Jumaat, 1 Oktober 2010

Bajet 2011...Pembangkang Tetap Berniat Jahat!!!


Hari ini bulan baru...pejam celik dah masuk bulan Oktober, bulan 10 maknanya lagi 2 bulan menuju ke tahun baru 2011. Kalau mengikut kalendar politik tahun 2011 adalah tahun wajib bagi mengadakan pilihan raya negeri bagi negeri Sarawak. Bukan itu yang penulis nak kupas, kerana PR Sarawak akan hanya berlaku apabila sekembalinya Taib Mahmood dari mengerjakan haji bulan depan...dapat ilham lah agaknya...

Bulan Oktober ni ramai yang akan mengambil kesempatan untuk mencatat sejarah terutama pada 10/10/10... terutama yang nak berkahwin mahu pun yang nak berkahwin LAGI!!! itu sebab penulis dah banyak menerima jemputan pada tarikh tersebut...

Pun bukan itu yang nak kita bincangkan disini sekarang...yang nak penulis bincangkan ialah pada bulan ini akan dibentang kan bajet 2011 pada 15 hb Oktober Jumaat yang akan datang pada jam 4.00 petang.

Dipihak Kerajaan BN yang selama ini bertanggungjawab kepada pembangunan dan kesejahteraan rakyat dan negara, sekali lagi pembentangan bajet yang bakal diumum pasti bermatlamat yang sama iaitu Kesejahteraan hidup rakyat!!!

Yang boleh penulis sebutkan sikit disini ialah harga rokok akan naik dan akan ada 'khabar gembira' untuk rakyat...that its! yang lain biar PM umum...

Juga bukan itu sahaja yang penulis nak sampaikan disini, yang menjadi musykil dan menjengkelkan penulis ialah usaha pihak pembangkang untuk menggagalkan bajet yang akan dibentang 15 Oktober nanti!!! Kalau kita semua masih ingat bagaimana jahatnya pembangkang pada 14 Disember lepas untuk menggagalkan bajet 2010 yang lalu maka begitu jugalah usaha jahat yang sama sedang dibisikkan ke telinga MP2 mereka untuk mengulanginya...

Sudah ada cakap cakap dikalangan MP mereka yang mahukan usaha ini perlu di'sistematik' kan katanya, dibuat secara terperinci dan di pelan dengan rapi! wow..punya la baghal MP pembangkang ni, bagi mereka bajet yang baik untuk rakyat dan negara mesti digagalkan! mesti dinafikan! soal rakyat dan negara akan susah bukan hal!!!

Namun yang lebih penting lagi ialah kesediaan dan kesiapsagaan MP2 BN untuk menghadiri persidangan Parlimen, pastikan tiada yang bercuti! pastikan semuanya mesti hadir kalau pun tidak mengambil bahagian dalam memberikan ucapan! Takkan lah tak serik dan mengambil iktibar dari kejadian 14 Disember yang lalu.

Mengimbau akan suasana dewan pada malam itu, negara seharusnya berterima kasih kepada YB Dato Abu Seman yang tidak terus duduk menghabiskan penggulungan Kementeriannya dengan 'games' yang dimainkan oleh Sri Gading, Jasin dan Kota Belud dengan soalan demi soalan dari jam 8.30 hingga jam 10 hanya kerana nak mempastikan MP2 BN hadir dan menguasai dewan...yang lain? sendiri mau ingat lah...

Lu Fikir La Sendiri!!!

4 ulasan:

  1. Kali ini kita akan lihat bagaimana MCA akan mengugut Najib utk memberi 1 bilion ringgit kpd sekolah2 Cina dan mengurangkan peruntukan utk kaum Melayu. Jika Najib tidak memenuhi tuntutan tsb MP2 Cina dari BN tidak akan menyokong dan meluluskan bajet tsb.
    Kita semua tengok betapa liciknya MCA menekan Najib!

    BalasPadam
  2. Kita tengok je nanti cam mana bajet ni...turun ke kadar cukai individu? Patutnya turun la kan? Baru setanding Singaoura dan Thailand. Kan ke bajet untuk rakyat..rakyat didahulukan pencapaian diutamakan atau sebaliknya..mana-mana lah. Tengok lah nanti apa insentif-insentif besar yang akan dibagi pada syarikat-syarikat gergasi. tengok juga nanti apa yang rakyat akan dapat? Naik ke pelepasan individu, anak isteri... ye la kena la cakap serupa bikin kan..maklumlah rakyat didahulukan....kena la bagi rakyat senang dulu kan kan kan....

    BalasPadam
  3. HARAP-HARAP JANGAN LAH HENDAKNYA PEMIMPIN KITA TATANG DAN RAKYAT PULA YANG KENA BAYAR HUTANG

    BalasPadam
  4. bajet macam barua...ckap bina banguna tak membazir tapi klu bagi bonus ka kkitngan rakyat membazir..butuh..yang sbanrnya klu buat bngunan bleh bagi kontrak kat kroni...memang babi depa ni...blogger ni macam cibai bodo...mau piajak kepala ja dia ni

    BalasPadam