Memaparkan catatan dengan label rtm. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rtm. Papar semua catatan

Isnin, 1 Julai 2013

Sarang Pembangkang Dalam Agensi Kerajaan...!


Sebut RTM pasti ramai yang akan sepontan berkata RTM = Rehat, Tidur, Makan... Itu persepsi yang dilihat sudah tepu dan sinonim dengan RTM. Seorang sahabat baik yang bekerja di RTM cukup mengkagumi peralatan terkini yang ada di RTM, namun kerana manusia atau operator dan pengemudi di Jabatan Penyiaran itu sudah berlapuk, sudah lama, maka alatan yang canggih di RTM pun turut berlapok..tidak digunakan..! tengok KSU nya pun kita dah tergaruk garuk.

Pelik juga kita dengan pihak Kerajaan yang seakan tidak mengambil berat akan fungsi RTM dalam menyalurkan maklumat penting serta mencorak pemikiran rakyat, bagaimana RTM boleh menjadi dinding kental terhadap sebarang unsur jahat dan dakyah karut yang dibawa oleh musuh sama ada didalam mahu pun luar negara.

Para pemimpin negara perlu menilai semula fungsi, peranan serta keberkesanan RTM dalam mengisi ruang pemikiran rakyat. Musuh tak perlu membawa senjata canggih manggih untuk menjajah sesebuah negara, cukup dengan menguasai bidang penyiaran maka musuh pasti akan sampai dan masuk ke setiap ruang tamu dan bilik tisur dari kita.

Tapi kalau badan seperti RTM pun pihak pemimpin gagal memanfaat malah telah berjaya digunakan oleh musuh politik untuk menyampaikan dakyah, jelas la bahawa kelemahan pentadbiran kerajaan berada didalam keadaan yang cukup bahaya..!

Cuba baca apa yang ditulis oleh blogger otai justread di sini yang mendedahkan bagaimana musuh politik BN boleh memperkudakan sebuah agensi yang besar dan lama didalam negara..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Selasa, 21 September 2010

RTM...Rehat Tidur Makan Atau Rais Takut Maznah???


RTM tak bantu kedaulatan Bahasa Melayu

Oleh Zakaria Bidin

Angkasapuri merupakan pusat penyebaran rasmi kerajaan yang unggul pada mata rakyat Malaysia khususnya di luar bandar melalui siaran TV1nya. Tetapi tidak pula ia dihindarkan oleh rakyat bandar yang turut menyaksikan perkembangannya sejak dari zaman hitam putih lagi.


Hari ini, dalam zaman bergerak pantas, TV1, RTM agak ketara apabila ada orang bandar yang melihatnya masih tidak sampai maksud penyebaran bagi seluruh rakyat dalam mempertahankan bahasa dan bangsa Melayu amnya.

Sebagai contoh, TV1 mempunyai satu program yang digemari ramai seperti Selamat Pagi Malaysia (SPM) di mana pelbagai tajuk menarik dibincangkan. Ia diminati oleh segenap lapisan masyarakat. Tetapi dalam pada itu, ketelanjurannya semakin ketara apabila kepentingan Bahasa Melayu tidak menjadi pegangan utama.

Tetamu yang dijemput ke studio tidak dihadkan yang boleh berturur Bahasa Melayu dengan lancar telah menyebabkan dengan sewenangnya tetamu dibenarkan bertutur dalam Bahasa Inggeris.


Bagi mereka di bandar, mungkin tidak jadi masalah besar memahaminya. Tetapi bagaimana dengan penerimaan penduduk kampong yang belum sempat mempelajari Bahasa Inggeris mahu memahaminya? Tidakkah penerbit rancangan itu terfikir bahawa saluran satu itu adalah untuk semua dan Bahasa Melayu hendaklah dipertahankan?

Malah pengacara atau pengerusi forum SPM itu sendiri terbawa-bawa menggunakan Bahasa Inggeris sebagai perkataan celahan bagi menghiasi penuturannya yang menjadikan Bahasa Melayu kita jadi canggung.

Tidak salah kalau semua ini perlu dipertanggungjawabkan oleh menteri penerangan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim. Atau apakah menteri berkenaan tidak pernah tonton TV1 atau memang beliau yang arah supaya TV1 bebas menggunakan Bahasa Inggeris supaya ia dilihat lebih educated di mata beliau?


Sudah terlanjur mengata terang-terang di sini, TV1, saluran TV swasta pun turut sama mengagung-agungkan filem atau drama dari negara luar terutama dari Indonesia dan Philipina seolah-olah negara kita terlalu ketandusan penerbit drama.


