Hari ini merupakan hari terakhir penggulungan semua Kementerian dalam menjawab pelbagai persoalan yang timbul setelah Ahli Ahli Dewan mengambil bahagian berbahas dalam bajet 2011 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan 1 pada Jumaat, 15 September yang lalu.
Pagi ini tiba giliran Kementarian Belia dan Sukan menjawab dan menggulung diikuti oleh Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan seterusnya Kementerian Kewangan sebagai Kementerian yang bertanggungjawab akan menggulung perbahasan bajet diperingkat dasar.Apa yang menarik sok sek pagi ini ialah KDN melalui Menteri Amaran katanya akan membuat pengumuman penting berkaitan saman ekor, khabarnya Menteri Amaran akan mengumumkan penghapusan saman ekor pada dan sebelum tahun 2008. Ini bermakna saman ekor akan hanya sah dan laku untuk dijelaskan selepas saman yang diterima pada tahun 2009. Jika ini benar berlaku bermakna kerajaan mendengar dan memahami akan kesulitan yang ditanggung oleh rakyat.
Jika benar maka wajarlah rakyat berterima kasih atas belas ihsan dan budi baik PDRM yang berpanas berhujan mengendap kereta kereta yang dipandu laju serta melakukan kesalahan jalan raya yang lain. Apapun sebenarnya rakyat terutama pemandu pemandu kenderaan perlu berubah sikap dalam pemanduan masing masing, disamping itu pihak berwajib juga perlu mencari kaedah baru yang lebih telus dan mudah bagi menjamin keadilan dalam menegak dan melaksanakan undang undang benar benar diterima rakyat. Apapun jika benar...sekali lagi bagi pihak rakyat PM mengucapkan berbanyak terima kasih...
Sok sek sok sek lain yang tak kurang juga dibincangkan ialah akan adanya pengundian pada malam hari ini yang dijangka selepas jam 6 petang ini selepas Kementerian Kewangan mengambil tempat menggulung....pastinya BN telah belajar dari kesilapan 14 Disember yang lalu dengan mempastikan semua Ahli Ahli Parlimen BN berada didalam Dewan.
Pembangkang tetap pembangkang!!! Walaupun mereka tahu bahawa bajet ini merupakan bajet Negara untuk kesejahteraan rakyat, bajet bagi mempastikan pentadbiran Negara berjalan dengan lancar dan teratur. Bagi pembangkang semua nya harus dibangkang!!! Biar ianya untuk kesejahteraan rakyat dan Negara! Ianya mesti dan pasti dibangkang!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan