Memaparkan catatan dengan label kenaikan harga barang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kenaikan harga barang. Papar semua catatan

Rabu, 4 November 2015

Apa Maknanya..?


British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan kenaikan harga semua rokoknya berkuatkuasa pada Rabu.
Harga baharu itu berikutan kenaikan duti eksais sebanyak lebih daripada 40 peratus, kesannya terhadap Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan tekanan kos inflasi.
Berikutan itu, harga baharu rokok bermula Rabu adalah seperti berikut:
Rangkaian Dunhill - RM17.00
Rangkaian Kent RM17.00
Benson & Hedges RM17.00
Rangkaian Peter Stuyvesant RM15.50
Rangkaian Pall Mall RM15.50
Lucky Strike Plain RM17.50
Rangkaian Shuang Xi RM18.00
Syarikat tersebut turut menyatakan kekecewaan dan terkejut dengan kenaikan mendadak duti eksais sambil menambah ia akan menyebabkan kehadiran lebih banyak rokok haram di pasaran gelap.
Yang jelas kenyataan akhir tu...lambakan rokok haram..! Dah la penyakit...makin bertambah sakit ler..!
Bukan kah ini juga bukti bahawa kenaikan harga barang memang tidak dapat dielakkan semenjak perlaksanaan GST..! Cuma ianya melibatkan rokok maka tidak la disensasikan walaupun kenaikan yang amat besar dan melampau..! Naik RM4..!!!

Kalau ini merupakan asas dan indikator kenaikan harga barang yang lain maka akhirnya rakyat juga la yang terseksa menanggung bebannya..!
Benar GST penting, namun jangan la pulak GST dijadikan hanya satu satunya instrumen bagi pihak kerajaan mendapat hasil..! Kalau gitu benarlah bagai dikata bahawa hari ini rakyat la yang menanggung kerajaan..! Rakyat la yang menyebabkan kerajaan dapat membayar gaji dan berfungsi..! Rakyat la yang 'menghidupkan' kerajaan..!
Slogan BN selama ini 'dari rakyat kepada rakyat' nampaknya sudah bertukar kepada 'dari rakyat kepada kerajaan'..!
Pemimpin kena sedar bahawa rakyat memerhati..! memperinci dan mengkaji..!
Jangan sampai rakyat meluat dan terus membenci..!
Akhirnya?
Lu Fikir La Sendiri!!!

Jumaat, 17 Januari 2014

Baru Dengar Ke Baru Sedar..!!!


Apa la PM ni..!

Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengambil tindakan tegas ke atas peniaga yang bertindak menaikkan harga secara melampau.

Jelas Perdana Menteri, tindakan tegas itu perlu diambil segera bagi memastikan rakyat tidak menjadi mangsa sikap tidak bertanggungjawab para peniaga yang hanya tahu mengambil kesempatan di sebalik kenaikan beberapa harga barang.

Hari tu..TPM pulak kata…

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet Menangani Kos Sara Hidup yang bertujuan menangani setiap isu berkaitan kenaikan kos hidup rakyat ketika ini.

Serentak itu beliau memberitahu, Jemaah Menteri yang bermesyuarat hari ini mengarahkan semua menteri turun padang untuk melihat secara lebih dekat isu tersebut melalui portfolio masing-masing.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah dilantik sebagai sekretariat dan kementerian peneraju bagi jawatankuasa khas itu.

PM dan TPM cuba la jangan buat kerja tahyul ni..! mana ada kenaikan..! kan..!kan..!!!

Semua Menteri kena arah baru nak buat kerja ke? Apa kerja turun padang ni susah sangat ke? Apa Menteri semua kerja kat atas kayangan ke?

Lu Fikir La Sendiri!!!

Selasa, 7 Januari 2014

Hassan, Telor & Ayam…Mana Keluar Dulu?


Kemana Menteri ayam ni pergi? sejak serangan harga barang keatas rakyat dalam tempoh seminggu ni tak pulak kita dengar kokokan Menteri ni..! Ada dia panggil para peniaga? Ada dia panggil para pemborong? ada dia panggil peruncit?

Dulu semua Menteri yang terlibat akan memanggil para pemian industri untuk meredakan kenaikan harga..! matlamatnya..rakyat..! Pasti ada tarik tali dalam perbincangan tetapi selalunya pihak Menteri dan Kementerian akan dilihat menjuarai isu yang berkepentingan rakyat..!

Tapi si Hassan ni sejak duduk di kerusi empuk Menteri tidak pulak kita dengar langkah dan tindakan seperti mana Menteri dulu dulu..! Apakah semua pegawai di KPDNKK dah tak bertelor atau memang dah malas nak membantu Menteri telor ayam ni..!


Tengok link dari astroawani.disini

6 Jan. - Kenaikan harga ikan kembung serta beberapa jenis ikan lain di pasaran sejak dua minggu lalu memberi kesan kepada orang ramai termasuk pengusaha kedai makan di kawasan ini.

Kesan itu semakin terasa apabila harga ikan kembung yang didaratkan nelayan di jeti pendaratan ikan Kuala Muda, Penaga dekat sini pagi ini dijual pada harga RM9 sekilogram.

Tinjauan di sekitar pasar daerah ini juga mendapati kebanyakan peniaga tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa menjual ikan kembung dengan harga RM12 sekilogram, sekali gus membebankan pengguna.

Rata-rata pengusaha kedai makan mengakui, situasi itu cukup menekan mereka sehingga ada yang terpaksa menukar menu bagi mengelak kerugian selain tidak mahu dicemuh pelanggan kerana menjual makanan dengan harga yang tinggi.

Pemilik gerai makan, Syarifah Rohizam Syed Abdul Rahman, 49, yang menjalankan perniagaan di gerai Mara Kuala Muda berkata, sebelum krisis kekurangan bekalan ikan berlaku, dia membeli 15 kilogram (kg) ikan sehari untuk dimasak pelbagai jenis resipi.

"Tetapi sejak harganya meningkat sehingga melebihi RM7 sekilogram dua minggu lalu, saya mula mengalami masalah mendapatkan bekalan.

"Keadaan ini menjejaskan perniagaan saya kerana pelanggan sering merungut berikutan harganya terlalu tinggi menyebabkan saya menyediakan menu berasaskan daging dan ayam sahaja kebelakangan ini," katanya.

Peniaga makanan, Robaif Seman, 54, berkata, dia terpaksa menukar menu nasi campur kepada makanan bergoreng kerana tidak mahu menanggung kerugian berpanjangan berikutan gerainya kurang dikunjungi pelanggan.

"Kos untuk menyediakan lauk pauk semakin hari semakin tinggi sejak kenaikan harga bahan mentah kebelakangan ini.

"Kenaikan harga ikan ini menambah beban kos menyebabkan saya menukar menu dan sudah tentu pendapatan saya turut terjejas," katanya.

Sementara itu, suri rumah, Rosinah Lajid, 48, dari Taman Bertam Indah berkata, kenaikan harga ikan membuatkan dia beralih membeli ayam dan daging untuk hidangan keluarganya.

"Memang tinggi harga pelbagai ikan yang dijual di pasar dan sebagai pengguna kita perlu menggunakan bahan lain bagi menggantikan ikan," katanya.

Bagi Mohd. Suhairi Shariff, 26, pula, dia tiada pilihan dan terpaksa membeli ikan walaupun harganya agak mahal berbanding sebelum ini.

"Pendekatan yang digunakan ialah beli dalam jumlah yang sedikit supaya kesan kenaikan harga tidak dirasai," katanya.

Di Kuching Pulak..

KUCHING 6 Jan. - Harga beberapa jenis sayur di Medan Niaga Satok, Kubah Ria di sini mengalami kenaikan mendadak melebihi 50 peratus.

Timbalan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri, Su'udi Arof berkata, sawi hijau misalnya mengalami kenaikan RM8 apabila harganya melambung kepada RM15 sekilogram berbanding RM7 pada minggu lalu.

Beliau berkata, harga sayur kailan turut meningkat sebanyak RM7 apabila para peniaga di pusat niaga itu meletakkan harga RM15 sekilogram berbanding RM8 sebelum ini.

"Antara sayur lain yang naik harga ialah bayam dan terung peparu meningkat sebanyak RM2.50, kangkung (RM2), kacang panjang (RM2), kacang buncis (RM1.50), petola (RM1), kacang bendi (RM1) dan peria (RM1).

"Walau bagaimanapun, bawang merah kecil import mengalami penurunan harga sebanyak 50 sen manakala beberapa barangan seperti ayam, telur dan buah-buahan kekal pada harga yang sama sebelum ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Su'udi berkata, Unit Perisik Pasaran FAMA menjalankan pemantauan harga setiap hari bagi mendapatkan harga purata sebelum diguna pakai oleh kesemua peniaga di Medan Niaga Satok.

Beliau berkata, pihaknya menyedari kenaikan harga beberapa jenis barangan dan sentiasa melaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi mengawal harga tersebut.

