Isnin, 4 Oktober 2010

Rokok Naik 70 Sen...Sekotak RM 10.00



Kementerian Kewangan sudah mengesahkan bahawa harga rokok bagi pek 20 batang naik 70 sen berkuatkuasa hari ini yang menjadikannya bernilai RM 10 setiap kotak.

Keterangan lanjut boleh baca disini
Rasanya ramailah perokok tegar yang menyandar dengan harga baru ni...pun begitu rasanya penghisap penghisap rokok yang selama ini menjadi pembayar cukai yang baik kepada kerajaan tidak menghadapi masaalah dengan kenaikan harga rokok ni...sebab? dah ada modal 9.30 sebelum ni tambah 70 sen lagi pun bukannya rasa sangat...kata seorang sahabat sambil mengunyah roti cani pagi ini.

Bagi yang terus menyandar pulak rasanya ini mungkin masa terbaik untuk mengurangkan merokok dan seterusnya boleh berhenti dari menghisapnya...Ada jugak yang memang dah berhenti membeli tapi masih aktif menghisap...kira kaki pangkah la tu...

Apapun Kerajaan kena tegas dan penguatkuasaan mesti dipertingkatkan lagi keupayaan mereka kerana setakat ini rokok seludup yang berada dipasaran sudah sebanyak 38% dan ini pasti meningkat dengan kenaikan harga rokok dari pasaran.

Penyeludupan yang tinggi tidak membantu kerajaan dalam usaha untuk menambah hasil kerana wang tersebut tidak mengalir masuk ke kocek kerajaan akhirnya matlamat untuk menambah hasil dengan mengenakan cukai yang tinggi akhirnya tidak kesampaian...

Siapa pulak yang untung? tentulah penyeludup! dan dikuatiri antara penyeludup yang mengambil untung tu terdiri dari penguatkuasa penguatkuasa yang sepatutnya membenteras mereka!!! Siapa tahu?

Jangan salahkan perokok yang membeli rokok murah dalam pasaran...kerana bagi perokok, ada antara mereka yang sudah bertahun tahun memang hisap rokok seludup...sebab? kerajaan naikkan harga rokok dalam pasaran!!! pi mai pi mai... tang tu jugak!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan