Apa la PM ni..!
Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengambil tindakan tegas ke atas peniaga yang bertindak menaikkan harga secara melampau.
Jelas Perdana Menteri, tindakan tegas itu perlu diambil segera bagi memastikan rakyat tidak menjadi mangsa sikap tidak bertanggungjawab para peniaga yang hanya tahu mengambil kesempatan di sebalik kenaikan beberapa harga barang.
Hari tu..TPM pulak kata…
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet Menangani Kos Sara Hidup yang bertujuan menangani setiap isu berkaitan kenaikan kos hidup rakyat ketika ini.
Serentak itu beliau memberitahu, Jemaah Menteri yang bermesyuarat hari ini mengarahkan semua menteri turun padang untuk melihat secara lebih dekat isu tersebut melalui portfolio masing-masing.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah dilantik sebagai sekretariat dan kementerian peneraju bagi jawatankuasa khas itu.
PM dan TPM cuba la jangan buat kerja tahyul ni..! mana ada kenaikan..! kan..!kan..!!!
Semua Menteri kena arah baru nak buat kerja ke? Apa kerja turun padang ni susah sangat ke? Apa Menteri semua kerja kat atas kayangan ke?
Lu Fikir La Sendiri!!!
Pm,tpm dan semua menteri kabinet mabuk dan bingai...langsung tk baca blog2 dan ambik tau luahan rakyat.sia2 je ada pegawai,pembantu dan setiausaha yg tk update apa yg ada dlm blog pro kerajaan.mcm2 pendapat dan ulasan dlm blog tp kerajaan kita buat tk tau je..
BalasPadamkerja mudah jadi susah.Pi mai pi mai tang tu.Dalam mengurangkan subsidi, terlebih pulak belanja tuk kawal harga barang.Harga barang tetap naik selepas rasionalisasi subsidi.Cuma, buih2 spekulasi yang semakin panas utk di kaut, demi mendapat keuntungan yang berlebihan.Kemudian normal balik, mengikut kehendak pasaran dan kemampuan pengguna.Tetapi ,terbataslah tabiat berbelanja rakyat tidak seperti dulu.Mungkin ramai pengusaha perniagaan yang terlingkup dek permintaan yang rendah dan kos operasi yang tinggi.
BalasPadamproduk kilang dari negara thailand yang akan ambil alih pasaran dalam negara kita dari segi kuantiti dan kualiti.Kos operasi yang tinggi, tidak lagi efficient dari segi penampilan kualiti utk setiap produk dari kilang di malaysia.
BalasPadam