanah dengan penuh sabar serta sentiasa bersama rakyat dikala suka dan duka. Wakil rakyat yang menjadi pohon yang rendang tempat rakyat berteduh dan menjadi penyuluh untuk menerangi mereka.

Sebenarnya mereka tiada pilihan, PAS sudah cukup mereka rasakan, takkan boleh selesai dengan cukup pakai dan makan, mana kemajuan? mana pembangunan? Hanya UMNO dan BN sebagai pilihan, sebagai jalan keluar menyuluh menerangkan dari pekat kegelapan.

Mari Adik Kakok...Pakat Pangkah BN!
Dari Rakyat Untuk Rakyat...Hidup UMNO!

Ahad, 7 Jun 2009

Anwar....TERSUNGKUR....Dulu, Kini & Selamanya...


PAS pecah membarah...Anwar rebah & gundah...PR semakin cacamarba...
Melihat kepada keputusan yang dibuat oleh perwakilan PAS di dalam muktamar nya semalam jelas menunjukkan bahawa akar umbi PAS tetap menolak Anwar mahupun unsur nya untuk bertapak dan mendominasi parti. Selain dari itu dilihat juga bahawa PAS sekarang ini sedang berdepan dengan perpecahan ketara antara pasukan Presiden dan Murshidul Am.

Seakan tidak boleh disembunyikan lagi apabila Nik Aziz dengan jelas dan keras menolak seruan Presiden Parti PAS haji Hadi yang mahukan kerajaan Perpaduan diwujudkan. Perselisihan pandangan dan pendapat ini disemarakkan lagi dikalangan pemimpin serta para perwakilan yang sedang bermuktamar di Shah Alam kini. Ianya menjadi delima yang hangat diperbualkan oleh ahli mereka yang menyaksikan dari jauh muktamar kali ke 55 ini berlangsung.

Agaknya apa yang sedang membadai dan membadi parti PAS kini? Hinggakan parti yang sebelum ini begitu sunyi dari gosip dan permasalahan, begitu cekap menutup segala kelemahan dan pekong parti atas nama jihad yang jahat. Parti yang tebal dengan semangat ulama dalam semak hingga siapa jua walau guan eng yang baru keluar penjara pon boleh dipekikkan dengan laungan TAKBIR! Parti yang merasa diri lebih beragama hingga menghalalkan apa jua tindakan mereka seperti jaminan syurga dan berkawan dengan syaitan selain mengkafirkan mereka yang tidak sehaluan dengan mereka. Parti yang begitu menyanjungi ulama mereka selama ini tidak akan berani menentang dan melawan walaupun alasan berat sebelah dan pelbagai lagi.

PAS yang sedang retak menanti belah ini sebenarnya telah terkena badi Sheikh Anwar Al Juburi dek kerana mazhab ulama besar ini sedang membelit sebahagian besar pemimpin mereka dan seterusnya mengeluarkan racun yang berbisa merosak perpaduan, menggoyah keyakinan dan menyebar permusuhan. Maka berlaku lah seperti mana yang berlaku kini.

Mujur klon Anwar ini ditolak dan menyebabkan penyokong dan pendokong asal parti menarik nafas lega. Namun kerosakan telah berlaku. Najisnya tetap terpalit kepada parti dan sedang membusuk dikalangan ahli. Presiden PAS perlu membersihkan parti seperti mana yang di ucapkan dalam perasmian beliau.

Bagi UMNO, sekiranya PAS masih waras dan berlapang dada untuk membincangkan masaalah bangsa melayu dan agama tanpa sebarang syarat ianya amat di alu-alukan. UMNO tidak sekali-kali akan mencampuri urusan dalaman PAS. Bagi UMNO perwakilan PAS telah membuat keputusan untuk kekal dengan kepimpinan ulama dan menolak sebarang campur tangan dan wajah baru yang cuba dibawa ke dalam parti itu. Perwakilan PAS menolak unsur politik kepentingan diri, tamak, kotor, tidak bermoral, menolak ulama dan memecah belah perpaduan. Itu hak mereka dan UMNO tak peduli pon...

Bagi Anwar pula tersungkur dalam politik adalah sepak terajang berpolitik walaupun ianya bermula dulu, kini dan selamanya...
Semoga terus tersungkur Anwar!!!

Sabtu, 6 Jun 2009

UMNO Berubah...? Bahagian 2


Dalam Perlembagaan UMNO mengikut Fasal 3 Asas Dan Tujuan - Fasal 3.4 'Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya'

Boleh dirumuskan kepada 2 perkara asas iaitu mempertahan dan memperjuangkan KUASA melayu dan bumiputera dan memperjuang hak dan TARAF HIDUP & EKONOMI melayu dan bumiputera disamping bangsa lain juga turut sama terpelihara dan terjamin.

Tetapi apa yang menyebabkan UMNO dilihat tidak membela nasib bangsa? Apa yang menyebabkan UMNO dilihat gagal memperjuangkan hak dan kepentingan melayu? UMNO dilihat tidak lagi bergerak dan bertindak demi kelangsungan dan survival bangsa. Itu sebab kehendak dan desakan ahli yang mahukan semangat parti menguasai kerajaan tidak terzahir dan diamalkan.

Apa jua usul dari peringkat cawangan yang dibawa ke bahagian, kemudian di hantar ke pusat selain setiap tahun ada konvention UMNO negeri-negeri yang mengusulkan apa jua agenda di samping saban tahun menyembur air liur juru cakap parti dari negeri-negeri membahaskan apa jua perkara dibawah langit ini di dewan merdeka PWTC sekali lagi ianya dibakul sampahkan oleh mereka di peringkat MT dan Ibu pejabat. Kalau ada masa cuba buka video dan tape ucapan perwakilan setiap tahun dan buat kajian apakah ada tindakan yang di ambil...?

Yang jelas UMNO tidak lagi menguasai kerajaan, walhal PM, TPM dan anggota kabinet terdiri dari mereka yang menduduki MT sama ada dipilih atau dilantik atas dasar kawan dan kepercayaan. Sedangkan anggota komponen yang lain tidak segan dan silu terus menerus bercakap dan meminta sesuatu yang jelas berkepentingan bangsa mereka dan kadang-kadang menyinggung perasaan UMNO dan melayu.

Apa tindakan kepada pemimpin MIC yang jelas menyokong pertubuhan haram hindraf? Meminta kerajaan memutuskan hubungan dengan kerajaan Sri Lanka yang mengharamkan pertubuhan ganas LTTE? Melabelkan akhbar Utusan sebagai rasis sedangkan Timbalan Menteri mereka lah yang pernah dulu di gantung di Parlimen kerana menimbulkan semangat perkauman yang melampau. Mengangkat penjenayah yang terbunuh sebagai hero hingga mencetuskan rasa tidak tenteram di kalangan rakyat dan mencetuskan huru hara seperti yang berlaku di Kampung Medan. Apa tindakan kerajaan ? Apa tindakan Pemimpin UMNO? Apa tindakan pemimpin melayu sebenarnya?

Pemimpin melayu dilihat lemah dan lembik walaupun sebagai menteri dalam negeri yang cuba dikeraskan kerana jelas kebiadapan tahanan ISA yang tidak mahu bersetuju dan akur dengan syarat pembebasan yang dibuat keatasnya hanya diberikan amaran demi amaran.

Apa pula tindakan yang perlu diambil keatas MCA melalui wartawan dan akhbar mereka STAR yang jelas membawa sentimen perkauman apabila teguran TPM ketas Utusan diputar belitkan seakan-akan Utusan membawa semangat perkauman walhal Utusan hanya mendedahkan teks sejarah yang di ucapkan oleh wakil mereka yang begitu memahami dan menghormati sejarah serta mempunyai semangat hormat dan toleransi yang tinggi kepada bangsa asal tanah bertuah ini.

Apa pula tindakan bagi menyejukkan hati dan perasaan ahli dan orang melayu yang rasa terhina dek mainan STAR yang mengulas, menyokong dan mempromosi buku 13 Mei yang dibangunkan oleh DAP? Membesarkan isu penentangan rakyat terhadap dasar DEB yang telah berjaya menyatukan bangsa dan membangunkan negara walaupun hasilnya lebih berpihak kepada bangsa lain sementara orang melayu masih GAGAL dalam mencapai matlamat penubuhannya.

Masaalah merit dan biasiswa? Kemasukkan ke Universiti? Isu bahasa tidak lagi dilihat menjadi asas perjuangan pemimpin-pemimpin UMNO sedangkan ianya merupakan asas dan tujuan penubuhan UMNO seperti yang tertulis didalam fasal 3.5. Isu PPSMI telah meletakkan UMNO lari jauh dari hati dan sanubari orang melayu baik ahli terbanyak mahupun orang melayu yang menjadi pengundi UMNO tetapi tidak menjadi ahli. Mereka menyokong UMNO kerana yakin UMNO sahaja parti dan wadah yang boleh, mampu dan terbukti menjadi dahan berteduh bangsa demi menjaga hak keistimewaannya. kalau pemimpin UMNO hari ini boleh membuktikan yang mereka juga merupakan pejuang bahasa maka ramai orang melayu yang selama ini menjeruk rasa akan berdiri teguh dan subur menyokong kembali perjuangan suci ini.

Masaalah Agama dimana keputusan kabinet yang menyerahkan hak beragama anak mengikut agama asal mereka baru-baru ini jelas tidak dapat diterima oleh sebahagian besar ahli UMNO dan orang melayu keseluruhannya. Masaalah penggunaan kalimah suci didalam pengembangan agama Kristian juga perlu serius ditangani dengan berani dan bijaksana. Kerajaan terutama pemimpin melayu dan UMNO mesti bertindak mempertahan dan bukannya mengikut telunjuk, takut dan mengambil sikap populis. Isu agama bukannya isu yang boleh dikompromi...

Isu Liberalisasi dan penghapusan MECD masih lagi tidak jelas kebawah dan masih lagi menjadi bahan momokan politik di kedai-kedai kopi. Ianya masih menjadi bahan ucapan penangguhan yang dibawakan oleh perwakilan cawangan hari ini. Isu ini juga menambah beban ahli dan pengikut dibawah untuk berbahas dengan kenalan mereka di kampung-kampung yang mewakili pembangkang. Buat lah ahli dibawah berdiri tengkuk dan dada terbuka apabila berdebat kerana pemimpin diatas sentiasa memahami dan melaksana sesuatu yang diterima oleh semua baik ahli, orang melayu dan seluruh rakyat.

UMNO iaitu pemimpin perlu kembali kepada asas perjuangan parti, ahli UMNO mahukan pemimpin yang tinggi semangat bangsanya, tulen asas perjuangannya, berani atas tindakannya serta bijaksana atas keputusannya. Pemimpin UMNO mesti dulu berubah!!! Cakap serupa bikin...bikin serupa cakap lah... Hanya dengan perubahan yang pemimpin lakukan maka ahli akan mendapat suntikan semangat yang tinggi saterusnya bergerak dihadapan untuk lebih dulu mendepani rakyat dan masyarakat. Buat mereka bangga dan sentiasa kedepan bukannya lari menyorok atau diam seribu bahasa dan menggeleng kepala. Bukan sahaja gagal untuk berhujah dan mempertahan malah mereka pulak yang menyokong dakyah yang dibawa.

Pemimpin UMNO perlu mengUMNOkan diri mereka, anak isteri dan keluarga mereka kerana hari ini ahli dan rakyat nampak, dengar dan memerhati akan apa jua yang berlaku. Kebanyakkan ahli hanya mendiamkan diri dan berbisik sesama mereka, paling kuat adalah yang menjerit didalam setiap perjumpaan parti yang diadakan. Atas nama perjuangan parti maka ahli terpaksa lah juga berdepan dengan rakyat dengan berhujah bagi mengatasi isu yang dibangkitkan. Sedangkan ada isu yang dipertahankan ditengah masyarakat gagal dipertahan kan di dalam hati dan sanubari mereka sendiri... Kenapa? Tepuk dada tanya hati...

UMNO jelas tetap di haluannya hanya pemimpin perlu kembali kehaluan asal parti kerana ahli dan rakyat jelas tetap kukuh dan utuh berada di dalamnya.

Sendiri mau ingat!!!

Khamis, 4 Jun 2009

UMNO...berubah? bahagian 1


Bila Ahli nak dengar? Bila Ahli nak sampaikan masaalah? Bila Ahli nak menyumbang saran dan pandangan? Itu lah yang diluahkan oleh kebanyakkan ahli marhaien UMNO di peringkat cawangan kerana mereka tidak dapat bertemu dan berdialog dengan pemimpin tertinggi peringkat Bahagian apabila persidangan UMNO Cawangan-Cawangan dirasmikan secara berkelompok.

Semacam ada trend dan semakin menjadi-jadi hari ini apabila perasmian berkelompok dilakukan di kebanyakkan UMNO Bahagian, Ianya berpunca dari pemimpin tertinggi baik Presiden, Timbalan dan Majlis Tertinggi seterusnya Pengerusi Perhubungan UMNO negeri-negeri.

Alasannya ialah pemimpin 'besar' tu tak da masa, banyak kerja, terikat dengan jadual kerja sebagai Pemimpin Kerajaan maka kerja-kerja parti boleh dijamakkan...senang, pemimpin senang, JK Bahagian senang, SU Bahagian senang seterusnya Ketua Cawangan senang kerana tak payah berkenduri untuk menyambut pemimpin bahagian dalam mesyuarat agung cawangan.

Bila dah rasmi kelompok maka terpulang lah kepada cawangan untuk melaksanakan mesyuaratnya mengikut masa dan 'lapang' Ketua Cawangan masing-masing. Apabila perasmian secara berkelompok berlangsung yang datang selain pemimpin tertinggi Bahagian tentu lah wakil cawangan yang terdiri dari Ketua Cawangan, Pemuda, Wanita dan Puteri manakala ahli biasa yang nak hadir boleh hadir tapi tentulah tak semua ahli yang dapat hadir.

Soalnya mereka jugalah orang yang akan hadir dalam mesyuarat Agung Bahagian itu nanti. Jadi bila sebenarnya ahli dibawah dapat mendengar secara langsung akan pelbagai hujah bagi menangani isu-isu semasa dan mendapat penjelasan berkenaan arah tuju parti? Memanglah Ketua Bahagian tak kan dapat pergi ke semua cawangan-cawangan dalam tempoh tak sampai 2 bulan tapi jentera di peringkat Bahagian tentunya boleh bertemu dan mengupas isu mengikut amanat yang nak disampaikan oleh Ketua Bahagian tadi. Selalunya bila Ketua Bahagian turun ke cawangan ada lah gula-gula untuk cawangan tu dapat...itu yang berkenduri tu...

UMNO kena ubah cara ni... Ketua Bahagian perlu kembali kepada tugas hakiki berparti dengan mendampingi dan turun ke gelanggang bukan turun padang (kata sang kelembai), dan turun ke gelanggang untuk merasmikan mesyuarat cawangan merupakan tugas ahli parti dan kesempatan untuk bertemu dengan ahli. Ini Ketua Bahagian yang tak de apa-apa jawatan pun buat perasmian kelompok.. apa nak jadi ni..? Dah Ketua Bahagian borek...AJK pun rintik lah..

Dalam suasana mesyuarat cawangan-cawangan sekarang sebenarnya pemimpin berpeluang untuk menyahut seruan UMNO berubah terutama membicarakan isu pemilihan yang akan digubal pada bulan 10 akan datang. Ini masa untuk mempastikan UMNO berubah dari dalam dan bermula dari pemimpin dari yang paling atas hinggalah peringkat cawangan. UMNO tak perlu kan orang luar untuk mengubahnya.

Cuma dah turun ke bawah tu bukan sahaja dengar dan ambil maklum akan pandangan dan keluhan ahli malah yang penting 'tindakan' dalam setiap isu dan permasalahan agar kita dilihat pemimpin yang cekap dan cepat menghidu dan menyelesaikan masaalah rakyat, jangan lah pemimpin pulak dilihat bermasaalah dan menunggu ahli dan rakyat untuk 'menyelesaikannya'

Sendiri mau ingat...

Rabu, 3 Jun 2009

Cina!!! India!!!...Ini Masa Pijak, Desak & Mintak...!



Ini masanya...Ini ketikanya... Ini lah waktu yang sesuai untuk meruntuhkan segala topeng yang menyaluti muka dan badan selama ini. Ini lah kesempatannya untuk memeras dan menuntut atas nama hak dan kebebasan serta hak kewarganegaraan yang kamu miliki. Kerana Apa? Kerana Sekarang lah Melayu lemah, dayus, bacul dan tidak bermaya dan berharga...


Walaupun masih ada cina dan india yang begitu menghormati dan memahami akan sifat baik, sifat tolak ansur dan berbudaya tingginya bangsa melayu akan tetapi kebanyakkannya terutama generasi muda yang lahir lepas merdeka sudah semakin biadap, berani dan secara terbuka mengkritik, menghina malah menentang peradaban mulia yang diwarisi, Kemuliaan Institusi, Hak bangsa dominan dan tuan kepada watan ini.. kerana apa? kerana KUASA POLITIK Melayu menguncup..Kuasa Politik mereka mengembang.


DAP yang terkenal dengan semangat cauvinis tidak pernah lekang dan kendur untuk meraih sokongan politik bangsa cina dengan terus memalu api perkauman dengan meletakkan UMNO dan Kerajaan bersifat perkauman sempit dan hanya mengutamakan satu kaum.


Hindraf yang Haram Jadah kedudukannya didalam undang-undang dan moralnya terus di Halal kan akan gerakkan songsang dan dibiarkan bebas serta hidup walaupun penghapusan etnik dikatakan berlaku untuk terus memainkan sentimen sempit dan jahat kepada bangsa india walaupun pengasas dan bapanya dah mati terkubur di Sri Lanka.


PKR yang didalangi dan di terajui oleh pengkhianat bangsa dan petualang negara terus mendapat tempat dan perhatian oleh ketiga-tiga bangsa besar di dalam negara atas semangat kebersamaan dan kesamarataan. Melayu-melayu yang tergolong dengan pelbagai latar belakang terus merelakan diri mereka di lacurkan depan dan belakang bagi mempastikan kuasa bangsa yang mereka menumpang hidup dan berjaya hancur dan binasa.


Malah dikalangan komponen BN pun dilihat terkadang lebih cauvinis dan sinis dalam memperjuangkan hak bangsa mereka. Desak tubuh JAKAM, Pemberian Biasiswa yang sama rata, Sokong Hindraf, Sekolah Bantuan Modal, Universiti dan Pengajian Tinggi Swasta yang dipelopori oleh mereka. Sementara bagi taukeh-taukeh mereka yang gagal menyediakan surau dalam sesuatu taman perumahan yang dibangunkan tidak pula dibicarakan. taukeh Babi lah katakan..


Kebanyakkan Shopping-shopping Mall kalau menyediakan surau pun sempit dan terkadang terletak di tepi tandas, Hak pekerja wanita muslim untuk bekerja dengan memakai tudung di ketepikan, Isu penguasaan bahasa mandarin dalam iklan pekerjaan sementara peluang kerja di sektor awam ditolak terutama dalam sektor pertahanan kerana tugas menjaga keselamatan dan keamanan bukan urusan mereka, urusan mereka ialah mengaut seberapa banyak untung dan hidup senang lenang. Penternakkan Babi, Penggunaan Kalimah suci dalam kitab dan majalah terbitan mereka, papan tanda jalan dan banyak lagi kalau hendak dinyatakan akan memenuhi ruang penulisan ini.


Tetapi apa agaknya respond sebenar dari bangsa melayu, Orang melayu yang telah memberikan nafas dan nyawa agar dapat bangsa kuli dan hamba yang mendatang dari negara mereka tiba-tiba lebih 90% mendapat hak yang sama seperti bangsa peribumi apabila merdeka dicapai.


Melayu tak kisah sebenarnya... kerana kebanyakkan melayu dah berjaya.

Melayu tak kisah sebenarnya... kerana kebanyakkan melayu dah berpelajaran tinggi.

Melayu tak kisah sebenarnya... kerana kebanyakkan melayu dah ada duit banyak untuk hidup anak cucu mereka sekeluarga.

Melayu tak kisah sebenarnya... kerana kebanyakkan melayu dah tidak lagi mengamalkan budaya bangsa mereka sendiri.

Melayu tak kisah sebenarnya... kerana kebanyakkan melayu dah tidak lagi menuturkan bahasa warisan nenek moyang mereka.

Melayu tak kisah sebenarnya... kerana kebanyakkan melayu dah tidak ada semangat juang dan sikap sayang kepada bangsa, agama dan negara.

Melayu tak kisah sebenarnya... kerana kebanyakkan melayu dah tidak lagi memikirkan nasib generasi melayu akan datang atas keterbukaan dan cabaran dunia semasa.


Jadi apa yang dikisahkan? Apa yang di gusarkan? bagi cina dan india tindakan mereka betul dan wajar kerana mereka diberikan ruang dan peluang yang seluas-luasnya oleh mereka yang bernama dan berbangsa melayu zahirnya tetapi hati, akal dan budinya saling tak tumpah dengan si kitol dan mandaliar yang kedua-duanya jelas di dalam sejarah ialah MELAYU....


Betul ker???