Kadang-kadang, tidak kiralah di saluran mana pun, TV kita juga menayang cerita mengarut-ngarut dan terlalu menghayalkan walaupun cerita-cerita mengarut itu tetap ditonton oleh rakyat Malaysia. Apakah kerana ia murah sangat hingga melupakan moral penerimaan penonton kita juga turut mahu dimurahkan?


Ada kawan memberitahu saya bila beliau berada depan TV, beliau merasakan seperti berada di Jakarta atau di Padang pula. Maksudnya kepada TV1. Komen beliau seterusnya, beliau pun pernah dengar Rais Yatim bercakap secara berdepan. Katanya, bahasa yang digunakan Rais pun lebih menyondong kepada Bahasa Indonesia.


Kononnya, bahasa yang digunakan ialah Bahasa Baku yang sudah lama berkubur apabila rakyat Malaysia tidak begitu gemar dengan telonya Bahasa Baku yang akhirnya menjadi bahasa ejekan semata-mata.

Sudahlah negara kita ini penuh dengan rakyat Indonesia di mana ceruk rantau, ditambah pula dengan perangai menteri penerangan yang bersikap condong ke belah Indonesia. Maka tidak syaklah kita sudah tersalah bawa yang bermula dari tersalah pilih menteri untuk menerajui RTM dan Multimedia di negara kita.


Seorang peminat facebook menjawab tajuk perbualan menyebut: "Setuju. Mak saya lepas solat zohor sampai asar dok depan TV tengok cerita Indon. Cucunya nangis ke, jatuh tangga ke, jatuh buai ke, dia tetap di depan TV tengok cerita indon. Lepas asar pulak citer Filipina. Pukul 6.00 baru dia lapang sikit dan dengar rintihan cucu-cucunye. Hmmm macam mana nak buat.. dia orang ni betul-betul cakap tak serupa bikin kan... "


Seorang kawan dari media cetak perdana pun komen juga tentang Rais Yatim yang sekarang ini sibuk betul memberi notebook percuma kepada orang ramai yang mana notebook itulah nanti akan memakan tuan sedangkan dia juga ada hati mahu tutup ruangan facebook yang mungkin banyak menghentam dirinya.

Walau sayang mana pun Perdana Menteri terhadap Rais Yatim, biarlah beliau duduk di kementerian lain. Di Angkasapuri itu bukan tempat sesuai untuk beliau. Sepatah kata kawan lain, lagi lama Rais di situ, lagi rosaklah minda rakyat dengan cara dia memandu RTM guna sistem lepas tangan.

Buletin Rakyat bil 111 m/s 12


Komen


Ada Setengah sahabat kata RTM membawa maksud Rehat, Tidur Makan! Ada pula yang kata RTM membawa maksud khusus kepada Menterinya sekarang iaitu Rais Takut Maznah!

Apapun kedua duanya memperkatakan tentang Menteri yang di pertanggungjawabkan untuk mempastikan jentera di Kementerian dan Jabatan itu berjalan baik dan berkesan serta sinis menyindir akan warga kerja nya yang tidak keluar dari kepompong lama yang beku, jumud dan tidak peka kepada persekitarannya....

Maka tak heran lah kalau artikel diatas panjang lebar menyuarakan rasa tidak puas hati kepada RTM dan Menterinya...Rais Yatim...

Beberapa bulan lepas Rais dengan KSU nya si Kamarudin Siaraf dengan bangganya menyatakan bahawa akan memberi 1 Juta komputer kepada rakyat khusunya rakyat miskin di luar bandar. Apa khabar nya sekarang ni? dah ke diberi kesemua sejuta komputer tu? Siapa pula yang dapat? kalau masih dalam proses pemberian...siapa sebenarnya yang layak? Siapa yang memberi justifikasi bahawa sipolan layak dan sipolan tak layak?

Dalam banyak perbincangan penulis dengan rakan rakan yang masih mencari untung ruginya usaha ini, yang pasti sudah ada orang yang mengambil untung dari kerja ini kerana berjaya 'supply' 1 Juta komputer...itu kena tanya Rais atau Kamarudin siapa yang untung? sebab 2 orang ni yang 'berkuasa' didalam Kementerian tu..

Namun apa yang ditakuti ialah ianya menjadi usaha Rais dan Kamarudin untuk membantu pembangkang apabila menjadi pelengkap kepada misi pembangkang untuk menyalurkan fitnah dan pembohongan melalui internet.

