Rabu, 5 Januari 2011

PRK Tenang...Normala Sudirman Calon Wanita PAS?


Pas mungkin meletakkan calon wanita pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Tenang di Johor pada 30 Januari ini.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau mempunyai senarai pendek calon-calon tersebut dan akan diumum pada 16 Januari ini.

"Kita sudah ada calon, ciri-ciri calon macam biasa, tetapi tunggu kita akan umum nanti, yang penting calon berkenaan mampu memenangi hati rakyat dan melaksanakan dasar parti.

"Pas tidak pernah menghalang calon wanita, jadi kita tunggu dan lihat nanti," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kediaman Rasmi Menteri Besar di JKR 10, di sini hari ini. - Utusan

Dikhabarkan calon wanita yang berumur 38 tahun itu ialah bekas seorang guru, pengundi di Parlimen Sekijang dan mengundi di Dewan Undangan Negeri Kemelah.

Ini semua strategi PAS!!! PAS tahu bahawa peluang kemenangan amat tipis malah BN sedang berusaha gigih untuk menambah majoriti kemenangan kepada lebih 4000 undi...itu yang PAS letak calon muda dan mentah serta tidak dikenali.

Faktor aliran pengundi cina nampaknya sudah semakin baik dan terarah untuk kembali menyokong BN, sementara pengundi Melayu yang lalu telah 'merosakkan' undi mereka telah berjaya dipujuk dan diberikan penerangan dengan lebih terperinci selain UMNO Bahagian Labis selama ini telah berjaya melaksanakan program mesra rakyat dan menemui pengundi.

PAS kalau meletak lagi calon kitar semulanya dan mendapat undi yang jauh berkurang akan menempah padah yang lebih besar dalam pilihanraya umum yang akan datang sementara kalau menurunkan panglima panglima nya pasti memberikan mesej yang sama kepada pengundi dan rakyat bukan sahaja di Johor malah seluruh negara.

Oleh yang demikian, dalam berdepan dengan UMNO/BN didalam PRK Tenang kali ini PAS hanya akan meletakkan Normala kata sumber berkenaan.

Lu Fikir La Sendiri!!!

4 ulasan:

  1. Bukankah isu calon wanita hanyalah spekulasi??Kalau hebat calon UMNO HEBAT sangat, kenapa UMNO takut?.Rasanya tuan tak kenal siapa Normala sebenarnya...Oleh itu, jangan buat kenyataan tanpa mengetahui perkara yang sebenarnya...

    BalasPadam
  2. Istilah 'Calon muda , mentah dan tidak dikenali'membuktikan tuan tidak mengkaji sebelum membuat kenyataan..Sungguh kasihan membaca info ini..Tapi tak mengapalah, kebenaran pasti datang suatu hari nanti..Hebat sangat ke calon UMNO Labis tu?PAS tidak ketandusan calon..Bukankah isu calon wanita hanyalah spekulasi?Apa yang UMNO takut sangat???Apa pun ,Tunggu dan lihat..

    BalasPadam
  3. aku kenal Pn Normala Sudirman tu sape. Jd, jgn nk ckap yg buruk2 pasal guru Sains aku tu dulu

    BalasPadam
  4. normala yg dikatakan hebat telah tertumpas..

    BalasPadam