Macam macam hal di Terengganu ni...kita ingatkan geng deris sudah tidak berkeliaran menggonggong pelbagai cerita buruk MB tok mad said, rupanya umpama duri dalam daging, api dalam sekam, gunting dalam lipatan mereka ini yang amat berbangga dengan panggilan 10 budak hitam yang begitu biadap terhadap Sultan Terengganu dalam isu Menteri Besar suatu ketika dulu rupanya masih segar menyemarakkan sentimen kebencian dan merosak keharmonian perpaduan dikalangan ahli UMNO Terengganu.
Weii...UMNO dah tiada masa berbalah! UMNO sudah kesuntukan masa bertelagah! terimalah Qadaq dan Qadar Allah. Apa jua yang ditentukan pasti ada hikmah! suatu ketika kita meneraju, suatu ketika yang lain kita diteraju! Apa yang penting Kapal kita tetap melayari lautan luas yang cukup bergelora....jangan kita pula menebuk Kapal sendiri!!!
Jangan dicontoh sikap Anwar Ibrahim!!! kalau suatu ketika kita berjaya mencipta sejarah mengungguli pentadbiran kerajaan negeri dengan jayanya maka biarlah sejarah molek dan cantik ini tetap terpelihara dengan baik dan jangan pula tangan sendiri yang merosakkannya!!!
Cukuplah!!! Esok malam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dijadual berlangsung dan dikhabarkan akan ada keputusan perlantikan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri negeri... Disebut nama yang kuat untuk menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Terengganu menggantikan YB Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien ialah YAB Dato Menteri Besar Terengganu iaitu Tok Mad Said. Kalau itu berlaku....TERIMALAH!!! Terimalah dengan hati terbuka! buktikan kita berpolitik untuk Agama, Bangsa dan Negara bukan demi tembolok dan mabuk kuasa!!!
Sahabat blogger Semasa Terkini di citra-bangsa.blogspot.com dan Saudara Hambali di hambali1.blogspot.com ada mengupas isu politik semasa di Terengganu yang menarik untuk dibaca bagi melihat bagaimana kebathilan demi kebathilan sedang rancak didendangkan...
Lu Fikir La Sendiri!!!
ni masa tok Mat said perintah, sokonglah..orang kita gok! UMNO/BN... lawan kita banyak lagi..PAS/PKR/PR.. jangan gadai maruah kita..jadi Melayu bermaruah..kalau jatuh pulak terengganu nanti pada PAS/PR dalam PRU13, nak slahkan siapa...daripada Terengganu kita punya kepada orang lain punya. Kita punya lebih baik!
BalasPadamMasa lain mungkin MB tu kita pulak...jangan jadi Anuar, kerana ketidaksabrannya, apa dah jagi sekarang... maruah diri, bangsa, agama dan negara digadai...anak beranak dibawa bersama...kalau binasa, binasa habis keturunan Anuar...
Jadi sokonglah Tok Mat Said buat masa ni...ramai orang sayangkan UMNO/Melayu/BN