Jumaat, 28 Mei 2010

Idris Jala Taknak Kerajaan BN Bankcrupt Kan?


Jumlah subsidi yang mencapai 74 bilion merupakan satu jumlah yang amat besar, namun jika itu merupakan harga yang perlu dibayar oleh pihak kerajaan untuk terus memakmurkan negara apa kah ianya salah?

Rasanya rakyat akan terima kaedah pengurangan subsidi secara berperingkat jika kerajaan benar-benar telah, sedang dan akan terus mengekang ketirisan dan kebocoran subsidi yang berlaku sekarang ini...

Maka Idris Jala perlu lah juga berfikir dan termenung bersama-sama dengan think tank beliau didalam makmal hingga lewat pagi bagi menyelesaikan masaalah-masaalah yang menyebabkan pembaziran subsidi ini dapat dikawal dan dapat diatasi dari terus berlaku...

- Masaalah penyuludupan minyak dari negara ke negara asing!


- Masaalah penipuan minyak subsidi nelayan!
- Masaalah kawalan pembelian minyak oleh kenderaan asing disempadan!

- Apakah Kerajaan bersedia untuk melupuskan dahulu subsidi kepada pengendali IPP dan lain-lain konglomerat yang sememangnya tidak layak menerima subsidi ini!


- Kerajaan juga mesti meneliti semula perjanjian konsesi dengan pengendali-pengendali lebuhraya apakah kewajaran kenaikan tol perlu dilakukan!

- Jika perlu Kerajaan perlu meluputkan perjanjian yang dilihat 'berat sebelah' yang hanya menguntungkan pengendali lebuhraya!


- kerajaan perlu memastikan jalan-jalan alternatif yang tersedia benar-benar selamat dan mampu menampung kenderaan yang banyak jika rakyat marhaen menggunakannya kelak!


- Apakah kerajaan bersedia untuk meletakkan harga berbeza bagi pengguna rumah, perniagaan dan industri yang menggunakan gas!

- Apakah kerajaan tidak boleh memilik negarakan bahan seperti gula, tepung dan minyak masak agar kawalan dapat dilakukan dan dengan sendiri Kerajaan akan berkuasa keatas barangan ini didalam pasaran bagi mengekang kenaikan harga, sorok barang dan penyelewengan stok gudang!


- Apakah Kerajaan sudah mempunyai pengkalan data yang lengkap bagi mempastikan rakyat yang benar-benar layak akan menerima subsidi ini nanti jika pelaksanaanya berlaku dan sah bagi setiap rakyat!

- Apakah kaedah dan mekanisma yang sesuai, cekap dan selamat dari dimanupulasi oleh pihak ketiga jika sistem pengenalan individu ini diguna pakai bagi setiap pembelian barangan subsidi di kedai-kedai lain-lain tempat!


- Apakah Kerajaan sudah menyediakan barisan penguatkuasaan yang benar-benar ikhlas, bersih, amanah, lengkap, canggih dan terkini dalam mengatasi masaalah ketirisan subsidi di semua peringkat dan tempat di seluruh negara!

- Apakah Kerajaan sudah benar-benar berjaya 'mengejutkan' kakitangan kerajaan dalam bertindak agar selari dan menjayakan hasrat murni tersebut!


- Apakah Kerajaan sudah benar-benar bersedia dalam mempastikan guna tenaga rakyat dalam negara diaplikasikan secara maksimum dan dalam masa yang sama mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing!

- Apakah strategi yang berkesan dalam menarik minat rakyat untuk turut serta memenuhi sektor pekerjaan yang selama ini dikuasai oleh warga asing!

- Apakah galakan dan tindakan yang perlu diberikan kepada majikan-majikan agar mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing serta mula melatih dan mengunjurkan keperluan tenaga dalam setiap sektor kerajaan dan swasta!


- Kerajaan juga perlu mempastikan penerokaan kepada ruang penghasilan baru sama ada dari sudut bahan asas atau sumber asli, bahan pengilangan ataupun teknologi agar lebih setengah juta mahasiswa yang keluar dari Universiti dan pengajian tinggi dapat terarah untuk menabur bakti!


- Kerajaan perlu mengurangkan kebergantungan kepada import makanan yang mencapai lebih 17 bilion setahun dengan mempastikan stok makanan negara benar-benar mencukupi dan dasar makanan negara benar-benar berada mengikuti pelan pembangunannya!

- Kerajaan juga kena mempastikan urus tadbir koperat di GLCs berjalan dengan baik dan terurus dan jauh dari unsur skandal!

- Kerajaan kena membentuk pasukan media yang benar-benar cekap dan efisen dalam menerangkan akan hala tuju dan dasar negara benar-benar sampai dan difahami oleh rakyat!


- Kerajaan kena peka kepada sensitiviti semasa dalam mengatur urus isu seperti mana sekarang ini- Idris Jala sebok nak kurang kan subsidi- Gula disorok- Sime Darby rugi 1.3 Bilion- Forbes pulak menyenaraikan jutawan negara!

( Isu dan polimik tidak diselia dengan baik! belum lagi nak menyelaraskan isu dan mengatasinya)

Rasanya Idris Jala dan pasukannya perlu terus duduk didalam makmal siang malam pagi petang bagi mempastikan kesemua persoalan diatas dijawab dengan berkesan!


Selepas itu baru kita ceritan tentang KPI nya!!! Jauh sekali nak cerita pasal negara bankcrupt kerana kalau tidak dihalusi dengan berhati-hati bukan negara yang bankcrupt tapi Kerajaan BN pulak yang ditakuti akan dibankcrupt kan oleh rakyat!!! Tentunya Idris Jala taknak BN Bancruptkan? kan...kan...KAN!

Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. SLM BRO..PAKATAN NI SAJE NK CARI MODAL POLITIK. DLU CKP KERAJAAN TAK BANTU RAKYAT. BILA DH BANTU DGN SUBSIDI SAMPAI BERBILION RM, DIORANG X AMIK KISAH. MALAH FUCKATAN AKAN TEKAN KERAJAAN HABIS2AN PSL ISU KENAIKKAN HARGA. SKANG KERAJAAN TERPAKSA TANGGUNG HUTANG DEK KRN TERMAKAN 'UMPAN' PEMBANGKANG

    BalasPadam
  2. Tak pernah saya baca dlm mana2 sumber,sebegitu lengkap langkah2 yg saudara syorkan untuk menyelamatkan ekonomi kita.Yang dok terbaca hapuskan subsidi.tu je yang blh ckp.rupa2nya banyaknya kaedah yg boleh diguna pakai.Harap saudara postkan artikel ini ke utusan malaysia supaya wartawan2 mereka dpt belajar dari tulisan saudara.

    BalasPadam