RTM tak bantu kedaulatan Bahasa Melayu
Oleh Zakaria Bidin
Angkasapuri merupakan pusat penyebaran rasmi kerajaan yang unggul pada mata rakyat Malaysia khususnya di luar bandar melalui siaran TV1nya. Tetapi tidak pula ia dihindarkan oleh rakyat bandar yang turut menyaksikan perkembangannya sejak dari zaman hitam putih lagi.
Hari ini, dalam zaman bergerak pantas, TV1, RTM agak ketara apabila ada orang bandar yang melihatnya masih tidak sampai maksud penyebaran bagi seluruh rakyat dalam mempertahankan bahasa dan bangsa Melayu amnya.
Sebagai contoh, TV1 mempunyai satu program yang digemari ramai seperti Selamat Pagi Malaysia (SPM) di mana pelbagai tajuk menarik dibincangkan. Ia diminati oleh segenap lapisan masyarakat. Tetapi dalam pada itu, ketelanjurannya semakin ketara apabila kepentingan Bahasa Melayu tidak menjadi pegangan utama.
Tetamu yang dijemput ke studio tidak dihadkan yang boleh berturur Bahasa Melayu dengan lancar telah menyebabkan dengan sewenangnya tetamu dibenarkan bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Bagi mereka di bandar, mungkin tidak jadi masalah besar memahaminya. Tetapi bagaimana dengan penerimaan penduduk kampong yang belum sempat mempelajari Bahasa Inggeris mahu memahaminya? Tidakkah penerbit rancangan itu terfikir bahawa saluran satu itu adalah untuk semua dan Bahasa Melayu hendaklah dipertahankan?
Malah pengacara atau pengerusi forum SPM itu sendiri terbawa-bawa menggunakan Bahasa Inggeris sebagai perkataan celahan bagi menghiasi penuturannya yang menjadikan Bahasa Melayu kita jadi canggung.
Tidak salah kalau semua ini perlu dipertanggungjawabkan oleh menteri penerangan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim. Atau apakah menteri berkenaan tidak pernah tonton TV1 atau memang beliau yang arah supaya TV1 bebas menggunakan Bahasa Inggeris supaya ia dilihat lebih educated di mata beliau?
Sudah terlanjur mengata terang-terang di sini, TV1, saluran TV swasta pun turut sama mengagung-agungkan filem atau drama dari negara luar terutama dari Indonesia dan Philipina seolah-olah negara kita terlalu ketandusan penerbit drama.
Kadang-kadang, tidak kiralah di saluran mana pun, TV kita juga menayang cerita mengarut-ngarut dan terlalu menghayalkan walaupun cerita-cerita mengarut itu tetap ditonton oleh rakyat Malaysia. Apakah kerana ia murah sangat hingga melupakan moral penerimaan penonton kita juga turut mahu dimurahkan?
Ada kawan memberitahu saya bila beliau berada depan TV, beliau merasakan seperti berada di Jakarta atau di Padang pula. Maksudnya kepada TV1. Komen beliau seterusnya, beliau pun pernah dengar Rais Yatim bercakap secara berdepan. Katanya, bahasa yang digunakan Rais pun lebih menyondong kepada Bahasa Indonesia.
Kononnya, bahasa yang digunakan ialah Bahasa Baku yang sudah lama berkubur apabila rakyat Malaysia tidak begitu gemar dengan telonya Bahasa Baku yang akhirnya menjadi bahasa ejekan semata-mata.
Sudahlah negara kita ini penuh dengan rakyat Indonesia di mana ceruk rantau, ditambah pula dengan perangai menteri penerangan yang bersikap condong ke belah Indonesia. Maka tidak syaklah kita sudah tersalah bawa yang bermula dari tersalah pilih menteri untuk menerajui RTM dan Multimedia di negara kita.
Seorang peminat facebook menjawab tajuk perbualan menyebut: "Setuju. Mak saya lepas solat zohor sampai asar dok depan TV tengok cerita Indon. Cucunya nangis ke, jatuh tangga ke, jatuh buai ke, dia tetap di depan TV tengok cerita indon. Lepas asar pulak citer Filipina. Pukul 6.00 baru dia lapang sikit dan dengar rintihan cucu-cucunye. Hmmm macam mana nak buat.. dia orang ni betul-betul cakap tak serupa bikin kan... "
Seorang kawan dari media cetak perdana pun komen juga tentang Rais Yatim yang sekarang ini sibuk betul memberi notebook percuma kepada orang ramai yang mana notebook itulah nanti akan memakan tuan sedangkan dia juga ada hati mahu tutup ruangan facebook yang mungkin banyak menghentam dirinya.