Ini kerana tidak pula diberitahu bahawa usaha ini akan disokong dengan penyaluran maklumat dan pembinaan jati diri agar konsep 1Malaysia yang digagaskan oleh YAB PM akan dapat lebih difahami dan dihayati dengan adanya usaha pemberian komputer ini kepada sejuta rakyat yang layak menerimanya.

Apakah ada data dan maklumat yang lengkap untuk mempastikan penerima komputer ini akan menjadi rakyat yang benar benar perlu dan menghargai pemberian komputer ini yang akhirnya digunakan untuk diri dan keluarga dalam semangat untuk mempertahankan kerajaan dan negara.

Atau ianya hanya menjadi pelengkap kepada usaha membentuk dan menyediakan jentera pembangkang menyampaikan dakyah jahat dan fitnah yang tidak berasas untuk menjatuhkan kerajaan semata mata!

Seharusnya Rais Yatim, Kamarudin Siaraf dan pihak Kementerian telah mempunyai organisasi lengkap disegenap lapisan masyarakat dan setiap ceruk daerah disetiap negeri untuk mempastikan penerima komputer ini akan lebih menghargai usaha murni Kerajaan Barisan Nasional ini untuk menjadikan rakyat celik IT dan komputer...seperti membariskan setiap bloggers yang ada didalam negara menjadi pemantau kepada setiap penerima komputer tersebut.

Penerima penerima komputer ini mesti menjadi 'followers' kepada blog atau facebook atau twitter kepada bloggers2 yang ramai diseluruh negara untuk menjadi pengimbang kepada mereka dalam menerima ledakan dan amukan baru di media maya yang sememangnya sengit dan perit kini....

Lu Fikir La Sendiri!!!


Jumaat, 2 Julai 2010

RTM Stim Lagi Ke Dengan Mamat Ni...!!!


Kata sahabat Garamanis-

'Difahamkan malam tadi berlangsung taklimat untuk memperkasakan pembangkang bagi zon selatan. Taklimat yang tidak mendapat permit Polis ini dikategorikan sebagai haram. Benda haram ini dibuat di Dewan Cina Dioh, di kawasan Kuala Pilah dan dianjurkan oleh PKR cabang Kuala Pilah.

Antara figura kartun yang hadir ialah Prof Abu Hassan 'Google' dari Zentrum, Zaid 'Horses' Ibrahim dan calon PAS Bagan Pinang yang TKO dengan Isa Samad, Zulkifli Omaq. Yang hadir boleh tahan ramai 100 orang kebanyakan penyokong totok pembangkang.

Zentrum pun terlibat dalam merangka strategi nak tawan selatan.!

Benda haram ini nak membincangkan strategi untuk menawan Zon Selatan. Maksudnya, pembangkang dah susun strategi nak sapu Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Kalau Johor jatuh pada pembangkang next election, Chua Jui Meng akan jadi MB.
baca lanjut dihttp://garamanis.blogspot.com/


Nampaknya Dr google ni beriya iya sangat nak jadi MP pembangkang! dia tahu hujah karut marut yang dilontarkan tak laku dikalangan pihak BN, lagi pun pihak umno dan bn tak terhangguk hangguk bila mendegarkan celoteh biol si google ni. tak macam kuda belang pembangkang!!!

Diharap RTM tak perlu lah panggil jenis dr sembrono yang hanya tahu mencari makan dengan memberikan pelbagai idea mengarut dengan hujah yang kusut! RTM walau hanya tahu rehat, tidor dan makan pun kena lah tengok tengok siapa yang boleh dipanggil untuk dijadikan tetamu dalam setiap temubual!

RTM atau mana mana cabang komunikasi kerajaan perlu jelas akan hala tuju dan sensitiviti rancangan yang akan dimuntahkan di khalayak... Jangan pulak RTM atau lain lain agensi kerajaan menjadi lidah bercabang kepada puak pembangkang!!!

Menteri dan Ketua Pengarah Penyiaran Dato Tiger adalah orang UMNO...itu jelas dan kakitangan penyiaran di RTM tidaklah pulak dipaksa untuk menjadi orang UMNO! namun dalam pada masa yang sama mereka yang ada anutan pembangkang mesti disekat dari menjalankan dakyah yang merosakkan kerajaan...

Cuba perhatikan sebahagian mereka ini, ada yang jelas sangat dengan kempen dan pembawaan pembangkang nya walaupun dalam masa bekerja ...nak tahu tanya KSU, Kamarudin Siaraf sebab dia yang simpan orang orang tu kat situ...

Sendiri Mau Ingat!!!