Memaparkan catatan dengan label kadir jasin najib jahanam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kadir jasin najib jahanam. Papar semua catatan

Sabtu, 5 November 2016

HOT ~ Show Me The Money..!


Layan..



Show Us Genuine China Money


MUTAKHIR, 3 November – Najib berhutang RM55 bilion lagi. Kemungkinan negara bankrupt semakin menakutkan. Kantung kerajaan semakin kosong. Peruntukan pelajaran, kesihatan dan kebajikan dikurangkan, dibekukan dan ditarik balik.
 

Dalam lawatan ke China sekarang, Najib gembira dapat pinjaman   mudah RM55 bilion dari China untuk Projek Kereta Api Pantai Timur. Kontrak sudah tentulah dibagi kepada China.

Hutang 1MDB pula dipercayai telah naik melepasi RM50 bilion kepada RM53 bilion. Johari sila nafi atau jelaskan. Kemudian Projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura dijangka makan belanja RM50 bilion.

Campur semua jadi RM158 bilion. Kita pun tak pasti hutang 1MDB lebih RM50 bilion itu sudah masuk buku atau belum. Yang kita tahu hutang itu sudah dipindahkan kepada Kementerian Kewangan. Bank Negara Malaysia kata pada akhir Jun lalu, hutang kerajaan RM655.74 bilion. Garis waktu (timeline) hutang kerajaan macam ini: Akhir zaman Dr Mahathir RM189 bilion, Abdullah Ahmad Badawi RM306 bilion dan Najib sekarang RM655.74 bilion. Hampir 55 sen daripada setiap RM1 ekonomi yang dijana adalah untuk tanggung hutang. Najib layak diberi gelaran “hutang king”.

ORIGINAL POST
 


IN the spirit of inclusiveness – that every Malaysia has a say and the right to be heard – I would like to challenge the International Trade and Industry Minister, the Finance Minister 2 and the Bank Negara Governor to prove to us that China is actually bringing in the billions it promises.

In case we have forgotten, inclusiveness is the cornerstone of the Prime Minister, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak’s New Economic Model.

I challenge Datuk Seri Mustapa Mohamed, Datuk Seri Johari Abdul Ghani and Datuk Muhammad Ibrahim to show us the pay-in slips to prove that the China companies are actually bringing in the capital.

According to Malaysian media reports, RM143.64 billion worth of deals were signed during Najib’s this week’s visit to China.

Let us see that the Chinese capital is really flowing in and every sen is accounted for to avoid the repeat of the 1MDB-type corporate manipulation for illegal purposes. 

There’s a lot of commission and consultancy income to be made on that amount of money. Here the role of Bank Negara as the gatekeeper is paramount. It cannot allow itself to be tricked once again after that shameful 1MDB episode.

We do not want the China companies, most of which are state-owned, to come to Malaysia on the pretext of investing in huge projects but raise the capital from the local market.

This has been the trick of many so-called foreign investors. They came to Malaysia as foreign investors but borrowed working capital from local banks.

Just a few days ago, Bloomberg news service reported that China General Nuclear Power Corp, which bought 1MDB’s power assets for US$2.3 billion (RM9.2 billion) this year, is considering listing the business as early as 2017.

The state-owned company could raise as much as US$400 million (RM1.6 billion) from a Malaysian initial public offering of Edra Global Energy Bhd.

Who would be the buyers of its IPO shares – PNB, EPF, KWAP and the local banks?

Why should we be funding foreign companies to buy our domestic assets?

Yes, 1MDB is so toxic that very few local companies would dare buy its assets. But not all assets that are being sold or franchised to China companies are related to 1MDB.

But since Najib had committed us to these massive China-led investments and had even aligned us to China militarily, we must raise our vigilance to ensure that we do not end up becoming the 21stcentury vassal state of China.

Wallahuaklam.


Ini pun kira menghasut ke Khalid???

Lu Fikir La Sendiri!!!


Sabtu, 22 Oktober 2016

Bla..Bla..Bla..! Najib..! Bla..Bla..Bla..!


Oleh kerana pak kadiaq tak letak tajuk..! itu sebab gambar tu pun antara nampak tak nampak ajer..!

Layan...

A Kadir Jasin

PERDANA Menteri merangkap Menteri Kewangan, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak membentangkan Belanjawan 2017 hari ini.

Saya ambil maklum dan baca di sana sini, tetapi berasa belum berkemampuan dan berinspirasi untuk mengulas mengenainya. Muse – sumber ilham – saya pun tidak begitu bersemangat menyalakan obor kreativiti saya mengenai bajet tersebut.

Saya harap Muse (dibunyikan “mius”) para pelawat dan pembahas lebih sedia bekerjasama jadi bolehlah berbahas dengan tuntas. Saya sediakan ruang untuk tujuan itu di sini. Tetapi kalau “Muse” saudara dan saudari juga kurang memberi kerjasama, boleh lawati LAMAN INI. 
 
Dalam mitos Greek dan Rom, Muse adalah sembilan puteri Zeus dan Mnemosyne yang dikatakan menjaga hal-hal berkaitan seni dan sains.

Tidak hairanlah Muse saya lebih cenderung mengheret saya ke arah sejarah, mitos dan legenda Rom. Mereka merujuk kepada saat-saat genting tamadun Rom apabila Julius Caesar mula berkomplot merampas kuasa untuk mengisytiharkan dirinya diktator.

Di kalangan pembesar Rom yang menentang cita-cita Caesar itu adalah pemikir Marcus Tullius Cicero.

Izinkan saya berkongsi dengan para pembahas dan pelawat sekalian satu perenggan dalam buku “Dictator” oleh novelis Inggeris Robert Harris seperti berikut:

“Perhubungan di antara Terentia dengan Cicero lebih beradab, selain satu hal rumit yang menjadi punca ketegangan sepanjang perkahwinan mereka – wang. Berbeza dengan Cicero, Terentia mengalu-alukan pelantikan suaminya sebagai gabenor. Dia melihatnya sebagai peluang keemasan untuk mengumpul kekayaan. Malah dia membawa bersama ketua orang suruhannya, Philotimus dalam perjalanan ke selatan supaya Cicero boleh memanfaatkan kepandaian Philotimus memeras keuntungan. Cicero menangguhkan perbualan dengan Terentia, tetapi Terentia terus membebel hinggalah ke hari terakhir mereka bersama apabila Cicero hilang sabar.

‘Ketaasuban awak dengan mencari kekayaan sangat-sangat tidak kena tempat.’

‘Keborosan awak membelanjakan wang tidak memberikan saya banyak pilihan.’

Cicero berhenti seketika bagi mengawal kemarahannya dan cuba menjelaskan kepada Terentia dengan lebih tenang. ‘Awak nampaknya tidak faham yang orang macam saya tidak boleh mengambil risiko melakukan tindakan salah. Musuh-musuh saya sedang menunggu peluang untuk mendakwa saya atas tuduhan rasuah.’

Kuasa, harta dan wanita adalah punca utama kemusnahan demokrasi Rom. Daripada kerajaan beraja ia bertukar menjadi republik, diktator dan akhirnya maharaja berkuasa mutlak.

Giaus Julius Caesar seorang yang bercita-cita tinggi. Ketika lemah, dia berkongsi kuasa kemudian apabila kuat dia merampasnya dan mengisytiharkan dirinya diktator ke akhir zaman sehinggalah kawannya sendiri, Marcus Junius Brutus menikamnya dari belakang sampai mati.

Berpidato mempertahankan tindakannya, Brutus berkata: “Kalau ada seorang kawan Caesar bertanya mengapa Brutus bangkit menentang Caesar, inilah jawapannya: bukan aku tidak cukup menyayangi Caesar, tetapi aku lebih menyayangi Rom.”

Tetapi manusia yang tamak boleh mengubah cintanya daripada menyayangi Rom kepada mencintai Ceasar jika dia bangkit dari kuburnya dengan berkoyan emas permata. Emas permata boleh membuat manusia gelap mata.

Wallahuaklam.


Lu Fikir La Sendiri!!!

Sabtu, 15 Oktober 2016

HOT ~ Muslihat Najib..?


Hubaya hubaya rakyat..!

Muslihat Di Sebalik Tuduhan Mohd Najib


APAKAH muslihat Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak membuat kenyataan mengenai “dua individu” yang dituduhnya mengganggu dan mengancam perpaduan negara?

Dua individu yang dituduh berniat jahat tetapi tidak dinamakan itu tidak lain tidak bukan adalah Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Adakah Mohd Najib membuat kenyataan di radio Astro Awani itu kerana (1) Majlis Raja-Raja bersidang (2) Dr Mahathir dan Anwar saling sokong menyokong bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasioal dan (3) menyiapkan landasan untuk menggunakan Akta Majlis Keselamatan Negara yang baru dikuatkuasakan?

Sebelum Majlis Raja-Raja bersidang minggu ini, Dr Mahathir telah menghadap Yang di-Pertuan Agong dan mengutus surat kepada Raja-Raja Melayu yang lain bagi mempersembahkan Deklarasi Rakyat.

Dr Mahathir berjumpa dan berbincang dengan Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 5 September lalu dan seterusnya mengemukakan afidavit menyokong saman Anwar bagi menghalang pelaksanaan Akta MKN.

Pertemuan 5 September
Ini disusuli oleh “perisytiharan perdamaian” antara Dr Mahathir dan Anwar serta kesepakatan bahawa mereka akan berusaha ke arah melancarkan serangan bersepadu atas prinsip satu-lawan-satu ke atas BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin juga menemui Anwar selepas itu bagi memperkukuh rangka kerjasama blok pembangkang. 

Atau apakah serangan baru ke atas Dr Mahathir dan Anwar itu helah untuk mengalih pandangan rakyat jelata daripada gunung berapi 1MDB yang semakin ganas ledakannya?

Pada 12 Oktober, Pihak Berkuasa Mata Wang Singapura (MAS) mengarahkan penutupan Falcon Private Bank atas alasan kelemahan kawalan dan salah laku berkaitan urus niaga yang melibatkan 1MDB.

Dalam kenyataannya, MAS berkata bank persendirian Swiss itu telah mempamerkan kegagalan besar menyekat perbuatan mengalihkan wang haram (money laundering) dan salah laku oleh pengurusan kanannya di Switzerland dan Singapura.

Mei lalu MAS telah menutup BSI Bank yang juga berpangkalan di Switzerland atas sebab yang serupa. Kerosakan kolateral 1MDB sudah menjadi fenomena global. 

Tetapi ini mungkin sebab sampingan sahaja kerana Umno dan para penyokong Mohd Najib nampaknya menerima perbuatan haram oleh 1MDB yang beliau sendiri asaskan dan kawal sebagai perkara biasa atau sekadar fitnah.

Jadi kesangsian yang lebih mendalam ialah beliau sedang menyediakan alasan untuk menggunakan Akta MKN dengan menuduh Dr Mahathir dan Anwar berpakat melakukan hasutan bagi memecahbelahkan perpaduan kaum dan mengancam keselamatan negara.

Mohd Najib membuat tuduhan berat ini di saat-saat kegiatan provokasi oleh penyokong-penyokong Baju Merah beliau semakin rancak dan kasar. Dalam beberapa kejadian, perbuatan Baju Merah sudah boleh ditakrifkan sebagai ganas.

Apa pun alasan tersirat dan tersurat Mohd Najib dalam membuat tuduhan di Radio Astro itu dan apa jua tindak-tanduk beliau seterusnya, satu perkara yang jelas dan sahih ialah kelangsungan peribadi adalah matlamat pokok Mohd Najib buat masa ini.

Dengan apa cara sekalipun “survival” akan dipertahankan.

Dalam konteks ini, setiap daripada kita yang sedang berusaha menyelamatkan negara dan mengalihkannya daripada landasan kemusnahan hendaklah sentiasa berhati-hati dan sedar bahawa kita berdepan dengan suatu kuasa hitam - dark force - yang sangat berbahaya. Moga-moga Allah berikan petunjuk dan kejayaan kepada kita.

Wallahuaklam.


Bulat manusia kerana muafakat...!
Sepakat membawa berkat..!

Negara kita adalah tanggungjawab kita bersama..!

Kepada Allah Berserah..!

Lu Fikir La Sendiri!!!