Jawab ler weii..! Pembohongan takkan boleh mengatasi kebenaran..!
Bekas pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) Hasan Arifin berkata beliau “tak tahu menahu” tentang Laporan Akhir Pengauditan 1MDB yang didakwa dipinda.
“Tak ada. Kita tak tahu menahu. Tak tahu menahu,” katanya ketika disoal pemberita di parlimen hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Audit Negara Madinah Mohamadbahawa perenggan berkaitan kehadiran Jho Low dalam satu mesyuarat lembaga pengarah 1MDB diarahkan untuk digugurkan oleh bekas ketua setiausaha sulit bekas perdana menteri, Shukry Salleh pada 26 Februari 2016.
Madinah mendakwa bekas perdana menteri Najib Razak sendiri telah mengarahkan pindaan beberapa perkara termasuk penyata kewangan 1MDB bagi 2014.
Bagaimanapun, firma guaman Shafee & Co yang mewakili Najib mendakwa dakwaan Madinah itu dibuat atas arahan kabinet.
Menurut Hasan yang juga merupakan anggota parlimen Rompin, beliau hanya menerima laporan audit itu seadanya seperti mana yang diserahkan kepadanya.
“Tak, tak, tak. Soalnya Tan Sri Ambrin Buang telah menafikan ada pindaan, semasa itu kita ambil yang sebenarnyalah.
“[...] Apa yangf Ambrin Buang bawa ke PAC, kita anggap itulah laporannya,” katanya.
Ambrin dipanggil ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semalam.
Sebelum tu...
Perenggan berkaitan kehadiran ahli perniagaan yang diburu Low Taek Jho atau Jho Low dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB). diarah digugurkan dalam penyediaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.
Menurut Ketua Audit Negara Madinah Mohamad, perkara itu diarahkan bekas ketua setiausaha sulit kepada bekas perdana menteri, Shukry Salleh pada 26 Februari 2016 atas alasan ianya sensitif dan untuk mengelak fakta diputar-belit oleh pihak pembangkang ketika itu.
Madinah berkata beliau telah menyampaikan taklimat kepada mesyuarat Jemaah Menteri mengenai pindaan kepada Laporan Akhir Pengauditan 1MDB sebelum laporan berkenaan dimuktamad dan dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC) pada 4 Mac 2016.
“Laporan akhir Pengauditan 1MDB sebelum pindaan telah diserahkan kepada Surujanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut pada 2018,” katanya dalam satu kenyataan.
Sekarang pemakan dedak sebok mengutuk dan menghentam Madinah..! Asal tak menyokong penipuan Najib semua pakat belasah..! Masa Madinah senyap sebelum ni tak pulak pemakan dedak sauk Madinah..!
Cuma terpikir sekarang ni macam mana la si laki Madinah hari ini..? Dulu bukan main lagi kata sanggup mati kerana Najib..! sekarang bini cakap perkara benar, agak agak nak mati macam yer? Atau buat buat mati..!!!
Lu Fikir La Sendiri..!