Memaparkan catatan dengan label prk permatang pauh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label prk permatang pauh. Papar semua catatan

Khamis, 7 Mei 2015

Parti Liwat Menang..!


Bukan main bersemangat puak harami ni berkempen..! mungkin cara kempen begini cukup sinonim dengan parti jubor..! Itu sebab Wan Azizah berjaya mengekalkan kerusi didalam pilihanraya P.044 Permatang Pauh.

Keputusan penuh -

BN: 21,475

BEBAS:367

PRM:101

PKR:30,316
majoriti: 8,841


Sebenarnya isu nasional yang mencorak pola pengundian hari ini begitu juga di Rompin 2 hari yang lalu. Itu kita ulas dalam posting yang akan datang..!

Apapun tahniah la nenek jijah..!

Rupanya letak kipas pun di Permatang Pauh boleh menang..! Kuat betul kasih sayangnya..!

LU FIkir La Sendiri!!!


BUKIT MERTAJAM: Menepati ramalan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akhirnya kembali menduduki kerusi Parlimen Permatang Pauh selepas menang dengan majoriti  8,841 undi.
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang memperoleh 30,310 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Suhaimi Sabudin yang mendapat 21,475 undi.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu, PKR yang diwakili Datuk Seri Anwar Ibrahim menang dengan majoriti 11,721 undi.
Sementara itu menurut Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Jusni Ismail, calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Azman Shah Othman mendapat 101 undi manakala calon Bebas, Salleh Isahak mendapat 367 undi.
Keputusan diumumkan Pegawai Pengurus PRK Permatang Pauh kira-kira pukul 10.15 malam.
Hadir sama meraikan kemenangan Dr Wan Azizah di pusat penjumlahan undi di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini ialah Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan pimpinan Pakatan Rakyat. Bagaimanapun Suhaimi tidak hadir di IKBN.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan penyandangnya, Anwar  hilang kelayakan sebagai wakil rakyat setelah disabitkan kesalahan liwat dan sedang menjalani hukuman penjara lima tahun.

Ahad, 26 April 2015

PAS Bersumpah Untuk Kekal Sebagai Barua..!


Sekali barua..! maka selamanya PAS tetap menjadi barua..!

Yang Dipertuanya, Omar Hassan menyifatkan kemelut yang melanda PAS kawasan itu dan PKR sebagai sudah selesai dan tidak lagi timbul isu permohonan maaf yang dituntut sebelum ini.

BUKIT MERTAJAM: PAS kawasan Permatang Pauh yang sebelum ini bertegas tidak akan memberi sokongan kepada calon PKR jika mereka tidak menarik balik kenyataan tidak menyokong hudud membuat 'pusingan U' apabila melancarkan jentera pilihan raya mereka malam ini.

Yang Dipertuanya, Omar Hassan menyifatkan kemelut yang melanda PAS kawasan itu dan PKR sebagai sudah selesai dan tidak lagi timbul isu permohonan maaf yang dituntut sebelum ini. 

Lu Fikir La Sendiri!!!

Sabtu, 25 April 2015

Old Newspaper..!


Apa nak harap..! 


Keluarga tu juga ler..! 


Terpulang la kepada pengudi masih nak memilih kipas lipas ni ke atau calon muda BN..!


Rasanya...cukup cukup ler..!

BUKIT MERTAJAM: Kehangatan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh bermula dengan menyaksikan saingan empat penjuru bagi merebut kerusi panas itu.
Dua calon utama menawarkan diri bertanding ialah daripada Barisan Nasional (BN) iaitu Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Selain itu pilihan raya yang akan diadakan pada 7 Mei ini turut menyaksikan dua calon tampil menawarkan diri bertanding atas tiket Bebas.
Dua yang berkenaan ialah Azman Shah Othman dan Salleh Isahak.
Bagaimanapun Dr Abdullah Zawawi yang turut hadir ke Pusat Penamaan calon di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini menarik diri pada saat-saat akhir walaupun telah menyerahkan borang pencalonan sebagai calon Bebas.
Pengesahan pencalonan keempat-empat calon berkenaan diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Parlimen Permatang Pauh, Jusni Ismail.
Lu Fikir La Sendiri!!!

Khamis, 9 April 2015

PRK Permatang Pauh ~ Tak Mustahil BN Menang..!


Memang tak mustahil...lebih lebih lagi kalau kena calon yang sesuai macam kat atas tu..! tentu boleh menang..!

BN perlu meletakkan calon yang berkredibiliti tinggi jika serius untuk merampas kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam pilihan raya kecil kawasan itu pada 7 Mei ini. 
 
Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Ghazali yakin kerusi Permatang Pauh tidak akan terus kekal menjadi milik parti pembangkang sekiranya BN meletakkan calon yang mampu menambat hati rakyat. 
 
"Saya yakin BN mampu merampas kembali kerusi Permatang Pauh dengan calon yang mempunyai kredibiliti tinggi," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan 7 Mei depan sebagai hari mengundi sementara hari penamaan calon ialah pada 25 April dan pengundian awal pada 3 Mei bagi PRK Permatang Pauh.
 
Kerusi Permatang Pauh diisytiharkan kosong selepas penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen selepas Lembaga Pengampunan menolak petisyen bagi pengampunan diraja yang dipohon oleh keluarga ketua pembangkang itu atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
 
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh.
 
Bagi Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, masalah dalaman yang dihadapi pembangkang terutama dalam isu pelaksanaan hukum hudud memberi sedikit kelebihan kepada BN.
 
Beliau berkata calon dan jentera kempen harus menemui pengundi secara langsung selain melakukan ceramah terbuka dalam menjelaskan isu-isu yang berbangkit.
 
Beliau juga berharap kempen pilihan raya kecil itu berlangsung aman tanpa sebarang elemen provokasi, kekerasan dan ekstremisme.
 
Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Seri Noh Omar turut senada dalam perkara itu dan meminta semua pihak mematuhi undang-undang yang ditetapkan bagi mengelak kejadian tidak diingini.
 
Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah pula berkata, jentera Puteri bersedia untuk mendokong perjuangan BN bagi merampas kerusi Parlimen Permatang Pauh. 
 
"Puteri memilih media sosial sebagai medium kempen bagi mendekati golongan pengundi muda di kawasan itu," katanya.
 
Pada pilihan raya umum 2013, Anwar mempertahankan kerusi Permatang Pauh dengan menewaskan calon BN, Dr Mazlan Ismail dengan majoriti 11,721 undi. - Bernama 

PM dah bersalam dengan Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh kat atas tu..! serah dan dengar pandangan UMNO bahagian..! mereka lebih tahu akan permasalahan yang menjerut rakyat dan pengundi..!

Orang luar jangan sebok nak mengatur dan mencatur..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Rabu, 1 April 2015

Kita Lawan La..!


Dah putus..! dah sahih..! kita lawan la..! jangan pulak nanti tarik hand brake..!

Semua pihak perlu menghormati keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata ia merupakan keputusan Yang di-Pertuan Agong berikutan rayuan dikemukakan oleh Anwar yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh.
"Telah diumumkan tadi, harus kita hormati dan apapun itu adalah kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk membuat keputusan," katanya dalam sidang media di sini, Rabu.
Terdahulu, beliau melancarkan Pelan Pembangunan POLYGreen Politeknik Malaysia iaitu sebuah pelan pelaksanaan dan hala tuju strategik bagi amalan teknologi hijau di politeknik seluruh negara di Politeknik Merlimau di sini.
Hari ini (Rabu), Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh berkata Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Anwar melalui keluarganya.
Penasihat PKR itu kini menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Amarjeet Singh berkata Yang di-Pertuan Agong telah menolak permohonan Anwar dalam mesyuarat lembaga itu pada 16 Mac lalu. Oleh yang demikian, Anwar hilang kelayakan sebagai anggota Parlimen berdasarkan Perkara 48(4)(c) Perlembagaan Persekutuan.
PRK Permatang Pauh mengambil tempat..!
Lu Fikir La SEndiri!!!

Jumaat, 27 Mac 2015

Anwar SAH Banduan..! PRK Permatang Pauh Mengambil Tempat..!


Tak pernah pun berlaku seorang banduan boleh kekal sebagai Wakil Rakyat..! Baiknya kerajaan BN melayan perangai jahat Anwar walaupun sekelumit pun Anwar dan sekutu jahatnya tidak langsung pernah mahu mengiktiraf dan berterima kasih..!

Sekarang dah jelas..! 

KUALA LUMPUR: Peguam Kanan Persekutuan, Amarjeet Singh berkata petisyen bagi pengampunan diraja ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disabitkan dengan kesalahan meliwat telah dilupuskan.
Sehubungan itu katanya Anwar secara automatik hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

"Pendirian kami adalah keputusan sudah dibuat. Perlembagaan menerangkan hal ini dengan sendirinya," kata Amarjeet kepada pemberita.

Bagaimanapun peguam Anwar, N. Surendran, Latheefa Koya dan Dr Dheeraj Bhar berkata keputusan oleh Lembaga Pengampunan masih belum disahkan dan hanya akan diumumkan dalam Mahkamah Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas pada Rabu depan.

Keputusan itu disampaikan kepada peguam Anwar menerusi afidavit yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nursiah Arshad yang juga sebahagian daripada urus setia Lembaga Pengampunan.

Amarjeet berkata, pemohon telah meminta untuk melewatkan pengumuman keputusan bagi menyampaikan butirannya kepada Anwar terlebih dahulu.

Ok...kita look forward..! Bagaimana BN boleh merampas kerusi Parlimen Permatang Pauh yang sudah lama ditangan Anwar Aljub..! Rakyat dan pengundi Permatang Pauh sebenarnya dahagakan 'kasih sayang' UMNO dan Barisan Nasional..! Mereka perlukan pembelaan..!

Pemilihan kali ini perlu lah tepat..! perlu ikut kata akar umbi..! calon yang benar benar winable candidate..! bukan calon WIN CABLE..! bukan calon tunjuk dari bisikan para punahsihat..! Bukan dari kalangan mereka yang hanya tahu membodek dan reti menjilat..!

Najib perlu belajar dari kesilapan pemilihan calon dalam PRU13 yang lalu..! Jangan di ulang lagi kesilapan yang sama..! Jangan hanya menurut kata dan mendengar nyanyian syurga dari MJ, BJ, JJ, SJ dan banyak lagi J..! cukup..! 

Dengar kata akar umbi..! dengar kata UMNO Bahagian..! Dengar kata BN Bahagian..! Selama ni mereka yang bertungkus lumus membuat kerja dan membina hubungan baik dengan pengundi..! bukan orang lain..! bukan payung terjun..!

Tanya Kepimpinan di bawah..! siapa calon yang rakyat mahu..! siapa calon yang rakyat kehendaki..! Biar kita hantar calon ke gelanggang dengan potensi kemenangan yang tinggi..! bukannya umum sahaja namanya kita dah tahu rakyat akan tolak..! pengundi dah lama kata ini calon 'borak'..!

Cari calon yang authentic..! calon yang tulen..!

Akai ada kaa..!

Lu Fikir La Sendiri!!!