Isnin, 4 Oktober 2010

KDN!!! Seekor Lagi Jambu Hisham Ker?


Penulis Kim Quek berkata pengharam bukunya The March to Putrajaya - Malaysia's New Era (Berarak ke Putrajaya - Era Baru Malaysia) telah mendorong karya itu masuk ke "pentas dunia" melalui saluran Internet.

Penganalisis politik itu berkata, bukunya - yang diharamkan Kementerian Dalam Negeri kerana mengandungi tuduhan "tidak berasas" terhadap pemimpin negara dan menimbulkan kebencian awam terhadap perlembagaan negara - kini boleh dibaca dalam talian atau dimuatturun.

"Inilah yang sepatunya berlaku. Warga negara ini tidak patut dikurangkan akses kepada maklumat percuma oleh kerajaan hanya kerana ia dianggap tidak menyebelahi regim sedia ada," kata Quek (kiri) dalam satu kenyataan.

"Negara di mana warganya diberikan maklumat yang telah dikawal oleh negara - dan tiada lagi yang lain - adalah negara yang terkebelakang, yang gagal dengan malumat dan era globalisasi ini," katanya.

Menurut Quek juga, tiada negara akan maju dan berkembang dalam persaingan di dunia teknologi maklumat sekiranya kerajaan terus bertindak sedemikian.

Komen

Beginilah halnya bila Menteri Bacul ! Pemimpin Melayu Pengecut ! Kalau ahli UMNO masih tetap sayang dan mempertahankan pemimpin melampaui Agama, Bangsa dan Negara...tunggulah kehancurannya!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. Cuba tanya Quek tentang negara Cina . Apakah pengawalan terhadap penerbitan baik dilaman nyata atau di laman maya yang berlangsung di sana telah menyekat langkah negara berkenaan untuk menuju ke kedudukan teratas? Dan apakah kebebasan mutlak dalam menerbitkan artikel akan memastikan kemaraan negara Barat tidak akan dipotong oleh lain-lain negara seperti Cina?

    BalasPadam
  2. Sebuah tajuk yang mirip kepada fahaman komunis Mao. Pernah kah kita dengar Mao Quotation " The Long March". Pastinya cina Quek ini mempunyai fahaman komunis.

    BalasPadam