Rabu, 4 November 2015

Apa Maknanya..?


British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan kenaikan harga semua rokoknya berkuatkuasa pada Rabu.
Harga baharu itu berikutan kenaikan duti eksais sebanyak lebih daripada 40 peratus, kesannya terhadap Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan tekanan kos inflasi.
Berikutan itu, harga baharu rokok bermula Rabu adalah seperti berikut:
Rangkaian Dunhill - RM17.00
Rangkaian Kent RM17.00
Benson & Hedges RM17.00
Rangkaian Peter Stuyvesant RM15.50
Rangkaian Pall Mall RM15.50
Lucky Strike Plain RM17.50
Rangkaian Shuang Xi RM18.00
Syarikat tersebut turut menyatakan kekecewaan dan terkejut dengan kenaikan mendadak duti eksais sambil menambah ia akan menyebabkan kehadiran lebih banyak rokok haram di pasaran gelap.
Yang jelas kenyataan akhir tu...lambakan rokok haram..! Dah la penyakit...makin bertambah sakit ler..!
Bukan kah ini juga bukti bahawa kenaikan harga barang memang tidak dapat dielakkan semenjak perlaksanaan GST..! Cuma ianya melibatkan rokok maka tidak la disensasikan walaupun kenaikan yang amat besar dan melampau..! Naik RM4..!!!

Kalau ini merupakan asas dan indikator kenaikan harga barang yang lain maka akhirnya rakyat juga la yang terseksa menanggung bebannya..!
Benar GST penting, namun jangan la pulak GST dijadikan hanya satu satunya instrumen bagi pihak kerajaan mendapat hasil..! Kalau gitu benarlah bagai dikata bahawa hari ini rakyat la yang menanggung kerajaan..! Rakyat la yang menyebabkan kerajaan dapat membayar gaji dan berfungsi..! Rakyat la yang 'menghidupkan' kerajaan..!
Slogan BN selama ini 'dari rakyat kepada rakyat' nampaknya sudah bertukar kepada 'dari rakyat kepada kerajaan'..!
Pemimpin kena sedar bahawa rakyat memerhati..! memperinci dan mengkaji..!
Jangan sampai rakyat meluat dan terus membenci..!
Akhirnya?
Lu Fikir La Sendiri!!!

10 ulasan:

  1. Dulu klu minyak naik barang naik....itu ukuran dolu dolu.....skg klu rokok naik barang pun naik kah kah kah....bangang2...harga ganja pun naik 10 kali ganda...kah kah...mcm.citer p ramlee sorok sorok
    jual belacan .....kah kah ksh...pada yg merokok cukup2 la isap natang tuhh...mana rasa x puas ati rokok naik teruskan isap smpi mmpos...

    BalasPadam
  2. Wow...gila babi betul...kaw kaw dia naik...mungkin kantong kerajaan dh kering...nk cover htg 1mdb lh tuu..k¡H k¡H kih..

    BalasPadam
  3. baek hisap ganja ccmni...murah gnja lg dr rokok...tp alhmdlh naik lg byk lg bagus..blh brenti jerr isap rokok huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perokok adalah manusia yg bodoh,sombong dan zalim.

      Suka mementingkan diri tanpa pedulikan org keliling terutama anak bini, org2 tua dan org2 yg berpenyakit.

      Perokok tegar biasanya akan beri 1001 alasan utk meneruskan aktiviti mereka.

      Ayat paling bangang...

      Duit aku, ko apa pedulik.

      Kubo masing2 tau.

      Ko yg tak isap, dah buat banglow?

      Kalau naik sampai RM50 pun, aku tetap akan isap.

      Padam
  4. Rakyat dah pun benci kerajaan ditambah lagi dengan berita ini lagi bertambah meluatlah jadinya. Segalanya berpunca dari SATU orang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak buat macam mana... tunggu je lah 2018 nanti... kalau masih menang lagi... memang boleh dicopkan orang Malaysia memang tak sedar-sedar lagi...

      Padam
  5. Esok ada menteri yang akan keluar kenyataan kerajaan prihatin terhadap kesihatan rakyat sebab tu naikkan cukai rokok. Kalau rasa rokok terlalu mahal elok tukar hisap vape yang kerajaan tidak jadi haramkan. Boleh bantu ekonomi anak muda bumiputera katanya.

    BalasPadam
  6. Ni pun mesti salah madey jugak! - macai pemakan dedak whiskas

    BalasPadam
  7. Tembakau naik harga. Penanam tembakau tempatan dpt hasil lebih baik.
    T kasih kerajaan.

    BalasPadam