Jumaat, 27 Mac 2015

Anwar SAH Banduan..! PRK Permatang Pauh Mengambil Tempat..!


Tak pernah pun berlaku seorang banduan boleh kekal sebagai Wakil Rakyat..! Baiknya kerajaan BN melayan perangai jahat Anwar walaupun sekelumit pun Anwar dan sekutu jahatnya tidak langsung pernah mahu mengiktiraf dan berterima kasih..!

Sekarang dah jelas..! 

KUALA LUMPUR: Peguam Kanan Persekutuan, Amarjeet Singh berkata petisyen bagi pengampunan diraja ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disabitkan dengan kesalahan meliwat telah dilupuskan.
Sehubungan itu katanya Anwar secara automatik hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

"Pendirian kami adalah keputusan sudah dibuat. Perlembagaan menerangkan hal ini dengan sendirinya," kata Amarjeet kepada pemberita.

Bagaimanapun peguam Anwar, N. Surendran, Latheefa Koya dan Dr Dheeraj Bhar berkata keputusan oleh Lembaga Pengampunan masih belum disahkan dan hanya akan diumumkan dalam Mahkamah Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas pada Rabu depan.

Keputusan itu disampaikan kepada peguam Anwar menerusi afidavit yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nursiah Arshad yang juga sebahagian daripada urus setia Lembaga Pengampunan.

Amarjeet berkata, pemohon telah meminta untuk melewatkan pengumuman keputusan bagi menyampaikan butirannya kepada Anwar terlebih dahulu.

Ok...kita look forward..! Bagaimana BN boleh merampas kerusi Parlimen Permatang Pauh yang sudah lama ditangan Anwar Aljub..! Rakyat dan pengundi Permatang Pauh sebenarnya dahagakan 'kasih sayang' UMNO dan Barisan Nasional..! Mereka perlukan pembelaan..!

Pemilihan kali ini perlu lah tepat..! perlu ikut kata akar umbi..! calon yang benar benar winable candidate..! bukan calon WIN CABLE..! bukan calon tunjuk dari bisikan para punahsihat..! Bukan dari kalangan mereka yang hanya tahu membodek dan reti menjilat..!

Najib perlu belajar dari kesilapan pemilihan calon dalam PRU13 yang lalu..! Jangan di ulang lagi kesilapan yang sama..! Jangan hanya menurut kata dan mendengar nyanyian syurga dari MJ, BJ, JJ, SJ dan banyak lagi J..! cukup..! 

Dengar kata akar umbi..! dengar kata UMNO Bahagian..! Dengar kata BN Bahagian..! Selama ni mereka yang bertungkus lumus membuat kerja dan membina hubungan baik dengan pengundi..! bukan orang lain..! bukan payung terjun..!

Tanya Kepimpinan di bawah..! siapa calon yang rakyat mahu..! siapa calon yang rakyat kehendaki..! Biar kita hantar calon ke gelanggang dengan potensi kemenangan yang tinggi..! bukannya umum sahaja namanya kita dah tahu rakyat akan tolak..! pengundi dah lama kata ini calon 'borak'..!

Cari calon yang authentic..! calon yang tulen..!

Akai ada kaa..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

2 ulasan:

  1. hahahahaha...hanya di malaysia. banduan kekal sebagai yb. dah la duduk dalam penjara, ada hati nak duduk bersidang dalam parlimen. aku setuju hanya dengan satu syarat jika mampu dipenuhi. duduk bersidang dalam parlimen tetapi dengan baju belang2 banduan. ada berani?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam