Jumaat, 2 November 2018

Ular Dah Mati Tak Perlu Bakar Hutan..!


Hidup perlu ada prinsip..!
Perlu ada maruah..!
Malaysia negara berdaulat..!

Ramai pengundi PH yang ternganga nganga..!
Badan kurus cuma tinggal nyawa
Dulu di janji semuanya percuma
Sekarang yang tinggal hanya gusi dan cerita.

Fullstop..!
Negara ni punya rakyat yang perlu dijaga.
Negara ni punya kewajipan yang perlu dipelihara.
Negara ni punya amanah yang perlu dijaga.

Islam suci dan perlu dipertahan
Melayu/Bumiputera mempunyai keistimewaan.
Jangan ada yang lebih sudu dari cawan.
Karang tak cukup siang, malam kita berlawan..!

Cukup..! Ular dah mati tak payah bakar hutan..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

46 ulasan:

  1. Selamat kembali menulis admin..!! ��

    BalasPadam
    Balasan
    1. wow .. akhirnya. lepas arwah din tak ada aku hilang arah tuju mana blog nak baca..lepas tu aku lepas sini. lepas tu ko pulak hilang hahaha.

      skang aku selalu layan blog kluang diamond, tukar tiub, shah budin husin (makin bosan), kadang kadang layan si husin lempoyang tengok dia punya auta..kah kah kah

      la ni dah berjinak jinak dengan mkini..
      blog politik umno makin boring..

      selamat kembali.. PPM

      Padam
  2. Bajet ok tk adminn..bawa bertenang..jgn slh langkah plk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. BAJET MENIPU

      Padam
    2. Subsidi minyak dalam Belanjawan 2019 hanya akan dinikmati oleh golongan pemilik kereta yang berkapasiti enjin 1,500cc ke bawah dan motorsikal berkapasiti 125cc ke bawah sahaja.

      Kalau melihatkan kereta Proton sahaja, banyak jenis yang melebihi 1,500cc yang bakal tidak dapat subsidi minyak, seperti Exora, Preve, Suprima, Persona, Iriz malah Saga baru juga ada yang mempunyai kapasiti 1,600cc.

      Adakah pemilik kereta Proton di atas golongan kaya? Bagaimana dengan BMW 3 series, Audi A4, Mercedes Benz yang mempunyai kapasiti enjin 150cc dan ke bawah. Golongan ini miskinkah?

      Bandingkan harga Honda Civic 1.5 dan Proton Waja 1.6 di bawah. Golongan mana layak mendapat subsidi dan golongan mana yang dinafikan hak menerima subsidi. Adilkah Kerajaan PH?





      Berikut adalah antara kereta orang berada yang layak menikmati subsidi minyak bersasar:

      BMW i8 (1.5)
      Mercerdes Benz Avantgarde (1.5)
      Volkswagen Golf (1.5)
      Mini Cooper Countrymen (1.5)
      Mini Cooper Clubman ( 1.5)
      Mazda MX-5 (1.5)
      BMW 318i (1.5)
      BMW 118i MSport (1.5)
      Honda CRV 2WD (1.5)
      Ford Focus sedan (1.5)
      Honda Civic 2018 Premium(1.5)
      Toyota Sienta (1.5)
      Toyota Rush (1.5)
      Audi A4 (1.4)
      Audi Q3 (1.4)
      Volkswagen Tiguan (1.4)
      Mazda RX-8 (1.3)
      Mercedes Benz A200 (1.3)
      Volkswagen Beetle (1.2)
      Renault Cleo (1.2)
      Renault Captur (1.2)
      Peugot Puretech (1.2)

      Kesimpulannya, ini subsidi bersasar atau tersasar?

      Padam
    3. Bro. Kereta tu semua engine turbo. Sama mcm 2000cc kuasanya. Mana boleh dapat subsidi.

      Padam
    4. Proton dah jadi milik vina kominis...bahaya..

      Padam
    5. bajet tolol..

      Padam
    6. Dah minta kebenaran ke guna gambar Najib.

      Padam
  3. Salam.
    Ular dah mati memang tak payah bakar hutan tapi
    ular menyelinap dan dah bersarang di bandar .
    Persis lembu Felda dah selesa diam di kondo...
    Lu pikir la sendiri

    BalasPadam
  4. Ingat dah mati...mati hidup balik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah minta kebenaran ke guna gambar Najib.

      Padam
  5. Ular dah mati tapi konco2 nye masih hidup..

    BalasPadam
  6. Yg paling mustahak perompak2 dan lanun2 telah boleh di heret ke pengadilan walo tinggal gusi dan cerita...tak ade sekatan lagi..

    Harga minyak kekal tak payah beratur lagi di stesen minyak dan harga barang tak melambong lagi...sudah cukup legaa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. BERAK LA KO

      Padam
    2. Ko pembela kapla prompak mungkar..

      Padam
    3. Aku rasa bajet ni semua aota kurap
      Kencing depa ni udah sangat kerap
      Boleh ker rakyat percaya dan harap
      Bukan ker kata negara nak bankrap

      Padam
    4. Kau Kaki fitnah

      Padam
  7. Tuan Yang Dipertua,

    4. Kerajaan baharu telah mewarisi kedudukan kewangan yang
    membimbangkan. Hutang dan liabiliti sebenar Kerajaan sehingga
    akhir Jun 2018 adalah RM1,065 bilion, iaitu hampir RM350 bilion
    lebih tinggi daripada jumlah yang didedahkan secara rasmi oleh
    Kerajaan terdahulu. Perincian hutang ini merangkumi RM725.2
    bilion hutang langsung Kerajaan Persekutuan, RM155.8 bilion
    komitmen luar jangka dan RM184.9 bilion liabiliti lain termasuk
    bayaran pajakan bagi projek Kerjasama Awam Swasta (PPP).

    5. Paras hutang RM1 trilion ini disebabkan oleh skandal
    kewangan yang bertopengkan sebagai pelaburan, dan hutang mega
    sebagai projek mega. Kerajaan mendapati pentadbiran terdahulu
    telah secara rahsia membayar hutang 1MDB hampir RM7 bilion
    sehingga 30 April 2018. Selain itu, Kerajaan juga mendapati bahawa
    negara mungkin perlu membayar sehingga RM43.9 bilion lagi bagi
    menyelesaikan hutang 1MDB ini. Kerajaan juga mengenalpasti
    wujudnya kontrak berat sebelah seperti projek Trans Sabah Gas
    Pipeline dan Multi-Product Pipeline yang kosnya berjumlah RM9.6
    bilion namun RM8.3 bilion telah dibayar walaupun hanya kurang
    daripada 10% kerja pembinaan telah disiapkan. Projek mega seperti
    Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pula akan melibatkan kos sehingga
    RM81 bilion, selain puluhan bilion ringgit lagi akibat kerugian kos
    operasi.

    6. Seterusnya, Akauntan Negara Malaysia telah mengesahkan
    kenyataan oleh Jabatan Kastam DiRaja Malaysia dan Lembaga Hasil
    Dalam Negeri (LHDN) bahawa hasil kutipan cukai telah terlebih lapor
    kerana tidak membayar balik GST dan cukai pendapatan bagi
    beberapa tahun. Sehingga 31 Mei 2018, jumlah tunggakan bayaran
    balik adalah RM35.4 bilion, di mana tunggakan GST adalah
    sebanyak RM19.4 bilion sementara tunggakan cukai pendapatan
    berjumlah RM16 bilion. Bayaran balik ini adalah kepunyaan
    pembayar cukai dan telah disalahgunakan tanpa kebenaran dan
    pengetahuan. Tidak seperti hutang 1MDB dan skandal kewangan
    lain yang mana boleh dibayar dalam tempoh yang lebih panjang,
    Kerajaan mempunyai tanggungjawab moral untuk memulangkan
    kesemua tunggakan bayaran balik cukai kepada individu, syarikat
    dan rakyat Malaysia dalam tahun 2019.

    7. Inilah harga tinggi yang terpaksa ditanggung oleh rakyat akibat
    kleptokrasi global. Bagi memulihkan semula kedudukan fiskal, YAB
    Perdana Menteri telah meminta rakyat Malaysia untuk bersama
    melaksanakan pengorbanan demi negara. Walau bagaimanapun
    dengan izin ‘while we remove the fat, we must not cut our muscles’.
    Oleh itu, di samping bertekad ke arah melaksanakan konsolidasi
    fiskal, Kerajaan akan mengimbangi keutamaan pembangunan
    ekonomi untuk menambah baik kesejahteraan sosioekonomi rakyat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Subsidi minyak dalam Belanjawan 2019 hanya akan dinikmati oleh golongan pemilik kereta yang berkapasiti enjin 1,500cc ke bawah dan motorsikal berkapasiti 125cc ke bawah sahaja.

      Kalau melihatkan kereta Proton sahaja, banyak jenis yang melebihi 1,500cc yang bakal tidak dapat subsidi minyak, seperti Exora, Preve, Suprima, Persona, Iriz malah Saga baru juga ada yang mempunyai kapasiti 1,600cc.

      Adakah pemilik kereta Proton di atas golongan kaya? Bagaimana dengan BMW 3 series, Audi A4, Mercedes Benz yang mempunyai kapasiti enjin 150cc dan ke bawah. Golongan ini miskinkah?

      Bandingkan harga Honda Civic 1.5 dan Proton Waja 1.6 di bawah. Golongan mana layak mendapat subsidi dan golongan mana yang dinafikan hak menerima subsidi. Adilkah Kerajaan PH?





      Berikut adalah antara kereta orang berada yang layak menikmati subsidi minyak bersasar:

      BMW i8 (1.5)
      Mercerdes Benz Avantgarde (1.5)
      Volkswagen Golf (1.5)
      Mini Cooper Countrymen (1.5)
      Mini Cooper Clubman ( 1.5)
      Mazda MX-5 (1.5)
      BMW 318i (1.5)
      BMW 118i MSport (1.5)
      Honda CRV 2WD (1.5)
      Ford Focus sedan (1.5)
      Honda Civic 2018 Premium(1.5)
      Toyota Sienta (1.5)
      Toyota Rush (1.5)
      Audi A4 (1.4)
      Audi Q3 (1.4)
      Volkswagen Tiguan (1.4)
      Mazda RX-8 (1.3)
      Mercedes Benz A200 (1.3)
      Volkswagen Beetle (1.2)
      Renault Cleo (1.2)
      Renault Captur (1.2)
      Peugot Puretech (1.2)

      Kesimpulannya, ini subsidi bersasar atau tersasar?

      Padam
    2. Proton sudah jadi milik geely cina kominis...yg nak beli proton boleh batalkan..

      Padam
    3. Aku rasa bajet ni semua aota kurap
      Kencing depa ni udah sangat kerap
      Boleh ker rakyat percaya dan harap
      Bukan ker kata negara nak bankrap

      Padam

  8. Belanjawan 2019 abai Pantai Timur, kata PAS

    2 Nov 2018, 9:29 malam (Dikemaskini 2 Nov 2018, 10:00 malam)

    A A
    BELANJAWAN 2019 | PAS menganggap Belanjawan 2019 yang dibentangkan kerajaan hari ini mengabaikan pembangunan Pantai Timur, kata Timbalan Presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man.

    Beliau berkata belanjawan kali ini langsung tidak menyentuh aspek pembangunan khususnya di Kelantan, Terengganu dan Pahang yang dikuasai pembangkang.

    "Semasa pembentangan Kajian Separuh Penggal RMK-11, antara yang dibangkitkan ialah pembangunan wilayah yang seimbang. Tetapi dalam Belanjawan 2019 tidak digambarkan dalam data yang jelas tentang pembangunan khususnya kawasan wilayah Pantai Timur.

    "Hampir tiada agenda besar dibuat yang menyebabkan pemangkin kepada pembangunan wilayah Pantai Timur. Saya tengok ada pengabaian dari segi perancangan kerajaan," katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini, lapor Sinar Harian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cakap besar...boleh tanding sendiri lawan PH..boleh perintah sendiri...orang nak tangkap perompak pas sibok nak menangkan prompak..

      Buat bajet sendiri laa

      Padam
    2. ADA AKU KESAH

      Padam
    3. Lantak ko lerr..pas yg bodooo..

      Padam
    4. Aku rasa bajet ni semua aota kurap
      Kencing depa ni udah sangat kerap
      Boleh ker rakyat percaya dan harap
      Bukan ker kata negara nak bankrap

      Padam
  9. Debat politik memang macam gitu.... yang bangkang main ular itu dia punya pasal. Yang bakar hutan tu pasal nyamuk banyak. Dulu ada gaharu , jati kempas kempis dsbnya....tp abis kena curi.

    BalasPadam
  10. Begini sajalahh..kita desak anwar utk percepatkn peralihan kuasa..biar anwar edit balik belanjawan kerana tun hanya pentingkn sektor2 tertentu saja..

    BalasPadam
  11. Hampir sejuta dapat manfaat pas bulanan RapidKL

    2 Nov 2018, 9:07 malam (Dikemaskini 2 Nov 2018, 9:07 malam)

    A A
    BELANJAWAN 2019 | Inisiatif kerajaan memperkenalkan pas bulanan RM100 tanpa had perjalanan bagi perkhidmatan rel dan bas RapidKL mulai tahun depan boleh memberi manfaat kepada hampir sejuta pengguna.

    Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam satu kenyataan hari ini, berkata inisiatif tersebut juga dapat menggalakkan warga kota memanfaatkan perkhidmatan pengangkutan awam, sekali gus mengurangkan kesesakan lalu lintas yang secara langsung mengurangkan jumlah kenderaan dan merealisasikan aspirasi kerajaan ke arah Kuala Lumpur bandar raya bebas karbon.

    Menurut kenyataan itu Prasarana bertekad untuk membaiki jaringan perkhidmatan basnya dengan menggunakan sepenuhnya aset terkini yang merangkumi 1,131 bas Rapid KL, 408 bas Rapid Penang, 69 bas Rapid Kuantan dan 300 bas perantara Transit Aliran Massa (MRT).

    Prasarana turut bersedia bekerjasama dengan syarikat bas swasta untuk menguruskan laluan dan perkhidmatan serta mengawal kos bagi memaksimumkan kecekapan dan kualiti perkhidmatan.

    BalasPadam
  12. Pakar ekonomi terkejut RM5 bilion untuk bantuan sara hidup

    Khairil Ashraf - November 2, 2018 10:07 PM
    1.4k
    Shares
    PETALING JAYA: Seorang penganalisis ekonomi terkejut apabila kerajaan mengumumkan peruntukan RM5 bilion untuk program Bantuan Sara Hidup (BSH), dahulunya dikenali sebagai BR1M, kerana Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menyukai pemberian wang tunai.

    Pensyarah Universiti Tun Abdul Razak (UTAR) Prof Barjoyai Bardai berpendapat peruntukan itu satu ganjaran besar kepada kumpulan berpendapatan rendah.

    “Ini merupakan kenaikan berbanding dari apa yang diumumkan belanjawan-belanjawan lepas,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. EKELEH....BUKANKAH DULU ATOK KUTYY TUA RENTA TU DOK KATA....PEMBERIAN BR1M TU ADALAH RASUAH.....SEKARANG NI NAK TANYA BALIK KAT ATOK KUTTY TU....BSH TU APA PULAK.....BERSIH SUCI HAAAA....CAKAP TAK SEROPA BIKIN....HANCING...

      Padam
    2. Ko bacalah dulu laporan pendakwaan DoJ terhadap pesalah 1mdb. Apa yg najib buat bersubahat dgn syarikat yahudi Goldman Sachs utk menyeleweng duit 1mdb. Oh maaf, laporan dlm BI. Ko tak faham kah kah kah

      Padam
  13. BAJET YANG MEMBUATKAN PEMBANGKANG TERDIAM AKHIRNYA

    Rasanya tidak perlu lagi disebut satu persatu atau didetailkan secara mendalam mengenai kandungan Bajet 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng di Dewan Rakyat, semalam.

    Semua orang tentunya sudah sedia maklum mengenai bajet yang pertama kali dibentangkan oleh sebuah kerajaan baru selain BN sejak negara merdeka lebih 61 tahun yang lalu.

    Apa pasti, bajet ini sangat menggembirakan rakyat dengan peruntukan yang menyeluruh untuk semua sektor, manakala bantuan atau kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk rakyat berpendapatan rendah pula sangat memuaskan hati.

    Dari segi peruntukan, sama ada untuk pendidikan, perbelanjaan untuk syiar Islam, bantuan kepada sekolah-sekolah, bantuan sara hidup, subsidi minyak, skim bantuan untuk pekebun getah, kemudahan menggunakan pengangkutan awam, membekukan kenaikan tol, memansuhkan tol motorsikal dan sebagainya - semuanya dilihat mampu memberi kepuasan yang sepatutnya kepada rakyat.

    Setelah rakyat bersatu tenaga dan kemudian berpuas hati dapat menumbangkan kerajaan kleptokrasi pada 9 Mei lalu dan seterusnya menyaksikan Najib Razak serta Rosmah Mansor didakwa di mahkamah, Bajet 2019 ini boleh dikata kepuasan ketiga bagi rakyat negara ini.

    Akhirnya, jangkaan pembangkang, khususnya ramalan Najib sendiri bahawa Bajet 2019 akan menyaksikan banyak pemotongan perbelanjaan, penjimatan yang ketat dan kebaikannya hanya sedikit kepada rakyat, tidak seperti apa yang dilakukan oleh BN selama ini, ternyata meleset sama sekali.

    Dari segi peruntukan, Bajet 2019 dijangka membelanjakan sejumlah RM314.5 bilion dan ini adalah lebih tinggi berbanding Bajet 2018 yang hanya memperuntukkan RM290.4 bilion.

    Di sebalik penghapusan cukai GST yang membuatkan kerajaan terdahulu senang-senang mengaut RM42 bilion setahun daripada poket rakyat, kerajaan baru Pakatan Harapan, meskipun tanpa bantuan kewangan cukai GST, ternyata lebih mampu menyediakan perbelanjaan yang lebih besar untuk kepentingan rakyat.

    Ini dengan sendirinya memperlihatkan Pakatan Harapan mampu mentadbir negara ini dengan lebih baik berdasarkan amalan jimat cermat, tiada pembaziran, mengurangkan ketirisan dan mengelakkan skandal kewangan serta aktiviti penyamunan wang rakyat.

    Kemampuan merangka bajet yang baik dan memuaskan hati rakyat ini juga membuat UMNO jadi terdiam dan terkedu di mana akhirnya hanya ulasan remeh-temeh yang kedengaran daripada mulut para pemimpinnya seperti dikatakan "copy paste" daripada BN dan bajet kering, bahkan Zahid Hamidi menolak bajet ini, meskipun beliau sendiri ditolak oleh Pemuda UMNO agar bercuti daripada jawatannya.

    Realitinya, dengan bajet yang sebegini baik, walaupun baru tidak sampai enam bulan mengambil alih kerajaan, dan sudah tentu tahun-tahun seterusnya bajet yang dibentangkan akan bertambah baik lagi, ini adalah mimpi ngeri kepada UMNO dan BN serta akan meletakkan mereka berada lebih lama lagi di kerusi pembangkang di negara ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku rasa bajet ni semua aota kurap
      Kencing depa ni udah sangat kerap
      Boleh ker rakyat percaya dan harap
      Bukan ker kata negara nak bankrap

      Padam
  14. menyakitkan, dahlah janji manifesto semuanya tipudaya bertujuan untuk menang pilihanraya, kini bajet pun entah apa yg baiknya. menyusahkan saja. pengundi2 yg memenangkan mereka memang sial. kalau kamu saja yg merasa bahananya tak apa tapi kini kami pun terbabit sama susahnya.

    BalasPadam
  15. Pengundi pilih PH bukan kerana manipesto...berape orang sangat yg tahu manipesto...rata2 pilih PH kerana PH nak tangkap kapla prompak berjumaah...konco kapla prompak sudah didakwa di amerika....tak ade sekatan lagi tangkap dan dakwa kapla prompak...wak Jahid pon didajwa..

    BalasPadam
  16. Dah tangkap zahid dan najib...apa yg rakyat dapat...kami mau subsidi, cukai kurang, minyak turun, ringgit naik..

    Laa nie DARAH KAMI NAIK BAHALUL

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa najib berkuasa ko mintak dedak aje....sekarang baru mintak serba serbi....jenis bodooh..

      Padam
  17. Walapun Ular dah mati, tetapi banyak Puaka yg tidak terlihat oleh pancaindera, masih menghuni hutan. Maka wajar hutan ditebang,dibakar,dibongkar untuk digantikan dengan tanaman Ketum secara Komersil.Hehehekikikihahahakahkahkah

    BalasPadam
  18. Bila saya jadi presiden, saya akan pecat kamu, KJ beritahu Lokman

    FMT Reporters - November 4, 2018 5:22 PM
    173
    Shares
    PETALING JAYA: Kenyataan berbalas di antara ahli majlis tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam dan Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin hangat diperkatakan selepas bekas calon presiden itu secara terbuka mengatakan dia ingin memecat Lokman.

    Khairy menyarankan Lokman berdoa dia tidak memenangi jawatan presiden pada pemilihan akan datang.

    “Lebih baik kamu doakan saya tidak menjadi presiden Umno. Benda pertama saya akan buat adalah memecat kamu kerana mempunyai IQ lobak merah,” katanya di Twitter hari ini.

    Beliau menjawab kata-kata Lokman sebelum itu mengatakan Barisan Nasional (BN) tewas pada pilihan raya umum 9 Mei lalu kerana Umno memiliki seorang ketua pemuda yang bodoh dan tidak tahu mengkaji skandal 1MDB, merujuk kepada Khairy.

    Khairy sebelum itu mengulas kenyataan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak dengan berkata kekalahan BN pada pilihan raya umum lalu kerana skandal 1MDB.

    Beliau berkata demikian selepas Najib berkata kekalahan BN berpunca daripada janji-janji palsu Pakatan Harapan dalam kempen pilihan rayanya.

    Selepas diejek dengan “IQ lobak merah”, Lokman membalas ejeken itu dengan berkata Khairy akan gagal dalam misi menjadi presiden parti.

    “Dengan sikap saling menuding jari, jangan pernah bermimpi untuk menjadi Presiden Umno,” katanya.


    173
    Shares
    Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.

    BalasPadam
  19. Saper nak jadi geng lobak nerah?...

    BalasPadam

  20. FMT News

    Utusan tuduh Najib bohong isu sumber wang dalam akaun

    FMT Reporters - November 4, 2018 7:28 PM
    1.8k
    Shares
    PETALING JAYA: Editorial akhbar berkaitan Umno, Utusan Malaysia hari ini menggelar Datuk Seri Najib Razak seorang pembohong susulan wawancara dengan Al-Jazeera baru-baru ini, apabila beliau mendedahkan dia sebenarnya tidak tahu sumber sebenar wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi.

    Awang Selamat, nama samaran editorial Utusan berkata, rakyat dan ahli Umno terutamanya berasa tertipu kerana selama ini mereka menerima penjelasan dana itu sumbangan daripada kerajaan Arab Saudi.

    “Tidak masuk akal yang Najib tidak tahu dari mana sumber sebenar jumlah wang yang besar itu, dan lebih-lebih lagi setelah pendedahan demi pendedahan yang menjuruskan wang itu sebenarnya datang daripada Tanore Finance Corporation,” kata Awang Selamat dalam kolum hari ini.

    Tanore Finance Corporation adalah syarikat yang didaftarkan di Kepulauan British Virgin dan dikaitkan dengan skandal 1MDB.

    BalasPadam
  21. Memang 1MDB punca BN kalah, kata Nazri

    5 Nov 2018, 1:00 tengahari (Dikemaskini 5 Nov 2018, 1:00 tengahari)

    A A
    Setiausaha Agung BN Datuk Seri Nazri Aziz dilihat senada dengan bekas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengenai punca kekalahan BN pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

    Nazri yang terkenal selalu lantang dan berterus-terang itu berkata tidak seperti kepercayaan sesetengah orang dalam Umno, punca utama majoriti pengundi memilih Pakatan Harapan (HARAPAN) adalah kerana faktor 1MDB.

    “Saya bersetuju dengan kenyataan Khairy.

    "Skandal 1MDB berlaku dan kabinet hanya tahu mengenai setiap keputusan membabitkan isu itu selepas meletup di media.

    BalasPadam
  22. Punca kalah adalah kerana janji manis pakatun haram.. Menipu pengundi terutama pengundi muda.. Tak hairan la kalau had umur megundi nk diturunkan kpd 18..lg senang nk tipu..cth top up percuma sehingga umur 21.. Kikiki

    BalasPadam