Jelasnya, kenaikan dan penurunan harga beberapa barangan adalah disebabkan faktor permintaan pengguna, bekalan semasa dan keadaan cuaca.

"Kebanyakan sayur-sayuran yang dijual di sini, diperoleh daripada pembekal di Jalan Kuching-Serian, Beratok, Siburan dan Batu Gong iaitu kawasan yang turut terlibat dalam banjir," katanya.

Lepas ni Hassan nak suruh rakyat buat apa? jangan makan sayur? jangan makan ikan?

Jadi kalau ditanya mana dulu sama ada Hassan, telor dan ayam, maka kita rakyat Malaysia memang berdoa agar Hassan keluar dulu..! keluar dari kabinet..!!!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Rabu, 4 September 2013

Kenal Siapa Ni?

Presiden Persatuan Pengusaha Pengangkutan Perdagangan Wilayah Utara, Datuk Yusoff Ismail
Nampak? dah mula dah...! cuba baca dan fahamkan apa dia kata dibawah ni...

ALOR SETAR - Kenaikan harga minyak jenis RON95 dan diesel sebanyak 20 sen berkuat kuasa semalam akan meningkatkan caj perkhidmatan pengangkutan perdagangan antara empat hingga lima peratus.

Presiden Persatuan Pengusaha Pengangkutan Perdagangan Wilayah Utara, Datuk Yusoff Ismail berkata, kenaikan itu memberi impak besar kepada syarikat pengangkutan perdagangan termasuklah pengusaha bas ekspres.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan pengusahanya menaikkan tambang atau sewa perkhidmatan pengangkutan bagi mengelakkan kerugian kerana terpaksa menanggung kos kenaikan bahan api.

“Pengusaha pengangkutan perdagangan terpaksa menanggung kos kenaikan bahan api yang lebih membebankan dan mereka berkemungkinan menaikkan tambang atau kadar sewa kos perkhidmatan pengangkutan.

“Saya terima laporan daripada pengusaha syarikat pengangkutan perdagangan, bahawa mereka jangka caj perkhidmatan pengangkutan perdagangan akan naik sebanyak 4 hingga 5 peratus," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Yusoff berkata, kenaikan harga minyak itu juga sekali gus akan meningkatkan harga barangan lain.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Pengguna Kedah (Cake) berkata, barangan lain secara langsung membabitkan kebergantungan kepada kos pengangkutan untuk proses pengedaran dan penghantaran.


Ini yang rakyat risaukan, ini yang membuatkan rakyat resah gelisah, semua orang tahu waima keling bunting pun boleh faham kesan kepada kenaikan bahan api. 

Rakyat berharap sangat agar pak pak menteri yang bijaksana sini tu turut risau dan gundah gulana berfikir bagaimana pihak kerajaan mampu 'menyerap' sebarang harga agar rakyat tidak terus 'menyirap'.

Rakyat faham bahawa sebarang kenaikan harga dipasaran hampir tidak dapat dielakkan disebabkan kenaikan harga minyak NAMUN sebarang kenaikan harga barang, jualan dan perkhidmatan mestilah BERPATUTAN dan tidak membebankan rakyat. Macam Din Turtle kata kat sini.

Amaran..amaran tak main..! turun ke padang dan pastikan mana mana lintah darat ini dihukum dan diberitakan kepada umum agar rakyat dan pengguna tahu mana yang terbaik untuk mereka. Banyakkan Kedai Rakyat 1Malaysia dan pelbagai lagi...puak PEMANDU kena perah otak..! bukan perah duit rakyat..!

Contoh macam cadangan nak mewujudkan minyak RON92..lakukan segera! jadi rakyat terbanyak yang tak mampu ada pilihan untuk menggunakan barang murah.


Menuju negara maju pasti ada kesannya, rakyat marhaein terpaksa terima jika mereka akan jadi warga kelas 3 dengan mengungguli barang barang 'low class' kerana SESUAI dan SEPADAN dengan kekuatan kewangan yang ada pada mereka. Bagi yang kaya boleh terus nikmati kekayaan yang mereka miliki.

Setakat ini rasanya rakyat terbanyak belum lagi menikmati slogan pihak kerajaan yang mahukan rakyat berpendapatan tinggi. Macam mana nak rasa pendapatan tinggi..kerana kalau pun naik gaji...kos hidup pun turut meningkat..! bila nak rasa kaya kalau senang pun belum boleh?

Lu Fikir La Sendiri!!!