Ahad, 7 November 2010

PAS Nak Humban Nik Najis Ke Laut !!!



Rata rata pemimpin PAS menafikan ada unsur sabotaj seperti yang didakwa oleh Tulang Besi dalam kempen PAS di Galas tempohari.

Samaada benar bahawa wujudnya sabotaj oleh Husam Kusam, Hassan Ali atau Harun Din kita peduli aper!!!

Yang kita peduli BN MENANG dan PAS KALAH!!!


Namun dalam kalut bersilat menafikan adanya sabotaj, mereka mengakui bahawa Nik Najis dan PAS Bodoh !!!

Ini kerana mereka mengakui akan kebijaksaan YBM Kuli yang berjaya memerangkap mereka untuk menari berkempen atas gendang yang dipalu oleh Kuli.
Malaysia Insider ada butirannya di sini

Abdul Halim yang merupakan Pengarah Jentera Pilihanraya PAS berkata ', pendirian PAS Kelantan tidak menyerang Tengku Razaleigh sebenarnya ekoran daripada arahan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan. “Itu tidak betul kerana kita tidak mahu menyerang peribadinya kerana Tok Guru (Nik Aziz) sendiri,” ujarnya


Di sebalik kekalahan di Galas, beliau seakan mengaku yang PAS gagal menjawab beberapa isu malar segar seperti isu tanah di Lojing, pembalakan haram, pembangunan untuk Orang Asli, manfaat dari Ladang Rakyat serta dakwaan penyelewengan dalam PMBK Sawit.
“Itu kena kerajaan negeri yang jawab, penceramah kena jawab... itu bukan saya yang kena jawab,” tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.

ooo...cuma reti serang peribadi jer rupanya....ceh!!!

Sementara itu...

Bekas Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad turut menafikan bahawa wujudnya sabotaj kempen di kalangan pemimpin PAS.

Menurut beliau, Tengku Razaleigh lebih bijak berpolitik apabila PAS mengambil sikap untuk tidak menyerang bekas Presiden Parti Semangat 46, yang telah dibubarkan 14 tahun lalu.

“Mana ada sabotajnya, Ku Li sebenarnya bijak dalam mengambil kesempatan politik ini,” ujarnya.

Mamat yang berlagak pandai dengan hujah hujah canggih di Parlimen ini mengaku rupanya yang dia, nik najis dan PAS bodoh dan Kuli bijak....

Itu hebatnya Kuli bro!!! itu sebab Kuli berterima kasih kepada PAS...sebab? sebab PAS berjaya DIBODOHKAN....hahaha


Ulasan MSO pun boleh dikongsi bersama disini bila mengatakan...


Selain dari itu beberapa kenyataan ataupun pendekatan diambil atau dikeluarkan Pengarah pilihan raya, Abdul Halim Abdul Rahman yang disokong kuat oleh penasihatnya Wan Abdul Rahim Abdullah dan digerakan oleh Pengarah operasinya Abdul Fatah Haron memberi imej buruk kepada Pas dalam pilihan raya itu. Misalnya tawaran untuk membayar RM250 kepada pengundi luar secara terbuka sangat menjatuhkan moral Pas.

Barangkali tidak salah kalau dikatakan kekalahan teruk Pas itu perlu dipikul oleh Tiga Abdul yang cuba menguak balik dalam politik Kelantan dan mahu menunjukkan kehebatan mereka dalam pilihan raya. Mereka harus memikul segala malu dan aib Pas itu untuk dibuang ke laut dan kalau perlu mereka boleh terjun bersama tongkolan malu dan aib itu ke dalam laut.

Barangkali MSO malu untuk mengatakannya...namun biarlah Putra Merdeka yang menyahutnya bahawa seorang lagi ABDUL yang boleh sama dicampak ke laut ialah Nik Abdul Aziz....


Lu Fikir La Sendiri!!!

6 ulasan:

  1. Assalamualaikum Putra Merdeka

    Analisa Putra mmg ade betulnya,tapi ditambah oleh kerana Abdul Aziz baru sahaja beramah mesra dengan baginda sultan, tidaklah mahu abdul aziz merenggangkan pertalian yang baru dijalin itu.

    Penghargaan pula patut diterima oleh Yang Mulia Tengku Razaligh kerana jasanya itu.Dan strategi DSN juga kena pada tempatnya.

    BalasPadam
  2. Salam All,

    Ah macam ni rasional sikit, ini tidak, PAS kalau kalah, habislah kata BN rasuah lah, ugut lah. tak mahu terima kenyataan. Macam ini baru betul bagus-bagus.

    BalasPadam
  3. Sesungguhnya kerajaan sekarang disetiap dunia mengikut pemerintahan yahudi termasuk Malaysia...

    Indonesia sudah dikawalan oleh kuasa zionis = freemason = pengikut syaitan...

    sebab itu mereka ingin menjatuhkan Malaysia tetapi pemimpin Malaysia masih lagi mementingkan diri dengan membenarkan undang-undang sivil berkuasa di Malaysia ini sedangkan Undang-undang sivil itu adalah Undang-undang ciptaan manusia iaitu freemason = zionis...

    Mengapa hukum Allah ditolak?

    Nabi Muhammad telah menjelaskan bahawa Al-Quran dan Sunnah-Nya sebagai pembimbing dalam kehidupan dunia dan akhirat..

    Jika kita tidak ikut Al-Qur'an dan Sunnah, adakah kita Muslim?

    Jadi mengapa kita marah Ulama' bila mereka mengatakan bahawa orang yang tidak mengikut Hukum Allah itu Kafir?

    Memang benar Ayat suci Al-quran adalah pembimbing bagi kita..

    Rakyat Malaysia sekarang ramai pengikut zionis cuma kita tidak sedar kerana kita sendiri telah terikut cara barat...

    BalasPadam
  4. Baca yang dengan teliti dan lakukan perubahan sesungguhnya yang benar akan dibela dan dilindungi oleh Allah s.w.t :

    Sedarlah wahai penulis blog ini...
    kita sesama saudara Islam, usahlah mencari alasan untuk menjatuhkan saudara Islam yang benar-benar beriman kepada Allah kerana anda akan berada dalam kesusahan besar yang akan melanda nanti dan sesungguhnya Allah yang Maha Mengetahui dan Maha bijaksana dengan apa yang kamu semua lakukan..

    sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud "Sesungguhnya Allah sentiasa bersama-sama orang yang banyak bersabar"...

    Kami tidak takut, kami tidak pulak gentar dan kami rela mati demi Agama kami iaitu Islam dan kami bukan mementingkan bangsa Melayu kerana membela bangsa Melayu tidak Wajib bagi kami sebagai umat Islam untuk membela bangsa kerana perkara wajib bagi kami adalah membela Agama Islam yang diredhai Allah...

    Bersiap sedialah kamu wahai pengikut-pengikut yang menentang hukum Allah..
    Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala-galanya..
    Setiap kesalahan yang kamu lakukan dizaman ini akan dibalas di atas dunia kerana ini adalah dunia Akhir Zaman..

    Harapan kami semoga pengikut zionis akan dihancurkan oleh Allah s.w.t melalui peperangan yang diketuai oleh Nabi Isa a.s. , Imam Mahdi dan orang-orang yang beriman..

    Kami juga berharap semoga anda bangun dari tidur yang lena yang dibuai oleh budaya zionis dan kehidupan mewah di dunia ini.

    Bangunlah berjuang pada Agama Islam bukan berjuang kerana bangsa kamu!!

    Allahuakbar!

    daripada seorang insan yang mencintai Rasulullah s.a.w

    BalasPadam
  5. Penjuang Islam,

    Bagus seruan anda. Memang Yahudi sedang menguasai dunia. Saya akui dan sememangnya patut kita menentang anasir-anasir Yahudi yang semakin kuat mencengkam dunia.

    Kata kamu:

    "Kami tidak takut, kami tidak pulak gentar dan kami rela mati demi Agama kami iaitu Islam dan kami bukan mementingkan bangsa Melayu kerana membela bangsa Melayu tidak Wajib bagi kami sebagai umat Islam untuk membela bangsa kerana perkara wajib bagi kami adalah membela Agama Islam yang diredhai Allah..."

    Soalan saya kepada anda:

    Ummat Islam di Malaysia ini majoritinya bangsa apa? Pernahkan selama ini kerajaan membezakan Melayu Islam atau Bukan Melayu Islam? Malahan di Malaysia Bukan Melayu Islam lebih dijaga oleh kerajaan berbanding Melayu Islam dibawah PERKIM dan Jabatan Agama seluruh Malaysia. Kalau Melayu berada di kedudukan yang baik maka Islam juga berada di kedudukan yang baik. Bukankah kerajaan kini mempertahankan perlembagaan Malaysia yang mencatatkan Islam sebagai Agama rasmi? sedangkan penyokong-penyokong PAS mempertahankan DAP yang jelas mahu mengubah artikel perlembagaan tersebut. Bukankah PAS mempertahankan DAP dan PKR yang mahu mengahpuskan hak istimewa orang-orang Melayu Islam yang seterusnya akan menghapuskan hak-hak istimewa Islam itu sendiri di Malaysia? Bukankah PAS mempertahankan Anwar Ibrahim yang terang-terang bersekongkol dengan Yahudi di merata dunia ini? PAS sentiasa menyokong Anwar Ibrahim yang diberi gelaran "Al-Juburi" oleh penceramah "maki hamun" PAS iaitu Mat Sabu? Adakah tuduhan Mat Sabu itu benar? kalau benar kenapa PAS masih menyokong Anwar? Kalau salah kenapa tiada pengakuan bersalah dari Mat Sabu dan PAS? Kalau benar, kenapa PAS menyokong Anwar yang merupakan pengamal liwat yang disokong Yahudi?
    Kalau salah, bukankah bukti PAS selama ini berbohong kepada rakyat dengan menjatuhkan peribadi pemimpin UMNO (tuduhan ketika Anwar masih UMNO)?

    Penjuang Islam

    Siapa penyokong Yahudi? DAP dan PKR yang sentiasa mengambil contoh demokrasi dari singapura dan negara-negara barat yang memang diakui dibawah pengaruh yahudikah? atau orang-orang UMNO yang sentiasa menentang penindasan YAHUDI di Palestin Khususnya dan di dunia amnya? Negarawan Malaysia dari parti UMNO Tun Dr Mahathir amat dibenci YAHUDI kerana ketegasannya terhadap YAHUDI dan lantang menyuarakannya di persada DUNIA. PAS menyokong DAP dan PKR maka dari segi deduksi bolehkah PAS dikatakan menyokong YAHUDI? soalan itu saya tinggalkan untuk anda.
    " sesiapa yang mengikut kaum itu, maka dia tergolong dari kaum itu"

    BalasPadam
  6. salam PM,

    memanglah ahli2 pas mengaku parti mrk memperjuangkan Islam. setiap waktu mrk mengaku, di mulut mrk hari2 menyebut Islam itu indah, syumul, mulia tetapi perangai kebanyakan ahli2 & penyokong2 pas terutamanya puak2 pr sangatlah menjengkelkan, jauh menyimpang dari ajaran & amalan seorang muslim.

    mrk tidak segan silu memaki hamun oranglain yg tidak sehaluan dgn mrk atau menghina, merendah2kan & menggelarkan orang lain dgn gelaran yg buruk2 jika orang ada yg memberi kritikan terhadap ulama mrk terutamanya tok guru mrk yg tidak boleh 'dicuit' sedikitpun walaupun perkataan & perbuatan tok guru mrk amatlah mengelirukan!

    bahkan mrk juga sangat mudah menghukum orang lain kafir jika tidak menyokong mrk & sanggup mengancam utk membunuh orang itu & ini jika menegur tok guru mrk! cuba la bayangkan jika tok guru mrk ni tiba2 dipanggil mengadap Illahi? sipa tahu apa yg mrk nak buat? mrk nak tuduh siapa yg sebabkan? huh! mau gempar dibuatnya...

    BalasPadam