Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor yang antara lainnya dijangka untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 akan diadakan pada 24 Januari ini.
Speaker Datuk Teng Chang Khim telah mengarahkan supaya surat pekeliling pemberitahuan dikeluarkan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor bagi memaklumkan bahawa persidangan itu akan bermula pada 10 pagi, demikian menurut satu kenyataan Pejabat Speaker DUN negeri itu di sini hari ini.
Menurut kenyataan itu, persidangan berkenaan diadakan selepas Chang Khim berpuas hati dengan alasan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa ia adalah untuk kepentingan awam.
Urusan perkara mesyuarat dan kertas mesyuarat akan diedar kepada semua ADUN kemudian selepas ia ditetapkan oleh Abdul Khalid. - Bernama
Komen
Dalam politik...tiada musuh sepanjang zaman, tiada kawan sepanjang hayat...
Blog sahabat the unspinners ada mengupas isu ini di sini
Sidang DUN yang membazirkan segala-galanya.Rakyat juga yang tersepit dicelah-celah mainan politik yang rasis dan jumud
BalasPadam