Kemana Menteri ayam ni pergi? sejak serangan harga barang keatas rakyat dalam tempoh seminggu ni tak pulak kita dengar kokokan Menteri ni..! Ada dia panggil para peniaga? Ada dia panggil para pemborong? ada dia panggil peruncit?
Dulu semua Menteri yang terlibat akan memanggil para pemian industri untuk meredakan kenaikan harga..! matlamatnya..rakyat..! Pasti ada tarik tali dalam perbincangan tetapi selalunya pihak Menteri dan Kementerian akan dilihat menjuarai isu yang berkepentingan rakyat..!
Tapi si Hassan ni sejak duduk di kerusi empuk Menteri tidak pulak kita dengar langkah dan tindakan seperti mana Menteri dulu dulu..! Apakah semua pegawai di KPDNKK dah tak bertelor atau memang dah malas nak membantu Menteri telor ayam ni..!
Tengok link dari astroawani.disini
6 Jan. - Kenaikan harga ikan kembung serta beberapa jenis ikan lain di pasaran sejak dua minggu lalu memberi kesan kepada orang ramai termasuk pengusaha kedai makan di kawasan ini.
Kesan itu semakin terasa apabila harga ikan kembung yang didaratkan nelayan di jeti pendaratan ikan Kuala Muda, Penaga dekat sini pagi ini dijual pada harga RM9 sekilogram.
Tinjauan di sekitar pasar daerah ini juga mendapati kebanyakan peniaga tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa menjual ikan kembung dengan harga RM12 sekilogram, sekali gus membebankan pengguna.
Rata-rata pengusaha kedai makan mengakui, situasi itu cukup menekan mereka sehingga ada yang terpaksa menukar menu bagi mengelak kerugian selain tidak mahu dicemuh pelanggan kerana menjual makanan dengan harga yang tinggi.
Pemilik gerai makan, Syarifah Rohizam Syed Abdul Rahman, 49, yang menjalankan perniagaan di gerai Mara Kuala Muda berkata, sebelum krisis kekurangan bekalan ikan berlaku, dia membeli 15 kilogram (kg) ikan sehari untuk dimasak pelbagai jenis resipi.
"Tetapi sejak harganya meningkat sehingga melebihi RM7 sekilogram dua minggu lalu, saya mula mengalami masalah mendapatkan bekalan.
"Keadaan ini menjejaskan perniagaan saya kerana pelanggan sering merungut berikutan harganya terlalu tinggi menyebabkan saya menyediakan menu berasaskan daging dan ayam sahaja kebelakangan ini," katanya.
Peniaga makanan, Robaif Seman, 54, berkata, dia terpaksa menukar menu nasi campur kepada makanan bergoreng kerana tidak mahu menanggung kerugian berpanjangan berikutan gerainya kurang dikunjungi pelanggan.
"Kos untuk menyediakan lauk pauk semakin hari semakin tinggi sejak kenaikan harga bahan mentah kebelakangan ini.
"Kenaikan harga ikan ini menambah beban kos menyebabkan saya menukar menu dan sudah tentu pendapatan saya turut terjejas," katanya.
Sementara itu, suri rumah, Rosinah Lajid, 48, dari Taman Bertam Indah berkata, kenaikan harga ikan membuatkan dia beralih membeli ayam dan daging untuk hidangan keluarganya.
"Memang tinggi harga pelbagai ikan yang dijual di pasar dan sebagai pengguna kita perlu menggunakan bahan lain bagi menggantikan ikan," katanya.
Bagi Mohd. Suhairi Shariff, 26, pula, dia tiada pilihan dan terpaksa membeli ikan walaupun harganya agak mahal berbanding sebelum ini.
"Pendekatan yang digunakan ialah beli dalam jumlah yang sedikit supaya kesan kenaikan harga tidak dirasai," katanya.
Di Kuching Pulak..
KUCHING 6 Jan. - Harga beberapa jenis sayur di Medan Niaga Satok, Kubah Ria di sini mengalami kenaikan mendadak melebihi 50 peratus.
Timbalan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri, Su'udi Arof berkata, sawi hijau misalnya mengalami kenaikan RM8 apabila harganya melambung kepada RM15 sekilogram berbanding RM7 pada minggu lalu.
Beliau berkata, harga sayur kailan turut meningkat sebanyak RM7 apabila para peniaga di pusat niaga itu meletakkan harga RM15 sekilogram berbanding RM8 sebelum ini.
"Antara sayur lain yang naik harga ialah bayam dan terung peparu meningkat sebanyak RM2.50, kangkung (RM2), kacang panjang (RM2), kacang buncis (RM1.50), petola (RM1), kacang bendi (RM1) dan peria (RM1).
"Walau bagaimanapun, bawang merah kecil import mengalami penurunan harga sebanyak 50 sen manakala beberapa barangan seperti ayam, telur dan buah-buahan kekal pada harga yang sama sebelum ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Su'udi berkata, Unit Perisik Pasaran FAMA menjalankan pemantauan harga setiap hari bagi mendapatkan harga purata sebelum diguna pakai oleh kesemua peniaga di Medan Niaga Satok.
Beliau berkata, pihaknya menyedari kenaikan harga beberapa jenis barangan dan sentiasa melaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi mengawal harga tersebut.
Jelasnya, kenaikan dan penurunan harga beberapa barangan adalah disebabkan faktor permintaan pengguna, bekalan semasa dan keadaan cuaca.
"Kebanyakan sayur-sayuran yang dijual di sini, diperoleh daripada pembekal di Jalan Kuching-Serian, Beratok, Siburan dan Batu Gong iaitu kawasan yang turut terlibat dalam banjir," katanya.
Lepas ni Hassan nak suruh rakyat buat apa? jangan makan sayur? jangan makan ikan?
Jadi kalau ditanya mana dulu sama ada Hassan, telor dan ayam, maka kita rakyat Malaysia memang berdoa agar Hassan keluar dulu..! keluar dari kabinet..!!!
Jadi kalau ditanya mana dulu sama ada Hassan, telor dan ayam, maka kita rakyat Malaysia memang berdoa agar Hassan keluar dulu..! keluar dari kabinet..!!!
Lu Fikir La Sendiri!!!
nie harta najib jangan marah dia marah kat najib sebab pilih dia jadi menteri timbang dan sukat
BalasPadam