Walau sayang mana pun Perdana Menteri terhadap Rais Yatim, biarlah beliau duduk di kementerian lain. Di Angkasapuri itu bukan tempat sesuai untuk beliau. Sepatah kata kawan lain, lagi lama Rais di situ, lagi rosaklah minda rakyat dengan cara dia memandu RTM guna sistem lepas tangan.
Ada Setengah sahabat kata RTM membawa maksud Rehat, Tidur Makan! Ada pula yang kata RTM membawa maksud khusus kepada Menterinya sekarang iaitu Rais Takut Maznah!
Apapun kedua duanya memperkatakan tentang Menteri yang di pertanggungjawabkan untuk mempastikan jentera di Kementerian dan Jabatan itu berjalan baik dan berkesan serta sinis menyindir akan warga kerja nya yang tidak keluar dari kepompong lama yang beku, jumud dan tidak peka kepada persekitarannya....
Maka tak heran lah kalau artikel diatas panjang lebar menyuarakan rasa tidak puas hati kepada RTM dan Menterinya...Rais Yatim...
Beberapa bulan lepas Rais dengan KSU nya si Kamarudin Siaraf dengan bangganya menyatakan bahawa akan memberi 1 Juta komputer kepada rakyat khusunya rakyat miskin di luar bandar. Apa khabar nya sekarang ni? dah ke diberi kesemua sejuta komputer tu? Siapa pula yang dapat? kalau masih dalam proses pemberian...siapa sebenarnya yang layak? Siapa yang memberi justifikasi bahawa sipolan layak dan sipolan tak layak?
Dalam banyak perbincangan penulis dengan rakan rakan yang masih mencari untung ruginya usaha ini, yang pasti sudah ada orang yang mengambil untung dari kerja ini kerana berjaya 'supply' 1 Juta komputer...itu kena tanya Rais atau Kamarudin siapa yang untung? sebab 2 orang ni yang 'berkuasa' didalam Kementerian tu..
Namun apa yang ditakuti ialah ianya menjadi usaha Rais dan Kamarudin untuk membantu pembangkang apabila menjadi pelengkap kepada misi pembangkang untuk menyalurkan fitnah dan pembohongan melalui internet.
Ini kerana tidak pula diberitahu bahawa usaha ini akan disokong dengan penyaluran maklumat dan pembinaan jati diri agar konsep 1Malaysia yang digagaskan oleh YAB PM akan dapat lebih difahami dan dihayati dengan adanya usaha pemberian komputer ini kepada sejuta rakyat yang layak menerimanya.
Apakah ada data dan maklumat yang lengkap untuk mempastikan penerima komputer ini akan menjadi rakyat yang benar benar perlu dan menghargai pemberian komputer ini yang akhirnya digunakan untuk diri dan keluarga dalam semangat untuk mempertahankan kerajaan dan negara.
Atau ianya hanya menjadi pelengkap kepada usaha membentuk dan menyediakan jentera pembangkang menyampaikan dakyah jahat dan fitnah yang tidak berasas untuk menjatuhkan kerajaan semata mata!
Seharusnya Rais Yatim, Kamarudin Siaraf dan pihak Kementerian telah mempunyai organisasi lengkap disegenap lapisan masyarakat dan setiap ceruk daerah disetiap negeri untuk mempastikan penerima komputer ini akan lebih menghargai usaha murni Kerajaan Barisan Nasional ini untuk menjadikan rakyat celik IT dan komputer...seperti membariskan setiap bloggers yang ada didalam negara menjadi pemantau kepada setiap penerima komputer tersebut.
Penerima penerima komputer ini mesti menjadi 'followers' kepada blog atau facebook atau twitter kepada bloggers2 yang ramai diseluruh negara untuk menjadi pengimbang kepada mereka dalam menerima ledakan dan amukan baru di media maya yang sememangnya sengit dan perit kini....
Lu Fikir La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan