Khamis, 20 Januari 2011

PRK Tenang...Normala Sudah Hilang Ghairah!


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu jentera Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Tenang menebus kembali majoriti lebih 5,000 yang pernah diperoleh BN pada pilihan raya umum 2004.

Beliau berkata, pilihan raya kecil Tenang merupakan medan ujian bagi BN Johor dan hanya dengan memenangi kerusi ini melebihi 5,000, ia mampu membuktikan Johor masih merupakan kubu kuat BN.

"Pada pilihan raya umum 2004, kita menang lebih 5,000 majoriti. Pada 2008, kita menang dengan lebih 2,000 majoriti. Soalnya, pada 2011 ini, macam mana pula?

"Kalau ikut tinjauan-tinjauan yang dibuat, semua kata kita boleh menang.

Tetapi apa yang kita nak adalah tebus balik majoriti 2004, iaitu lebih 5,000.

Kita mahu majoriti yang lebih besar dalam pilihan raya kecil kali ini,” katanya berucap sebelum menamakan calon BN pada pilihan raya kecil Tenang. - Bernama

Normala sudah hilang ghairah, percaturan berhenti kerja dirasakan tindakan yang salah! serba salah mengusai dirinya! apakah mungkin normala akan berhenti sebagai calon PAS dalam tempoh 24jam?

Melihat kepada jentera PAS yang lemah! jentera tempatan tiada! yang ada hanya kuda belang yang datang dari luar konon mahu menolong tetapi langsung tak mengenali pengundi...

Sebelum gersang yang lebih parah..lebih baik Normala tukar fikiran dan cabut...

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan