Petikan dari blog sahabat semasa terkini : citra-bangsa.blogspot.com
KUALA LUMPUR (19 September 2010) : Tan Sri Muhammad Muhd Taib tiba-tiba muncul, bersuara dan suaranya masih ‘merdu’ hingga menusuk kalbu.
Tapi, ini bagi mereka yang terbuka mindanya, lapang dadanya, pasti akan dapat menerima kata-kata bekas Naib Presiden Umno selama tiga penggal berturut-turut – yang penuh dengan pengalaman dan pengajaran.
Sunday Star melaporkan Mat Tyson (Mike Tyson) breaks his silence. SHAH ALAM : Former Umno information chief Tan Sri Muhammad Muhd Taib, who has reportedly distanced himself from major party and government functions for over a year, has broken his silence over the matter.
Dismissing allegations that he was sulking or disappointed for not being given any key post in either Umno or the government he said: “I am observing (the political developments),”
Speaking to the reporters who caught up with the former minister at his Aidilfitri open house here last night, he added: “I am resting more now.”
“Muhammad, nick name “Mat Tyson” by friend s and foes because of his well-cropped hair and forcefull political style, his currently the Kelana Jaya Umno division head.
He was the rural and regional development minister from March 2008 to April 2009.(BERNAMA).
Sementara itu, Mingguan Malaysia memilih tajuk Muhammad sedang berehat bukan ‘merajuk’ turut melaporkan; Setelah lebih dua tahun mendiamkan diri, bekas Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib tampil menafikan spekulasi bahawa beliau ‘merajuk’ dengan kepimpinan Umno dan mahu bersara daripada arena politik.
Mengenali Muhammad yang mesra dengan orang ramai, tegas dengan gaya kepimpinan, berani berdepan dengan cabaran dan pantas membuat keputusan, sikapnya ini sudah tidak ada lagi di kalangan pemimpin Umno dan kerajaan sekarang.
“Musim kalah, pemimpin kena agihkan tugas dan kuasa. Tanggungjawab berjumpa dan membantu rakyat sepatutnya diagih-agihkan. Ketua cawangan diberikan peranan. Ketua kampong, ketua masyarakat dan mereka yang berada di bawah sepatutnya diberikan tugas dengan bantuan mereka yang di atas.
“Ini musim kalah. Ini musim pemimpin tidak laku lagi. Ini musim pemimpin ditolak rakyat di bawah. Maka, pemimpin di atas janganlah perasan mereka berada di zaman mereka kuat, dizaman mereka menang dan di zaman mereka disukai rakyat,” kata seorang naib ketua Umno bahagian yang mentafsirkan kata-kata Muhammad dalam media hari ini.
Menurutnya, pemimpin kena beri peruntukan. Pemimpin kena curah bantuan. Pemimpin kena sokong ketua-ketua cawangan, ketua-ketua masyarakat dan ketua-ketua kampong menghulurkan pelbagai bantuan kepada rakyat.
Sambil membidas sikap sesetengah pemimpin yang masih lagi seronok dengan gaya masing-masing, tetapi tidak sedar rakyat sudah meluat menyebabkan parti ditolak dalam pilihan raya.
“Bantulah ketua-ketua cawangan untuk berkhidmat. Beri mereka sokongan dalam apa bentuk sekalipun agar sampai ke sasaran. Orang miskin, orang susah dan orang yang perlu dibantu mestilah dibantu tetapi bukan menteri dan timbalan menteri yang melakukan tugas ini. Serahkan kepada pemimpin di peringkat cawangan dan pemimpin di kalangan masyarat,” sambungnya.
Betul seperti kata Muhammad, tiada sebab beliau perlu merajuk hanya kerana tidak mempunyai sebarang jawatan dalam Kabinet mahupun dalam Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor selain tewas dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden.
“Tak ada apa yang kecewa. Kita (saya) tidak ada pegang apa-apa jawatan, (maka) kita jadi orang biasalah. Tengok keluarga dan bagi budak-budak makan ubat,” katanya dalam nada berseloroh.
Muhammad yang berkecimpung dalam politik selama 40 tahun merupakan bekas Menteri Besar Selangor yang cukup terkenal dan merupakan seorang pemimpin yang teruji kemampuannya.
Beliau mendapat kerjasama yang baik dari timbalannya, Datuk Yahya Bujang untuk menjalankan tugas sebagai ketua bahagian di Bahagian Kelana Jaya walaupun ada pihak cuba mendesak Muhammad menyatakan pendiriannya sama ada masih berminat atau tidak mengekalkan kedudukan sebagai ketua bahagian.
Bagaimana pun Yahya sudah mengeluarkan kenyataan bahawa Umno Bahagian Kelana Jaya tidak menghadapi apa-apa masalah di bawah pimpinannya bagi meneruskan tugas yang diamanahkan oleh Muhammad kepadannya.
Malahan, Umno Kelana Jaya merupakan salah satu Umno bahagian yang paling tenang jika dibandingkan dengan bahagian-bahagian lain tetapi, ada pihak-pihak tertentu yang merasa risau selagi Muhammad masih mahu mengekalkan kedudukannya sebagai ketua bahagian.
Muhammad turut menyentuh ura-ura pihak tertentu yang cuba menonjolkan nama seseorang untuk menerajui Umno Selangor yang tidak berada di dalam hirerki Umno negeri.
“Perpecahan akan berlaku jika usaha ini diteruskan,” katanya sambil mahukan semua ahli-ahli parti memberi sokongan kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor dan Datuk Seri Noh Omar sebagai timbalannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan