Isnin, 1 Julai 2013

Sarang Pembangkang Dalam Agensi Kerajaan...!


Sebut RTM pasti ramai yang akan sepontan berkata RTM = Rehat, Tidur, Makan... Itu persepsi yang dilihat sudah tepu dan sinonim dengan RTM. Seorang sahabat baik yang bekerja di RTM cukup mengkagumi peralatan terkini yang ada di RTM, namun kerana manusia atau operator dan pengemudi di Jabatan Penyiaran itu sudah berlapuk, sudah lama, maka alatan yang canggih di RTM pun turut berlapok..tidak digunakan..! tengok KSU nya pun kita dah tergaruk garuk.

Pelik juga kita dengan pihak Kerajaan yang seakan tidak mengambil berat akan fungsi RTM dalam menyalurkan maklumat penting serta mencorak pemikiran rakyat, bagaimana RTM boleh menjadi dinding kental terhadap sebarang unsur jahat dan dakyah karut yang dibawa oleh musuh sama ada didalam mahu pun luar negara.

Para pemimpin negara perlu menilai semula fungsi, peranan serta keberkesanan RTM dalam mengisi ruang pemikiran rakyat. Musuh tak perlu membawa senjata canggih manggih untuk menjajah sesebuah negara, cukup dengan menguasai bidang penyiaran maka musuh pasti akan sampai dan masuk ke setiap ruang tamu dan bilik tisur dari kita.

Tapi kalau badan seperti RTM pun pihak pemimpin gagal memanfaat malah telah berjaya digunakan oleh musuh politik untuk menyampaikan dakyah, jelas la bahawa kelemahan pentadbiran kerajaan berada didalam keadaan yang cukup bahaya..!

Cuba baca apa yang ditulis oleh blogger otai justread di sini yang mendedahkan bagaimana musuh politik BN boleh memperkudakan sebuah agensi yang besar dan lama didalam negara..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan